Wednesday, March 3, 2010

Panduan Memulakan Azam

Setiap kali menyambut tahun baru, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah apakah azam tahun lalu sudah tercapai & apakah azam tahun ini. Firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-rang yang beriman & mengerjakan amal salih & nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati dengan kesabaran"

1) MULAKAN DENGAN NIAT
Masa itu ibarat emas. Setiap sesuatu perkara yang ingin dicapai perlu dimulakan dengan niat yang tepat & ikhlas. Niat yang betul membuatkan seseorang melaksanakan azamnya dengan cara yang betul. Memasang niat ni amat penting yang mana ianya merupakan tunjang utama agar diri tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Jangan sesekali meletakkan niat yang negatif kerana secara tidak langsung niat itu akan mempengaruhi kehidupan kita sepanjang tahun itu.

2) KESUNGGUHAN MELAKSANAKAN AZAM
Setelah memasang niat yang betul, serahkan setiap perkara yang kita lakukan kepada Yang Esa. Tidak bermakna kita perlu menetapkan azam/ matlamat yang terlalu besar sehngga tidak tercapai oleh fizikal & emosi kita. Tetapkan azam mengikut kemampuan & keupayaan kita. Kesungguhan melaksanakan azam perlu dilakukan dengan perancangan yang kemas. Ini termasuklah membuat jadual kerja yang terancang & melaksanakannya mengikut waktu yang ditetapkan.

3) BERSERAH DIRI
Sepanjang melaksanakan impian, jangan sesekali lupa untuk meletakkan 100% penyerahan diri kepada Yang Maha Esa. Ingatlah, kita hanya insan yang mampu merancang. Ketentuan perjalanan hidup kita terletak di tangan Yang Maha Esa. Tapi jangan lupa memanjatkan doa tanpa jemu juga boleh mendorong kita mencapai impian yang dihajatkan. Usahalah dengan mengatur segala perancangan untuk mencapai impian beserta doa. Kalau kita berusaha tapi tak berdoa pun tak guna juga. Betul tak. Elakkan melakukan pembaziran sepanjang usaha kita termasuklah wang ringgit, tenaga & masa. Kawal segala-galanya dengan kebijaksanaan. Minta bantuan teman/ ahli keluarga sekiranya menghadapi kebuntuan.

4) PANJATKAN KESYUKURAN
Seharusnya kita memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk terus bernafas & memasang azam baru. Dalam pada itu, cubalah munasabah/ menilai kembali apa yang telah dilakukan sebelum ini. Apakah ianya memberi manafaat kepada diri/ sebaliknya. Cubalah perbaiki kelemahan yang ada & menjadi manusia yang terbaik tahun ini. PASTINYA AZAM ITU DAPAT DILAKSANAKAN SEKIRANYA KITA BERUSAHA KE ARAH KEJAYAAN.

Panduan ini Ratu petik dari sebuah majalah tempatan. Diharapkan ianya dapat membantu kita untuk membina kejayaan. Tapi azam ni tak semestinya dipupuk secara tahunan. Cam Ratu, Ratu ada azam tahunan & azam bulanan. Azam bulanan ni lebih memudahkan kita merancang apa yang kita capai sepanjang bulan tu berpandukan azam tahunan kita.

Tatapan dari,

No comments:

Post a Comment