Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, June 26, 2011

Atur strategi untuk siapkan tugas di pejabat sebelum bersalin..

Emm.. Pejam celik.. Pejam celik.. Sekejap saja dah 6 bulan lebih usia kandungan Ratu. Ini bermakna Ratu ada masa lebih kurang 3 bulan lagi untuk Ratu siapkan kerja mana yang tertunggak secepat mungkin sebelum Ratu mula bercuti bersalin selama 2 bulan dan mula berpantang. Emm.. Ratu kena mula aturkan strategi ni mana kerja yang perlu disiapkan dahulu dan mana kerja yang perlu disiapkan kemudian.

Bila fikir pasal kerja-kerja yang tertunggak ni.. PENING !!! PENING !!! Tak per.. Ratu berehat sekejap. Ratu mula berchatting di facebook. Hilang rasa pening fikir kerja, Ratu mula susun atur strategi untuk siapkan kerja. PEMBANTU ??? Memang betul Ratu kini sudah ada pembantu. Tapi tak kan pembantu baru Ratu tu.. Baru mula kerja saja dah tahu apa kerja nak buat kan. Nak kena ajar juga sikit2. Ianya mengambil masa sedikit. Ratu perlu lihat apa yang pembantu tu boleh bantu Ratu nanti. Ratu juga perlu mengambil masa untuk ajar serba sedikit tugas-tugas yang perlu dia lakukan serta tanggungan tugas yang perlu dilakukan semasa Ratu mula bercuti bersalin nanti.

Ratu bukan sahaja perlu susun tugas-tugas di pejabat tapi perlu turut fikirkan TERATAK ISTANA RAJA RATU ni yang dah lama bersawang dan perlu dikemaskini dengan perkembangan terkini Raja Ratu. Raja Ratu juga perlu aturkan strategi dengan harapan agar APA YANG RAJA RATU INGIN CAPAI TAHUN INI atau dengan erti kata lain AZAM UTAMA Raja Ratu tahun ini tercapai. Kalau boleh Ratu harap dapat mencapainya sebelum Ratu cuti bersalin nanti. Insya Allah.

Bila difikirkan hal-hal sebegini memang PENING.. Bila banyak masa dihabiskan untuk urusan kerja-kerja pejabat, kadangkala Ratu tak sempat untuk kemaskini perkembangan terkini Raja Ratu. Kesihatan Ratu ni kadangkala agak terganggu juga sejak akhir-akhir ni. Bukan Ratu tak sihat kerana Demam.. Selsema.. Batuk.. Tapi Ratu ingin kurangkan sedikit untuk kerja-kerja berat kerana kadangkala Ratu rasa badan Ratu ni tak larat sedikit dengan situasi Ratu ni berbadan dua ni.

Apa-apa pun Ratu rasa Ratu tidak kesuntukkan masa untuk aturkan dan uruskan semua ini. Ratu yakin RATU BOLEH CAPAINYA!!! Dari segi kerja-kerja pejabat, Ratu sudah ada pembantu kini. Ratu perlu aturkan tugas untuknya.. Ratu perlu aturkan apa yang perlu dilakukannya kelak. Dari segi AZAM tahun ni, Raja Ratu hanya ada 50 % lagi untuk mencapainya. Harapan Ratu agar apa yang Ratu akan aturkan ini berjalan dengan lancar.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267