Monday, October 19, 2009

Saadiah pergi utk selamanya...

Saadiah?? Tu la nama kucing kesayangan Raja. Ratu ada ceritakan kisahnya sebelum ni. Kali ni, kisah terakhirnya kerana selepas ini Ratu tak dapat menceritakan kisahnya lagi. Ratu & Raja dapat tahu dari mak Raja, Saadiah telah pergi untuk selamanya. Agak terkejut juga kerana tiada tanda2 dia sakit. Tapi apa yang leh dikatakan. Sudah termaktub, Tuhan bagi kami bermain & bergurau dengan Saadiah ni sampai setakat ni sahaja. Emm, sedihnya. Nak nagis tiada air mata. Waduh! bermadah la pulak.Ni la gambar terakhir yang sempat diambil sebagai kenangan. Saadiah ni tinggal di rumah mak Raja. Kini tinggal la 'Black' keseorangan. Tengok la..comel tak..cute kan.
Kalau dulu kucing kami Si 'Piyut' pergi meninggalkan kami. Kini Saadiah pula mengikut jejak si Piyut.

Tatapan dari,