Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, April 9, 2011

AKADEMI FANTASIA 9 adalah yang terakhir..

Ratu difahamkan bahawa AKADEMI FANTASIA di musim yang ke 9 ini adalah yang terakhir. Ini bermakna selepas AF 9 ini tiada lagi AKADEMI FANTASIA. Di musim yang terakhir ini pihak ASTRO masih lagi memanggil AZNIL HJ NAWAWI sebagai pengacaranya. Ratu rasa memang bijak pilihan ASTRO ini. Bagi Ratu kehadiran AZNIL sebagai pengacara AKADEMI FANTASIA di musim yang sebelum ini berjaya menarik ramai penonton setia & Ratu masih ingat lagi kehangatan AKADEMI FANTASI inilah yang membuatkan Ratu mengambil keputusan untuk melanggan ASTRO dahulu. Jadi mungkin pihak ASTRO memilih AZNIL sebagai pengacara pembuka AKADEMI FANTASIA & pengacara penutup AKADEMI FANTASIA.

Di musim yang terakhir ini pihak ASTRO memilih AMY SEARCH sebagai pengetua dalam AKADEMI FANTASIA ini. Bagi Ratu bagus juga AKADEMI FANTASIA ini tidak diteruskan lagi kerana kebanyakkan pelajar-pelajar AF tidak meneruskan lagi usaha mereka dalam bidang seni yang mereka ceburi ini setelah mereka berjaya ataupun terkeluar. Jadi keputusan ASTRO untuk menjadikan AKADEMI FANTASIA yang ke 9 sebagai yang terakhir ini adalah satu keputusan yang terbaik.

Di sini Ratu senaraikan pelajar di AKADEMI FANTASIA di musim yang terakhir ini iaitu:
* AHMAD AFIF TIRMIZIE (AFIF) berumur 25 tahun berasal dari Selangor
* MOHAMMAD AMIRULLAH JAHARI (AMIR) berumur 19 tahun berasal dari Sarawak
* MOHAMMAD AZRI ABDULLAH (AZRI) berumur 24 tahun berasal dari Selangor
* KHAIRUL NAJMUDDIN ABU SAMAH (ERUL) berumur 20 tahun berasal dari Kuala Lumpur.
* NUR KHAIDIR MUHD (KAY) berumur 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur.
* FAHRUR RAQIB ABDUL MAJID (RAQIB) berumur 21 tahun berasal dari Melaka
* NUR SUHADA JEBAT (AIDA) berumur 19 tahun berasal dari Melaka
* NUR ATIKAH SHARIFFUDIN (EKA) berumur 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur
* ZULAIKA ZAHARI (LAIKA) berumur 22 tahun berasal dari Selangor
* LENABER HAIDIR (LENA) berumur 21 tahun berasal dari Sabah
* ROSHAMMIZAH ROSLI (MIZA) berumur 28 tahun berasal dari Selangor
* QUEENNERA FRANCINE FRANCIS (NERA) berumur 19 tahun berasal dari Sabah

Ini pula senarai nama tenaga pengajar,
ADLIN AMAN RAMLI sebagai guru seni persembahan
NING BAIZURA sebagai guru vokal persembahan
FATIMAH ABU BAKAR sebagai kaunselor motivasi & guru bahasa Inggeris
SYAFIZAWATI SYARIF sebagai guru vokal teknikal
A. ARIS A. KADIR sebagai guru tarian

Diharapkan kesemua pelajar AF9 ini dapat mengambil peluang & kesempatan ini untuk belajar sambil mencungkil bakat mereka dalam bidang nyanyian.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267