Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, April 5, 2011

Rahsia BULAN LAHIR (Sept - Dis ) !!!!

Kali ini.. di bulan ini.. Raja Ratu akan menyudahkan segmen motivasi kita di episod Rahsia BULAN LAHIR ini.. Sebelum ini Raja Ratu telahpun menyenaraikan Rahsia BULAN LAHIR (Jan - April).. Rahsia BULAN LAHIR (Mei - Ogos).. dan kini Raja Ratu akan menamatkan segmen ini dengan episod BULAN LAHIR yang terkahir ini.. Jadi kepada pengunjung-pengunjung Raja Ratu.. boleh kaji sendiri melalui apa yang kami paparkan ini.. sama tak dengan sikap & tingkah laku korang.. Hehe..

BULAN SEPTEMBER
* Orangnya sangat bersopan santun, bertolak ansur, cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Seorang yang pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikapnya sangat cool, baik & mudah simpati.
* Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Orang yang banyak berfikir & mempunyai daya pentaakulan yang baik.
* Otaknya bijak & mudah belajar serta suka mencari maklumat.
* Mudah mengawal diri dari terlalu mengkritik serta pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong serta kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan & terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas & bersistematik.


BULAN OKTOBER
* Orangnya suka berbual & suka pada orang yang sayang padanya.
* Suka mengambil jalan tengah, sangat menawan & sopan santun.
* Mempunyai kecantikan luar & dalam serta tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan & sentiasa ingin berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah & seperti macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang lain kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri & tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosinya mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap.
* Emosinya kelam kabut.
* Mempunyai daya firasat yang sangat kuat (terutama sekali perempuan).
* Suka melancong, sukakan bidang sastera & seni.
* Seorang pengasih, penyayang & lemah lembut & romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu serta mengambil berat tentang orang lain.
* Sukakan kegiatan luar & seorang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi oleh persekitaran serta mudah patah semangat.


BULAN NOVEMBER
* Seorang yang mempunyai banyak idea tapi sukar untuk dimengerti /difahami sikapnya.
* Berfikiran ke hadapan, unik & bijak serta penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Mempunyai pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus & tinggi & sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat & teliti, berpesonaliti yang dinamik, serta bercita-cita tinggi.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil serta mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, amanah, jujur, setia & pandai berahsia.
* Seorang yang berani, pemurah, setia & banyak bersabar orangnya.
* Terlalu degil & keras hati.
* Apabila berhendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tidak suka marah kecuali digugat & mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri & mempunyai cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otaknya sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri & tidak hargai pijian.
* Kekuatan semangat & daya juangnya yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Mencuba sesuatu sampai berjaya.
* Kasih sayang & emosinya yang sangat mendalam & romantik tapi tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Mempunyai bentuk badan yang sasa (bagi lelaki).
* Suka duduk di rumah, sangat rajin & berkemampuan tinggi.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Perangainya tidak dapat diramal & mudah berubah-ubah.


BULAN DISEMBER

* Sangat setia, pemurah & bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permaian & pergaulan.
* Sikap kurang sabar & tergesa-gesa tetapi bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi & suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian & dibelai.
* Sangat jujur orangnya, amanah & bertolak ansur.
* Cepat marah & tidak pandai berpura-pura.
* Perangainya yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego orangnya walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Suka berlawak & benci pada kongkongan.
* Pandai buat lawak & berfikiran logik.

Ini semua adalah dipetik dari hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Hj Fadilah Kamsah. Diharapkan semua maklumat yang diberikan dapat membantu korang semua dalam menilai diri sendiri. Tapi tepat tak pada diri korang melalui bulan lahir korang dengan apa yang dikaji oleh Dr Fadilah ini.. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267