Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, March 25, 2011

Gelagat CIKGU SHIDAH..

Mungkin ada antara korang yang dah biasa mendengar nama CIKGU SHIDAH ini.. Mungkin juga yang tidak mengenali dan setelah membaca artikel Raja Ratu ini barulah dapat mengenali CIKGU SHIDAH ini.

Raja & Ratu pun pada asalnya tidak mengenali CIKGU SHIDAH ini. Ratu mengenalinya melalui facebook RAJA RATU. Jadi kalau korang nak jadi member kami. Sila lah cari RAJA RATU di facebook & jadilah member kami. Waa.. sempat lak buat promosi facebook. HEHE.. Sebenarnya, Raja & Ratu ada melihat satu video klik 'MIMING' CIKGU SHIDAH ni melalui rakan facebook kami. Jadi, kami pun kongsilah video klip ini bersama rakan facebook yang lain. Inilah video yang Raja Ratu tengok di facebook.



Yang Raja Ratu tahu CIKGU SHIDAH ini akan membuat 'MIMING' lagu-lagu kesukaannya atau pilihannya mengikut citarasanya sebagai hobi mengisi masa lapangnya. Tapi Ratu tak sangka pula daripada hobinya, kini dia sudah POPULAR. Baru-baru ini, CIKGU SHIDAH telah dipanggil oleh HOT FM bersama-sama AG, FAIZAL ISMAIL, FARAH FAUZANA. Ratu memang pagi-pagi mendengar radio siaran HOT FM & beberapa hari sebelum CIKGU SHIDAH ini dipanggil, HOT FM memang ada mengumumkan CIKGU SHIDAH akan diundang ke HOT FM. Tapi Ratu tak sangka pula CIKGU SHIDAH yang dimaksudkan ini adalah CIKGU SHIDAH yang Raja Ratu kenal melalui facebook.

Nak dijadikan cerita, pada hari CIKGU SHIDAH itu diundang.. Ratu ada mendengar di siaran radio HOT FM dan Ratu mendengar CIKGU SHIDAH membuat 'MIMING' salah satu lagu dari kumpulan BUNKFACE & menyanyikan lagu MAHER ZAIN yang bertajuk Insya Allah. Dari situ, Ratu mula teringat akan video klip CIKGU SHIDAH di atas. Ratu terus menelefon rakan sekerja Ratu, Azhar untuk membuka tv untuk mendapatkan kepastian.. Betul ker CIKGU SHIDAH yang dimaksudkan ini ??? Jen.. Jen.. Jen.. Jawapannya BETUL beb !!!! Seperti mana yang korang tahu, siaran radio HOT FM ni memang ada siaran langsungnya di TV8. Pejabat Ratu pula memang ada tv. Jadi, senanglah Ratu mendapatkan kepastian.

Petang tu, Ratu bersama-sama rakan-rakan sekerja Ratu tergelak melihat video klip 'MIMING' CIKGU SHIDAH bagi lagu yang bertajuk KALAU BERPACARAN. Korang tengok lah memang lawak gile.. hehe..


Sehari selepas CIKGU SHIDAH ini diundang di HOT FM, CIKGU SHIDAH diundang pula dalam rancangan SITI di siaran Astro. Tapi dalam rancangan ini CIKGU SHIDAH tidak dapat menghadirkan diri. Tapi inilah yang dikatakan rezeki.. Daripada hobi terus jadi TERKENAL kan. Apa-apa pun CIKGU SHIDAH.. TAHNIAH diucapkan daripada RAJA RATU. Hobi-hobi juga ya.. Tugas sebagai cikgu jangan dilupakan.. Hehe.. TAHNIAH..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267