Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, April 5, 2010

Al-Fatihah..

1 Malaysia digemparkan dengan pemergian allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri pada kira-kira 12.30 pagi Jumaat 2 April 2010. Raja & Ratu pun pada asalnya tidak mengetahui pemergiannya. Hinggalah petang Jumaat tu kami membuka siaran radio Era dalam kereta. Masa tu kami dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Agak terkejut juga apabila mendengar ucapan takziah para pendengar & pengumuman kenduri arwah yang akan diadakan pada malam itu. Kami tergamam seketika mendengarnya & terus mensedekahkan Fatihah buat arwah. Kami bergegas nak pulang cepat untuk mendapatkan maklumat lanjut dalam Berita TV3 jam 8.00 Malam. Tapi sayangnya, kami terlewat sampai & terlepas peluang untuk melihat pengebumian arwah Din Beramboi. Kami hanya dapat menonton serba sedikit majlis pengebumian itu melalui berita TV3 pada jam 12.00 malam.

Walaubagaimanapun, kami dapat juga melihat majlis tersebut dengan lebih lanjut dalam rancangan 'MELODI' di tv3. Ratu difahamkan lebih kurang seramai 1,500 orang menghadiri di majlis pengebumiannya. Ada dari golongan artis & peminat arwah sendiri. Sedih melihat keadaan keluarga arwah dengan anaknya yang masih kecil & masih belajar. Cuma kalau tak silap Ratu anak sulung sahaja yang hampir menamatkan persekolahannya. Ratu terfikir macam mana lah agaknya PAK NIL rakan setugas arwah di Radio ERA. Ratu baru membaca artikel mengenai luahan hati Pak Nil samaada melalui blognya mahupun melalui media. Mana taknya kalau rakan karib kita telah pergi meninggalkan kita selamanya, siapa yang tidak sedih. Betul tak! Ratu pun baru pagi tadi mendengar luahan kesedihan PAK NIL di radio era. Pak Nil masih lagi mengumpul kekuatan diri sebelum memulakan tugas selepas apa yang berlaku. Baginya, di mana sahaja sudut ruangan di studio ERA pastinya gambaran arwah rakan baiknya terpancar di bayangan memorinya.

Raja & Ratu nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan takziah kepada keluarga & sanak saudara arwah Din Beramboi. Walaupun mungkin ahli keluarga arwah tidak menjejakkan kaki di teratak istana kami ini, tapi ini adalah luahan kami. Memang kita tak boleh menjangka pemergian arwah kerana ianya berlaku terlalu cepat. Kami juga mengharapkan PAK NIL dapat mengumpul kekuatan menerima kenyatan ini & beraksi kembali jika perlu sebagai penyampai di radio era. PAK NIL... Biar apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan & lakukan tugas dan tanggungjawab kita yang masih di bahu kita.

Akhir kata marilah sama-sama kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Amin.. Amin.. Amin,.. AL-FATIHAH..

Tatapan dari,

0 comments:

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267