Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, February 10, 2011

Rahsia BULAN LAHIR (Jan - April ) !!!!

Kali ini dalam segmen MOTIVASI.. Raja & Ratu nak kongsikan rahsia diri kita dari segi personaliti.. sikap.. tingkah laku.. Jangan takut.. ok.. Kajian ini telah dilukan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Hj Fazilah Kamsah.. hehe.. Jadi, kaji lah diri korang melalui bulan lahir korang ya..

BULAN JANUARI..
* Seorang yang bercita-cita tinggi & orangnya serius, suka mendidik & di didik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang & suka mengkritik.
* Rajin & setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka kepada kecantikan, kekemasan & teratur.
* Bersifat sensitif & berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Pemalu orangnya & mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.


BULAN FEBRUARI..
* Berfikiran abstrak & sukakan benda yang realiti & abstrak.
* Bijak & pintar tapi berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain dan agak diam.
* Pemalu & rendah diri... Jujur & setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat & tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong & suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka & sangat sensituif.
* Mudah mempamerkan marahnya & tidak suka pada benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani & suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan & ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam serta suka hiburan & sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luarannya.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.. amat mudah & boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi & perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.


BULAN MAC..
* Berpesonaliti menarik & menawan serta mudah didampingi.
* Sangat pemalu & pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah & mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan & alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian & sangat peka kepada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang lain.
* Tidak cepat marah & sangat amanah.
* Tahu membalas & mengenang budi.
* Pemerhatian & penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan & suka melancong.
* Sangat manja & suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Sangat kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka pada hiasan rumah tangga.
* Mempunyai bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa & menarik.
* Jangan terlalu mengikut selera & perasaan.


BULAN APRIL..
* Sangat aktif & dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik & pandai menjaga diri.
* Mempunyai daya mental yang sangat kuat & suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk).
* Berkawan & pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani & tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, bersifat pengasih, penyayang, sopan-santun & pemurah.
* Emosi cepat terusik tapi pandai cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif & kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Mempunyai gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri & memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit di sekitar kepala & dada.
* Sangat cemburu & terlalu cemburu.

Ini yang dapat Ratu dedahkan terlebih dahulu. Jumpa nanti di episod yang akan datang.. CEWAHH !!! dengan sambungan rahsia bulan kelahiran dari bulan Mei hingga Ogos.. TUNGGU !!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267