Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, March 25, 2011

Tahniah pemenang ADIK-ADIKKU..

Pada 20 Mac 2011, berlangsunglah sudah siaran secara langsung PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM REALITI ADIK-ADIKKU dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini disiarkan di tv 1. Ratu suka tengok bakat kanak-kanak yang luar biasa di peringkat akhir ini. Harap-harap anak Raja & Ratu pun dapat mengikuti jejak langkah kanak-kanak ini.

Dalam pertandingan akhir ini, peserta boleh bercerita, bersyarah, bersyair dan bernasyid dalam nada-nada suara comel yang sungguh memikat. Masing-masing menunjukkan kebolehan masing-masing sambil dibimbing oleh guru mereka. Pertandingan ini disaksikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri kita dan dapat dilihat persembahan Datuk Siti Nurhaliza di akhir rancangan sementara menunggu keputusan pertandingan ini.

Ada 7 peserta yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh adik MUHAMMAD AMIRUL AZLIN yang berusia 10 tahun yang membuat persembahan yang terakhir dan berjaya menjadi JUARA. NAIB JUARA dimenangi oleh adik SYAFIQAH FASIHA AHMAD SAFRI yang berusia 11 tahun yang membuat persembahan yang ke 6. TEMPAT KETIGA dimenangi oleh adik ZAID NAJMUDDIN ZAL AKMAL yang berusi 11 tahun yang membuat persembahan ke 2. Masing-masing membawa hadiah bernilai RM10,000.. RM8,000.. RM6,000.. & JUARA akan menerima pakej mengerjakan umrah. WOW !!! Bestnya.. Bertuah badan.. Kecil-kecil lagi dah dapat mengerjakan ibadat umrah. Walaubagaimanapun, Datin Seri Rosmah Mansor telah mengumumkan bahawa semua peserta akhir pertandingan ini akan menerima imbuhan berbentuk geran pendidikan RM2,400 serahun sehingga ke tingkatan 5. Peh !!! Seronoknya. Maknanya semua peserta yang kalah dalam pertandingan akhir ini tidak pulang dengan tangan kosong.

Ini adalah antara pemenang dengan hadiah mereka.
Ini pula, Ratu ingin kongsikan sedikit petikan dari persembahan PEMENANG DI TEMPAT KE TIGA,


Akhir kata, Raja Ratu berharap semoga rancangan ini dapat diteruskan dan dapat memberi dorongan kepada kanak-kanak lain termasuklah ibubapa mereka untuk mengikuti jejak mereka ini di program yang sama di musim-musim yang akan datang. Semoga anak Raja Ratu juga dapat jadi seperti mereka.. Amin.. Amin.. Amin.. Doa-doakan ya..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267