Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, March 16, 2011

Melawat rakan sekerja Ratu.. ROSIE..

Hujung minggu Raja & Ratu memang telah merancang ingin melawat salah seorang rakan kami yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang keduanya. Namanya glamour nya ROSIE.. Hehe.. Nama sebenarnya emm.. Biarlah rahsia.. Hehe.. ROSIE ni rakan sekerja Ratu. Masa ROSIE dah lagi sebulan dah nak bersalin, Ratu pula disahkan berbadan dua.. Hehe.. Ambil berkat dari rakan Ratu lah ni.. Hehe.. Tanggal 24 Februari 2011, rakan Ratu ni selamat melahirkan anaknya ni yang bernama HUD RIEFFAT SYAFI. Bila korang baca nama ni janganlah korang nyanyi lagu TANYA SAMA ITU HUD-HUD lak. Hehe.. Mengikut jangkaan doktor sepatutnya ROSIE bersalin pada hari Sabtu, 26 Februari 2011. Tapi HUD ni tak sabar nak keluar melihat dunia lah ni. Hehe. Tak apa, apa yang penting mereka berdua selamat. BETUL TAK..

Bila ROSIE dimaklumkan dia ditahan wad untuk menunggu bersalin, Ratu pula yang cemas & gementar. Ya lah.. Nanti giliran Ratu pula kan. Ratu ada menceritakan kepada Raja mengenai hal ini. Raja meminta Ratu sama-sama berdoa agar rakan Ratu ini selamat melahirkan anaknya. Dan Akhirnya inilah gambar anaknya. Sorry ya JASRIZAL, Ratu ambil gambar ini dalam facebook. HAA.. Amacam.. comel tak anak ROSIE..

Harap-harap anak Raja & Ratu pun comel cam HUD ni. Hehe.. Ini gambar masa HUD berusia 9 hari. Berat badan dia ketika ini ialah 3.3 kg. Ratu difahamkan semasa dilahirkan beratnya 2.5kg. Raja & Ratu gembira bila mendengar ROSIE selamat melahirkan anak lelakinya ini. Jadi, Raja & Ratu mengambil keputusan ingin pergi melawat ROSIE ini.

Pada asalnya, Raja Ratu merancang ingin pergi selepas Ratu membuat 'Check-up' mengandung. Oleh kerana masa Raja Ratu banyak dihabiskan di klinik, jadi kami sampai di rumah ROSIE pada pukul 4.00 ptg. Tapi inilah padahnya. Ingatkan tak mahu memaklumkan kepada ROSIE yang kami nak datang melawat. Kami sampai sahaja, rupa-rupanya ROSIE dan anaknya tiada di rumah. Mereka di hospital kerana anak HUD kena PENYAKIT KUNING.

Atas kesibukan Raja & Ratu, kami akhirnya lepaskan juga niat di hati pergi melawat ROSIE bersama anaknya 2 Ahad lepas. Akhir kata, TAHNIAH Raja & Ratu ucapkan kepada rakan Ratu ini kerana dapat memiliki 2 hero Malaya.. Hehe. TAHNIAH juga kepada JASRIZAL ayah kepada HUD ini kerana berjaya bersama kumpulannya Hikarimoji Light Graffiti (HLG) yang ditayangkan di MAJALAH 3 pada 26 Februari 2011.. TAHNIAH ya.. ROSIE.. Dah dapat 2 orang anak lelaki ni.. Jangan ko mengganas lak kat pejabat bila naik nanti ya.. Haha..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267