Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, February 29, 2012

Usia Puteri Raja Ratu 5 Bulan Kini

Kini pada 22 Februari 2012, genaplah sudah 5 bulan usia Puteri Raja Ratu. Ratu difahamkan di usianya sebegini puteri Raja Ratu ini akan disuntik dengan suntikan 3 serangkai. Sebelum Ratu membawa puteri Raja Ratu ke klinik untuk pemeriksaan susulan 5 bulan selanjutnya, Ratu memberikan suntikan ubat demam. Emm.. itulah yang dinasihatkan oleh jiran Ratu bagi mengelakkan Puteri Raja Ratu terkena demam selepas suntikan tersebut.

Seperti biasa, tiba sahaja di klinik Puteri Raja Ratu di timbang badannya. Habis semua bajunya perlu dibuka termasuklah lampin pakai buangnya untuk mengetahui berat badannya yang sebenar. Ratu lah orang yang paling TAKUT. Bukan takut apa.. Takut nanti Puteri kami terkencing lak bila ketiadaan lampin pakai buangnya. hUA.. hUA.. hUA.. Emm.. berat puteri kami telah naik tapi tidak seperti yang kami jangkakan. Beratnya kini 7.3 kg dengan ketinggiannya 66 cm. Tak per janji puteri kami sihat dan semestinya comel.. Hehe.. Itu yang penting. Kemudian puteri Raja Ratu diberi suntikan 5 bulan. Ratu terus memeluk Puteri Raja Ratu supaya dia tidak menagis ketika disuntik sambil memegang kakinya. Tapi nangis tetap nangis. DAH NAMA PUN BAYI KAN.

Setiap kali puteri Raja Ratu diperiksa, Ratu mesti membaca buku birunya bagi mengetahui rekod perkembangan puteri kami. Emm.. Puteri kami mesti sudah boleh:-

a) Mengawal kepalanya ketika ditarik dari posisi baring ke duduk
b) Menyiarap dan melentang
c) Mengenggam objek
d) Mata mengikut pergerakkan objek
e) Bertindakbalas kepada bunyi

Perkembangan Puteri Raja Ratu kini, dia telah menyiarap sepenuhnya. Inilah rakaman yang sempat Ratu rakamkan untuk tontonan semua. Haha.. Masa ni Puteri Raja Ratu tengah memikirkan macam mana nak menyiarap sebab nak rakam video ni.. Hehe.. Fikir.. Fikir.. Na.. Naa.. Na.. Na.. Naa..


Ni adalah rakaman sepenuhnya Puteri Raja Ratu menyiarap. Hehe..


Akhir kata, sesungguhnya Raja Ratu memang suka melihat perkembangan puteri kami kini. Pastinya Raja Ratu menunggu perkembangan puteri kami seterusnya untuk melihat dia merangkak. Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, February 28, 2012

Ratu Menerima Tawaran Haji Tahun Ini

Alhamdulillah, Ratu agak terkejut pada mulanya. Tidak tahu bagaimana hendak diceritakan. Ratu sendiri pun tidak menyangka tawaran seperti ini Ratu akan terima tahun ini. Alhamdulillah.. Pada asalnya Ratu menerima surat lebih kurang sekitar awal bulan Februari 2012 dari TABUNG HAJI berkaitan dengan kursus Haji. Kandungan surat itu menyatakan jadual lokasi pilihan untuk kursus Haji yang diadakan beserta dengan tarikhnya yang mana Ratu boleh memilihnya mengikut kesesuaian Ratu. Ratu pun tidak menjangkakan apa- apa. Bagi Ratu mungkin ianya hanya panggilan untuk menuntut ilmu bagi menunaikan Haji. Kalau ilmu apa salahnya kalau kita menghadirinya kan.. Hehe..

Lebih kurang 2 minggu selepas itu, Ratu menerima 1 lagi surat dari TABUNG HAJI yang menyatakan bahawa Ratu terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Ratu agak tergamam seketika. Terduduk sekejap.. Emm.. Betul ker ni. Macam tidak percaya pun ada. Inilah rezeki anak kan. Inilah surat yang Ratu terima.

Ratu pun menunjukkan surat itu kepada Raja. Tapi hasil daripada perbincangan dengan Raja, Ratu terpaksa menolak tawaran haji yang diberikan. Ratu pun sudah berfkir panjang mengenai perkara ini. Hendak tahu kenapa Ratu menolak tawaran Haji yang diberikan ini. Pertama, kerana Puteri Raja Ratu masih kecil lagi.. Belum setahun usianya.. Memandangkan tempoh untuk menunaikan Haji ini mengambil masa sebulan, sudah tentunya agak sukar bagi Puteri kami menyesuaikan diri. Ini kerana Ratu sehingga kini masih lagi memberikan susu badan. Tapi tidak sepenuhnya. Puteri Raja Ratu ni juga diberikan susu tepung S26 Gold. Kedua, dari segi kewangan agak merundum sedikit kedudukan kewangan Raja Ratu. Ini kerana kami baru mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli sekangkang kera tanah bulan lepas. Jadi, Raja Ratu memang memerlukan sedikit masa untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan kami tahun ini. Ratu memang ada membuat budget untuk mengerjakan Haji ini. Tapi budget itu lari sedikit untuk membeli tanah. Pada ketika itu, Ratu tidak sangka pula yang Ratu akan menerima tawaran Haji pada tahun ini. Ketiga, Raja Ratu perlu faham betul-betul mengenai cara menunaikan haji ini. Jadi, Raja Ratu ada membuat perancangan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu. Insya Allah. Sebenarnya, Ratu pernah mengerjakan umrah suatu ketika dahulu. Rasanya sekitar tahun 2007 dan pada ketika itu Raja Ratu masih lagi bertunang. Jadi, kalau boleh sebelum Ratu menunaikan Haji.. Insya Allah kalau di izinkan Tuhan.. Ratu berhajat ingin membawa Raja untuk menunaikan umrah terlebih dahulu. Biar Raja dapat mengetahui dan menimba pengalaman dalam mengerjakan umrah. Nanti bila hendak menunaikan Haji nanti tidaklah kekok. Ini kerana di musim umrah, bilangan orang yang mengerjakan umrah tidaklah seramai mereka yang mengerjakan Haji.

Surat beserta borang penolakkan telahpun Ratu isi dan Ratu menetapkan tahun jangkaan yang Ratu rasa membolehkan Raja Ratu untuk mengerjakan Haji adalah 5 tahun lagi. Insya Allah.. Kalau Ratu yang menerima tawaran Haji tu nanti, pastinya Ratu akan menarik Raja untuk ikut bersama nanti. Lagipun, Raja memang telahpun telah berdaftar dengan Tabung Haji untuk mengerjakan haji. Insya Allah..

Tatapan dari,

Friday, February 24, 2012

Faris Mengingatkan Pada Arwah Adik Ratu

Masih lagi ingin bercerita mengenai arwah Faris hari ini. Kisahnya menjadi 'top story' di facebook sejak akhir-akhir ini. Kali ini Ratu hendak menceritakan mengenai kisah ketika pengkebumiannya yang betul-betul menarik perhatian Ratu. Ratu agak terkejut. Ramai yang bertanyakan siapa FARIS ni ???? Raja Ratu sendiri pun tidak mengenalinya. Tapi ianya membuatkan Ratu berasa terharu melihat seorang budak yang tidak dikenali ramai.. Bukannya terkenal macam adik HAZIQ yang terkenal di rancangan TOM-TOM BAK dan pernah berlakon dalam filem SYURGA CINTA. Tapi kisahnya pemergiannya mengamit perhatian sebilangan masyarakat kita termasuklah pelayar-pelayar facebook. Kisahnya membuatkan diri arwah ini terkenal.. Ibubapanya mula dikenali.. Dan beruntung ibubapanya sebab ramai yang memberikan semangat.. Berbanding dengan orang lain yang juga ada kehilangan anak.. Tapi tidak terkenal macam arwah ini.

Apa yang ingin Ratu kongsikan di sini adalah Ratu lihat melalui paparan gambar yang diberikan, ramai sungguh orang yang sembahyangkan jenazah adik FARIS ini.. Ramai yang mendoakan arwah adfik FARIS ini.. Ramai yang turut serta konvoi menghantar jenazah ke tanah perkuburan.. Apatah lagi di tanah perkuburan.. Ya Allah.. Kita sendiri pun tak tahu nanti adakah kita akan dilayan sebegini ke tidak kelak.. Betul Tak.. Ramai ker orang yang akan mendoakan kita nanti kan.. Gambar ni Ratu petik dari rakan facebook. Ini gambar ketika rombongan konvoi menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Ini pula gambaran di tanah kubur di bahagian dalam kawasan perpagar tanah perkuburan. Ada yang tidak dapat masuk, sanggup tunggu di luar. Masa ni pasti air mata membasahi pipi ahli keluarga arwah kan.

Apa yang berlaku ini mengingatkan Ratu pada arwah adik Ratu yang telah meninggal dunia 10 tahun lepas. Masa tu arwah masih lagi menuntut di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Semasa arwah adik masih lagi koma di hospital, ramai rakan-rakannya yang hadir. Ratu agak terharu pada ketika itu melihatkan ramai sungguh rakannya sehinggakan sanggup beratur menunggu giliran untuk melawat arwah adik. Rupa-rupanya Ratu difahamkan bahawa pihak pengurusan institusi tersebut membenarkan 1 atau 2 bas milik institusi bertolak membawa para pelajar ke hospital untuk melawat arwah adik Ratu. Mungkin ini adalah atas permintaan rakan-rakan arwah yang ingin melawat arwah. Pada hari pengkebumian arwah adik Ratu, Ratu tengok ramai juga rakan-rakan arwah yang datang melawatnya di rumah dan mendoakan arwah. Ini belum masuk saudara mara dan jiran-jiran yang turut sama. Bila tengok gambar arwah adik Faris, menitiskan air mata Ratu dan terus teringat akan arwah adik Ratu ELMY HAZRUL.

S
elepas pengkembumian arwah adik Ratu, ramai rakan-rakan arwah datang rumah dan kebanyakkan mereka menjadikan Ratu sebagai kakak angkat mereka. Selepas pengajian mereka tamat di institusi tersebut, mereka sanggup datang ke rumah untuk melawat sambil bertanyakan khabar ibubapa Ratu sebelum mereka pulang ke rumah ibubapa masing-masing. Sehingga kini, hubungan Ratu dengan rakan arwah tidak putus. Malah ada antara mereka sanggup datang ke rumah menjemput Ratu dan keluarga untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini sedikit sebanyak menyedarkan diri kita semua termasuklah Raja Ratu bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara. Ratu sendiri pun telah mengalami kehilangan ahli keluarga Ratu. Dan pastinya, hari yang paling akan menitiskan air mata walaupun telah beberapa bulan pemergian orang tersayang adalah pada malam hari memantai ataupun di pagi Raya di tahun pemergiannya. Hati pasti sayup apabila mendengar takbir Raya. Masa tu lah kita akan teringat bahawa pertama kalinya raya kali ini tidak disambut seperti tahun-tahun yang lepas. Pastinya kita akan terasa raya kali ini seperti tidak lengkap dan terasa kekurangannya kerana kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Inilah gambar arwah adik Ratu bersama ahli keluarga Ratu dahulu. Arwah di sebelah kanan sekali.

Ratu masih ingat lagi ketika takbir Raya bergema, Ratu handak mengelak dari menagis di hadapan ibubapa Ratu kerana Ratu tidak mahu mereka sedih atas pemergian arwah adik. Ratu lari ke bilik arwah adik dan Ratu menagis puas-puas. Sesungguhnya air mata pasti akan mengalir tatkala mendengar takbir Raya. Dan pastinya, keluarga arwah adik FARIS pasti akan mengalaminya apabila mendengar takbir Raya nanti. Akhir kata, mari kita bersama-sama mensedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah adik FARIS dan arwah adik Ratu ELMY HAZRUL.
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..

Tatapan dari,

Thursday, February 23, 2012

Terharu Membaca Kisah Pemergiannya

SAYUP HATI RATU MENDENGARNYA..
HIBA HATI MEMBACANYA..
TERHARU MELIHAT GAMBAR-GAMBAR KETIKA SIHAT..
MENITIS AIR MATA BILA MENGETAHUI PEMERGIANNYA..

Inilah luahan hati Ratu pada hari ini. Ya Allah.. tak tahu lah nak cerita macam mana. Tentu korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Raja Ratu pun sebenarnya bukannya kenal arwah ni. Apa tah lagi seluruh ahli keluarganya. Tapi Ratu terharu melihat gambar seorang budak kecil yang bagi Ratu tidak mempunyai dosa telah pergi juga meninggalkan kita semua terutama sekali keluarganya. Pergi menyambut seruan Ilahi. Sebak memang sebak Ratu apabila melihat gambarnya ketika sihat. Memang comel. Apatah lagi apabila melihat gambarnya ketika bertarung nyawa untuk hidup. Peh, tersentuh hati Ratu. Terus tersentap emosi Ratu. TAPI AKHIRNYA RATU MENGETAHUI DIA PERGI JUA.

Tentu korang tertanya siapa sebenarnya arwah??? Macam mana Ratu boleh mengenali dan mengetahui pemergiannya??? Oklah Ratu ceritakan sekarang bagaimana Ratu boleh mengetahui mengenai arwah secara tidak langsung. Ratu seperti biasa sambil bekerja sambil online facebook dan pastinya TERATAK ISTANA RAJA RATU ni. Tapi pada hari ini Ratu tersentuh apabila terpandang 1 cerita di facebook bertajuk bersama Mazidul: FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA... AL-FATIHAH.. Inilah gambarnya,

Arwah ini disahkan telah meninggal dunia pada jam 10.18 pagi tadi. Ya Allah, keciannya budak ni. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan FARIS NUR DANIEL. Itulah nama sebenar arwah. Sedap kan nama secomel rupa parasnya. Umurnya baru 6 tahun. Arwah dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya. Ratu difahamkan arwah dimasukkan sejak 1 Februari 2012 yang lepas, masa tu arwah kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat, doktor ambil air tulang belakang dan arwah dilaporkan dijangkiti penyakit BARAH DARAH. Allah Hu Akbar. Sayupnya hati bila membacanya. Pada 17 Februari 2012, arwah nampak berupaya menggelang-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Allah hu Akbar. Sayupnya hati apabila melihat gambar arwah menitiskan air matanya.
Tapi mengapa Ratu tidak mengetahui dari awal mengenai kisah Faris ni. Jika tidak, Ratu dapat juga menghulurkan sedikit sumbangan yang tidak seberapa untuk membantunya. Ratu difahamkan bil rawatan sepanjang arwah berada di hospital mencecah RM100,000. Ini adalah perbualan antara arwah dengan ayahnya. Menitis air mata Ratu ketika membacanya,

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Ini pula beberapa gambarnya ketika dia sihat. Ya Allah.. comelnya arwah kan. Nampak cergas dan ceria terpancar di wajahnya.

Ini gambarnya yang kedua,Mari kita sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah. Semoga keluarga cekal menghadapi dugaan Yang Maha Esa. Pastinya arwah sekecil ini akan masuk syurga dan mendoakan kehadiran ibubapanya di syurga kelak. Al-Fatihah..

Tatapan dari,

Rakan Sepejabat Ratu Berhenti Kerja

Terasa kesedihan Ratu apabila Ratu mengetahui bahawa rakan sepejabat Ratu ni yang telah lama bekerja lebih kurang 7 tahun ingin berhenti. Pada mulanya, Ratu agak terkejut juga apabila mendengarnya. Tapi apabila mendengar luahan hatinya Ratu menyokong sahaja apa pun keputusan yang dibuatnya. Rakan sepejabat yang Ratu maksudkan di sini adalah MUHAMAD KAIRUL AZHAR BIN ABU HASAN.

Sebenarnya beberapa hari sebelum Azhar mengambil keputusan untuk berhenti, ayahnya sakit dan dimasukkan ke hospital akibat serangan strok. Ratu pun agak terperanjat juga mendengarnya. Pada asalnya, Ratu bercadang ingin melawat ayah Azhar ini bersama Raja. Oleh kerana Raja agak sibuk beberapa hari ni, Ratu pun melawat lah bersama-sama rakan sepejabat Ratu. Ketika Ratu melawat ayahnya di hospital, Ratu agak terkejut dengan keadaan kesihatan ayah Azhar. Pada awalnya, Ratu difahamkan bahawa ayahnya susah nak bercakap kerana keadaan mulutnya yang agak senget sedikit. Kaki atau tangannya sebelah kirinya pula agak terbatas sedikit pergerakkkannya. Tapi baru beberapa hari ayahnya dirawat di hospital, Ratu lihat ayahnya sudah boleh bercakap dengan baik dan anggota badannya sudah boleh bergerak dengan baik. Emm.. Alhamdulillah. Mungkin ini berkat air zam-zam yang diberikan.

Azhar bercuti selama seminggu untuk menjaga ayahnya yang terlantar sakit di hospital. Bila dia mulakan tugas, Azhar ni memaklumkan bahawa dia telah menerima tawaran kerja di tempat lain dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Lantas, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Ratu pun menghormati keputusan yang dibuat olehnya. Walaubagaimanapun, Ratu bersama-sama rakan sepejabat menetapkan 1 tarikh bagi meraihkan majlis perpisahannya. Inilah gambarnya,

Majlis ini diadakan pada hari Selasa 21 Februari 2012. Cuba teka yang mana satu Azhar??? Jawapannya, yang berbaju kemeja tu. Yang sebelahnya tu Datuk Hamzah yang menyampaikan hadiah kepada Azhar. Kepada Azhar Raja Ratu ucapkan,

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DITEMPAT BARU..
SEMOGA TERCAPAI SEGALA IMPIAN DAN HARAPAN..
DI TEMPAT BARU NANTI..
AKHIR KATA..
KALAU ADA SALAH SILAP SEPANJANG..
KITA BEKERJA..
KEMAAFAN DIPOHONKAN..
SEMOGA IKATAN PERSAUDARAAN KITA TIDAK PUTUS..

Tatapan dari,

Thursday, February 2, 2012

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Juara Lagu 2012

Pada 29 Januari 2012, Anugerah Juara Lagu yang ke 26 (AJL26) yang menampilkan 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir iaitu :-

1. AWAN NANO yang dinyanyikan oleh Hafiz
2. BERIBU SESALAN yang dinyanyikan oleh Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah
3. CINTA MUKA BUKU yang dinyanyikan oleh Najwa Latif
4. GADIS SEMASA yang dinyanyikan oleh Yuna
5. PENAKUT yang dinyanyikan oleh Yuna
6. KEKANDA ADINDA yang dinyanyikan oleh Atilia dan Monoloque
7. KALAU BERPACARAN yang dinyanyikan oleh Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet
8. KARMA yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir
9. KISAH HATI yang dinyanyikan oleh Alyah
10. SEDETIK LEBIH yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor
11. SUNGAI LUI yang dinyanyikan oleh Aizat
12. WANITA SELURUH DUNIA yang dinyanyikan oleh Pistol

Hasil keputusannya:-
a) JUARA ANUGERAH MOBILE CELCOM dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih
b) PERSEMBAHAN TERBAIK dimenangi oleh lagu Kisah Hati
c) VOKAL TERBAIK dimenangi oleh lagu Awan Nano
d) TEMPAT KETIGA dimenangi oleh lagu Karma
e) NAIB JUARA dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan
f) JUARA dimenangi oleh Awan Nano

Tahniah kepada HAFIZ kerana menjadi JUARA dalam Anugerah Juara Lagu 2012 ni. Tengoklah sendiri video klipnya ni ya.



Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267