Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, December 13, 2009

Hantaran & koleksi Kahwin di Majalah PENGANTIN..

Inilah antara koleksi2 gambar kahwin Raja Ratu yang diselitkan di majalah 'PESONA PENGANTIN'. Terima kasihlah Raja & Ratu ucapkan kepada pihak Kumpulan Karangkraf terutama sekali bahagian Pesona Pengantin kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis yang bermakna ini.

Keluaran April 2008, dimana 9 dari 11 hantaran Ratu kepada Raja terpilih.

Hantaran ini Ratu buat sendiri khas untuk Raja. Haha. Ok tak? Ratu cuba buat sesuatu yang menarik untuk dimuatkan di majalah ni. Ratu gunakan konsep 'ala laut'..

Ok Ratu ceritakan hasil kerja Ratu. Ratu gunakan kerang, cengkerang, manik, bunga, kulit kayu manis, kraftangan buluh yang berbentuk kerang & hiasan lain. Kebetulan, jiran Ratu nak masak kerang. Apa lagi Ratu pun ambil kulit kerang tu, basuh hilangkan bau & sembur warna putih & unggu. Lepas tu, Ratu buat bentuk bunga seperti di gambar tu. Kraftangan buluh berbentuk kerang tu, Ratu tongkatkan dengan kulit kayu manis & letakkan jam tu. Ratu gambarkan seperti harta karun dari kerang besar tu telah ditemui (jam). Ratu cantikkan lagi dengan juraikan manik berwarna kuning emas, sepahan siput & cengkerang serta bunga berwarna unggu & pink ikut tema pilihan hati. Ok tak idea Ratu.. Leh Ratu buatkan hantaran korang lak..Haha

Ini rakaman hantaran Ratu kepada Raja..

Keluaran Jun 2008, salah 1 gambar kahwin Raja Ratu dipilih di ruangan 'Detik Indah itu'.
Nak tahu gambar yang mana.. Inilah gambarnya.

Keluaran Ogos 2008, dimana sebahagian koleksi gambar kahwin kami dimuatkan. Inilah antara koleksi tersebut, muka surat 1 & 2..

Paparan muka surat ke 3,
Gambar hiasan bilik pengantin yang turut dimuatkan.
Keluaran November 2008, sebahagian koleksi hantaran Raja pula dimuatkan.
Antara koleksi hantaran Raja yang terpilih,

Hantaran Raja ni lebih kepada konsep 'ala taman' & diserikan dengan penggunaan buah pinang, kulit kayu manis untuk membentuk bunga. Ditambahkah lagi dengan Ros merah bersesuaian dengan tema MERAH. Ni gambaran keseluruhan hantaran Raja.

Keluaran Januari 2009, pelamin di rumah Ratu pula dimuatkan. Inilah pelamin saksi tamatnya zaman bujang & bermulanya kehidupan baru kami.

Yang pasti koleksi majalah ini akan disimpan kemas disudut ruangan kami. Bila rindu berkunjung tiba, majalah ini tetap kami akan jelajahi.

TUNGGU DULU !!!! Cerita ini tidak berhenti sampai di sini sahaja. Ingin mengetahui kisah selanjutnya di hari BERSEJARAH Raja Ratu ini. DI MANA LOKASI BULAN MADU KAMI? HADIAH APA YANG KAMI TERIMA? APA PERSIAPAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM BERLANSUNGNYA HARI BERSEJARAH INI? Ingin mengetahuinya.. Perasan tak di atas tajuk cerita MAJLIS PERNIKAHAN & PERSALINAN' ada nota bertulis 'showing newest post with label detik Raja Ratu disatukan'.. sila klik 'SHOW OLDER POSTS'

Atau klik link ini untuk membawa kisah seterusnya, 'Hadiah Perkahwinan Raja Ratu' dan 'Tips Perkahwinan Raja Ratu'

Tatapan dari,

0 comments:

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267