Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, June 21, 2011

TAHNIAH kepada pemenang MAHARAJA LAWAK..

Semua peminat MAHARAJA LAWAK termasuk Ratu pastinya tidak akan terlepas untuk menonton Maharaja Lawak Akhir ni. Tak sabar rasanya nak menonton persembahan peserta akhir ni iaitu Kumpulan JOZAN, NABIL, KUMPULAN JAMBU & KUMPULAN SEPAH. Ratu nak tanya sikit, kalau Raja Ratu yang buat lawak dalam Maharaja Lawak ni, rasa-rasanya korang akan undi Raja Ratu tak.. Haha.. Entah-entah Raja Ratu mendapat undian tercorot.. Haha.. Nak buat lawak ni bukannya senang tau..

Tapi Ratu rasa sedih la kerana Raja tiada bersama Ratu semasa menonton Maharaja Lawak ni. Raja outstation. Emm.. sedihnya. Nampaknya Ratu menonton Maharaja Lawak ni bersama bayi dalam kandungan ni la.. Emm.. Sedihkan.. Uhuk !!! Uhuk !!! Uhuk !!! Dah nak nagis dah ni..

Dalam Maharaja Lawak ni tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan JAMBU. Kumpulan JAMBU ini menerima wang tunai sebanyak RM25,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh NABIL dan menerima wang tunai sebanyak RM130,000. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan JOZAN dan menerima wang tunai sebanyak RM250,000. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan SEPAH dan menerima wang tunai sebanyak RM350,000. Tahniah Kumpulan SEPAH. Waa !!! Rezeki anak Shuib la ni, salah seorang daripada Kumpulan SEPAH yang mana isterinya sedang mengandung kini. Emm.. Kalau Raja Ratu pulang menang, rezeki anak Raja Ratu juga la kan.. Emm.. Sempat lagi berangan tu. Ni lah gambar Juara MAHARAJA LAWAK iaitu Kumpulan SEPAH.

Bagi Ratu dari segi jumlah wang yang diterima, Nabil lah penerima terbanyak. NABIL menerima wang sebanyak RM130,000. Diikuti oleh Kumpulan JOZAN yang mana JOHAN dan ZIZAN masing-masing mendapat RM125,000 seorang. Kumpulan SEPAH pula yang dianggotai oleh Shuib, Jeff, Mamat menerima lebih kurang RM116,000 seorang. Kumpulan JAMBU pula yang dianggotai oleh Yus dan Taukeh menerima RM12,500 seorang.

Rasa-rasa korang lah kan, mana kita nak pandang. Adakah dari segi kedudukan peserta akhir ni dalam Maharaja Lawak ke ataupun dari segi habuan sejumlah wang yang mereka terima. Emm, apapun ni rezeki masing-masing. Raja Ratu tertanya-tanya juga adakah MAHARAJA LAWAK ni akan ada lagi selepas ni kerana semua peserta-pesertanya adalah dari peserta akhir RAJA LAWAK. Emm.. Kita tunggu dan lihat sahaja la apa yang ASTRO akan lakukan nanti.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267