Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, April 28, 2010

Contest Mai Secawan..

Jalan-jalan ternampak 1 pertandingan dari Fiza. Ratu pun tak nak lepaskan peluang untuk join. Hua.. Hua.. Hua..

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).
Tatapan dari,

Wednesday, April 21, 2010

Mengada-ngadanya Si Boboy ni...

Waduh di pagi yang indah & ceria ini.. Haha.. Tangkap giwang lak ker.. Hua.. Hua.. Hua.. Bersemangat betul rasanya nak ke tempat kerja. Ceh.. Dah siap panaskan enjin kereta.. Ratu pun lambai & belek-belek kucingku si BABY & BOBOY. Baru nak buka pintu kereta, si BOBOY dah berlari datang kat sebelah Ratu. Nak ke mana ni BOY? Ratu pun buka lah pintu kereta bahagian belakang nak masukkan barang. Tak aleh-aleh, si BOBOY ni masuk dalam kereta terus duduk. Tengok ni..
Hei, si BOBOY ni Ratu nak pergi kerja ni. NAK IKUT KER.. KALAU KO NAK IKUT BOY KO KENA PAKAI TAI.. BAJU KEMEJA.. SELUAR.. AHAKS. Tak dapat nak bayangkan cam ne rupa si BOBOY ni kalau pakai baju. HAHA. AMBOI!! AMBOI!! KO NAK DUDUK BELAKANG LAK. APA KO INGAT AKU NI DRIVER KO KER.. MASUK-MASUK TERUS DUDUK KO YA.. BERSIHKAN BADAN KO NI.. KO INGAT KO BOS!!!!!!!!

Ratu dah naik angin. Nak marah pun tak boleh, BOBOY ni comel. Haha.. Rupa-rupanya BOBOY ni nak berjalan. Dia dah biasa.. masa dia kecil-kecil dulu Ratu suka bawa dia pergi jalan-jalan naik kereta. Bawa balik ke rumah mertua pun ada. Haha. Pergi Johor pun pernah si BOBOY ni KAKKK.. JANGAN TAK TAU. Hua.. Hua.. Hua... Ni dia dah kemaruk nak jalan lah ni. Ya lah BOY.. Sayang punya pasal. Ya la.. jadi DRIVER PUN DRIVER LAH.. Jangan ko nak ikut Ratu lak pergi kerja sudah.

Ratu pun ikutkan sahaja kehendaknya. Ratu bawa dia jalan 1 pusingan. Lepas tu turunkan dia & Ratu bertolaklah ke tempat kerja.

OK BOBOY, BALIK KERJA NANTI TUNGGU DEPAN PINTU YA KALAU NAK JALAN-JALAN NAIK KERETA!!!! haha

Tatapan dari,

Monday, April 19, 2010

Al-Fatihah utk Achik Spin..

Semalam Ratu dapat tahu Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad Md Shari 28 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sekitar 6.15 ptg di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) selepas menjayakan rakaman Program Gah 1 Angkasapuri, RTM. Alahai muda-muda lagi dah pergi meninggalkan kita semua. Inilah yang dikatakan JODOH, PERTEMUAN, AJAL, MAUT di tangan TUHAN. Dan kita yang hidup ni pun janganlah lupa tu semua. Betul tak. Dan kita yang hidup ni jauhkan diri dari memfitnah orang, dengki-mendengki, rasuah dan macam-macam lagi lah. Ingatlah, hidup ni sementara. Haha. KITA BEREHAT SETETIKA. Nasihat sesaat jap daripada kami.

Kita baru digemparkan dengan pemergian arwah Din Beramboi. Ni Achik lak. Ratu difahamkan melalui Metro hari ni, kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang mana kenderaan tersebut terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar sebaik melepasi R & R dekat susur keluar ke Pajam. Achik tercampak keluar & meninggal di tempat kejadian.

Kalau dulu Achik ada digossipkan dengan Nana. Tapi tiada jodoh & akhirnya berkahwin dengan Tasha pada tahun 2005. Ratu agak terkejut dengar berita ni. Ratu sebenarnya baru pulang dari kelas Haji semalam. Ratu teringat Melodi di TV3 pukul 12.30 tengah hari. Ratu pun menonton lah. Masa tu lah Ratu terkejut bila Wahid & Farah Fauzana maklumkan tentang berita pemergian Achik Spin ni. Jadi, Ratu nak ambil peluang ni dengan korang semua, kita ambil masa seminit sebentar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.. Al-Fatihah..

Tatapan dari,

Friday, April 16, 2010

Ketahui karakter seseorang melalui meja kerja !!!!

Ni tajuk yang agak menarik juga yang Ratu ambil dari salah sebuah majalah tempatan. Salah satu bab utk dimuatkan di ruangan motivasi. Kita boleh mengungkap rahsia keperibadian rakan kita melalui meja kerja. Korang leh baca & kajilah sendiri. KALAU BETUL TEPUK LAH TANGAN, KALAU SALAH DIAM LAH DIRI.. DUDUK BAWAH MEJA KER KAN.. HAHA..

a) MEJA FORMAL
Meja:Meja nak sentiasa kelihatan kemas & teratur. Selain komputer di meja, pemilik meja meletakkan barangan yang betul-betul diperlukan untuk tujuan kerja seperti fail, dokumen & buku.
Karakter: Orang ini serius dalam bekerja & sangat fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai karenah rakan sekerja. Dia juga bijak membahagikan masa antara bekerja & berhibur.

b) MEJA CERIA
Meja:
Meja dihiasi dengan foto-foto & pelbagai aksesori menarik. Ada kalanya bertema sama ada melalui warna yang ditonjolkan mahupun bagi menggambarkan identity pemilik.
Karakter: Orang ini seorang yang kreatif, mudah mengikut peraturan & bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diamanahkan. Dia juga berfikiran terbuka & kelakar sehingga sering menjadi penghibur rakan sepejabat. Dia mudah didampingi & disukai oleh sesiapa sahaja

c) MEJA BERSELERAK
Meja:
Meja yang berselerak dengan fail, dokumen & buku-buku.
Karakter: Orang ini seorang yang kreatif tetapi sukar mengikut peraturan, kurang bertanggungjawab, mudah panik & kurang bijak membahagikan tugas yang diberikan mengikut skala priority tugas tersebut. Namun di sebalik kekurangan tersebut, dia mempunyai sikap positif yang harus dipuji. Mood nya juga sentiasa dalam keadaan baik, berupaya menyelesaikan segala tugasan yang diberikan hingga selesai dengan hasil yang memuaskan dan berkualiti. Ini kerana dia tidak selesa & sukar melakukan tugas dalam keadaan meja tersusun rapi.

d) MEJA KOSONG
Meja:
Tiada barangan lain selain komputer & telefon di atas meja. Peralatan lain seperti kertas, alatulis & buku disimpan di dalam laci & hanya dikeluarkan sekiranya ingin digunakan
Karakter: Orang ini mengutamakan kebersihan & kekemasan meja. Orang ini seorang yang serius & mengutamakan disiplin sewaktu bekerja. Dia tidak akan meninggalkan tempat duduk selagi kerja yang dilakukan tidak siap. Tahap pergaulannya yang rendah menyebabkan dia tidak gemar bergurau dengan sewaktu bekerja.

Tatapan dari,

Wednesday, April 7, 2010

Komputer baru !!!!!!!!

Haha.. topic kali ni yang ingin Ratu kongsi bersama ialah.. RATU DAPAT KOMPUTER BARU.. PRINTER BARU.. ORANG BARU.. Ops! Yang tu belum lagi kot.. Haha.. Tapi tak tahu lagi lah kan. Tak berani cakap. Baru hari tu Ratu dapat printer baru. Haha.. Kali ni PC baru. Ni lah komputernya..
Jenama Acer le.. Monitor saiz 18.5.. PC kai WINDOW 7.. Ni lak printer baru yang Ratu dapat. Haha. Laju juga komputer baru ni. Dah tak lembab cam komputer lama.. waa.. nak buka blog pun cepat.. buat kerja pun cepat. buka facebook pun cepat. Tu yang best tu. Buka You tube pun cepat loading nya. Kalau komputer lama tu nak loading, rasa nak campak saja ke laut china selatan. Waa.. ni yang bersemangat nak memulau ni setelah menerima komputer baru.. Haha.. Alamak, terlepas sudah. Haha.

Tatapan dari,

Monday, April 5, 2010

Al-Fatihah..

1 Malaysia digemparkan dengan pemergian allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri pada kira-kira 12.30 pagi Jumaat 2 April 2010. Raja & Ratu pun pada asalnya tidak mengetahui pemergiannya. Hinggalah petang Jumaat tu kami membuka siaran radio Era dalam kereta. Masa tu kami dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Agak terkejut juga apabila mendengar ucapan takziah para pendengar & pengumuman kenduri arwah yang akan diadakan pada malam itu. Kami tergamam seketika mendengarnya & terus mensedekahkan Fatihah buat arwah. Kami bergegas nak pulang cepat untuk mendapatkan maklumat lanjut dalam Berita TV3 jam 8.00 Malam. Tapi sayangnya, kami terlewat sampai & terlepas peluang untuk melihat pengebumian arwah Din Beramboi. Kami hanya dapat menonton serba sedikit majlis pengebumian itu melalui berita TV3 pada jam 12.00 malam.

Walaubagaimanapun, kami dapat juga melihat majlis tersebut dengan lebih lanjut dalam rancangan 'MELODI' di tv3. Ratu difahamkan lebih kurang seramai 1,500 orang menghadiri di majlis pengebumiannya. Ada dari golongan artis & peminat arwah sendiri. Sedih melihat keadaan keluarga arwah dengan anaknya yang masih kecil & masih belajar. Cuma kalau tak silap Ratu anak sulung sahaja yang hampir menamatkan persekolahannya. Ratu terfikir macam mana lah agaknya PAK NIL rakan setugas arwah di Radio ERA. Ratu baru membaca artikel mengenai luahan hati Pak Nil samaada melalui blognya mahupun melalui media. Mana taknya kalau rakan karib kita telah pergi meninggalkan kita selamanya, siapa yang tidak sedih. Betul tak! Ratu pun baru pagi tadi mendengar luahan kesedihan PAK NIL di radio era. Pak Nil masih lagi mengumpul kekuatan diri sebelum memulakan tugas selepas apa yang berlaku. Baginya, di mana sahaja sudut ruangan di studio ERA pastinya gambaran arwah rakan baiknya terpancar di bayangan memorinya.

Raja & Ratu nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan takziah kepada keluarga & sanak saudara arwah Din Beramboi. Walaupun mungkin ahli keluarga arwah tidak menjejakkan kaki di teratak istana kami ini, tapi ini adalah luahan kami. Memang kita tak boleh menjangka pemergian arwah kerana ianya berlaku terlalu cepat. Kami juga mengharapkan PAK NIL dapat mengumpul kekuatan menerima kenyatan ini & beraksi kembali jika perlu sebagai penyampai di radio era. PAK NIL... Biar apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan & lakukan tugas dan tanggungjawab kita yang masih di bahu kita.

Akhir kata marilah sama-sama kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Amin.. Amin.. Amin,.. AL-FATIHAH..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267