Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, June 14, 2011

Tahniah Peserta Akhir Maharaja Lawak..

Pertama sekali, sudah pastinya Raja Ratu ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta Maharaja Lawak yang telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Pada mulanya Raja Ratu fikir selepas tersingkirnya kumpulan BALAS pada minggu ke 9 kami fikir kelima-lima kumpulan yang terselamat ketika itu daripada penyingkiran iaitu R2.. NABIL.. JAMBU.. SEPAH.. JOZAN.. yang akan berjaya masuk ke peringkat akhir. Tapi selepas pengumuman penyingkiran kumpulan BALAS, satu kejutan diumumkan oleh AC MIZAL iaitu ada persembahan yang akan diadakan secara langsung di PULAU PINANG.. KUANTAN, PAHANG.. dan JOHOR BAHRU..

Walaubagaimanapun, Raja Ratu fikir pada permulaannya persembahan yang akan diadakan di ketiga-tiga tempat ini tiada penyingkiran sebab kalau nak diikutkan memang minggu ke 10 adalah minggu AKHIR MAHARAJA LAWAK yang menentukan siapa pemenang antara FINALIS RAJA LAWAK dari siri 1 hingga siri 5. Kelima-lima kumpulan ini pun memang kumpulan kegemaran Raja Ratu yang mana persembahan mereka ini nampak menghiburkan.

Tapi Raja Ratu tengok akan ada penyingkiran di setiap lokasi iaitu di PULAU PINANG.. KUANTAN, PAHANG.. JOHOR BAHRU.. Emm.. rasa berdebar juga bila difikirkan siapa yang akan TERSINGKIR dan siapa yang akan BERJAYA MASUK ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK.. Keputusan di PULAU PINANG ternyata menunjukkan tiada penyingkiran. Jadi, Raja Ratu fikir mungkin persembahan yang akan diadakan di ketiga-tiga tempat ini hanyalah untuk suaikenal peserta akhir dengan penonton yang merupakan para pengundi mereka. Ini kira untuk meraih undi lah ni. Keputusan di KUANTAN, PAHANG menambahkan lagi keyakinan Raja Ratu apabila tiada penyingkiran berlaku. Tapi Ratu agak terkejut apabila diumumkan ada 2 penyingkiran semasa persembahan di JOHOR BAHRU. Dua peserta yang diumumkan tersingkir itu adalah dari Kumpulan R2 dan kumpulan JAMBU.. Akhirnya, pihak juri menggunakan kuasa mereka untuk memilih antara kumpulan yang tersingkir dan JAMBU menjadi pilihan mereka.

Ini bermakna, 4 peserta yang layak masuk ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK. Inilah gambar mereka,
Apa-apa pun tahniah sekali lagi Raja Ratu ucapkan. Diharapkan mereka ini dapat membuat persembahan yang terbaik nanti. Kepada R2.. jangan berputus asa, pasti ada rezeki kalian nanti di luar sana.. Raja Ratu juga ingin ucapkan SELAMAT MENEMPUH DUNIA SENI di luar sana.. hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267