Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, May 9, 2012

8 Langkah Bebas Diri Dari Hutang

Terjerat dengan masalah hutang meruapakan gejala yang boleh mendatangkan padah jika kita kurang bijak dalam menanganinya. Jika salah guna gaya, hutang terus bertambah dan masalah kewangan akan semakin meruncing. Jadi, dalam segmen motivasi kali ini Raja Ratu ingin mengupas topik hangat ini.

Dalam perkara ini, kita seharusnya bertindak bijak dengan mencari inisiatif terbaik dalam membebaskan diri dari beban hutang ini. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah :-

1. SEDAR BAHAWA KITA SEBENARNYA BERHUTANG
Langkah pertama untuk bebas daripada bebananan hutang adalah kita perlu tahu bahawa kita kita memiliki hutang, tak kiralah hutang itu kecil ataupun besar. Dengan menyedarinya, secara tidak langsung akan menjadi motivasi terbaik untuk diri kita mencari jalan keluar. Jika kita membiarkan hutang tersebut, maka kita tidak akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

2. KETAHUI JUMLAH HUTANG 
Catat segala hutang kita termasuklah hutang-hutang kecil yang kita tidak sedari seperti hutang kepada rakan mahupun keluarga. Begitu juga hutang wajib seperti bayaran kad kredit, perabot mahupun peralatan elektrik yang kita beli secara hutang. Jangan lupa hitung bersama kadar faedah atau caj perkhidmatan yang dikenakan. Cara ini akan memberi gambaran secara jelas jumlah hutang kita secara keseluruhan. 

3. ANGGARAN PENDAPATAN
Bagi memudahkan membuat pembayaran hutang. tulis anggaran perbelanjaan dan pendapatan bulanan kita. Dengan demikian, kita tahu secara jelas ke mana wang kita mengalir. Paling ideal, anggaran bayaran hutang seharusnya tidak melebihi daripada 30 peratus daripada pendapatan kita. Namun jika keadaan mendesak, peratusan tersebut mungkin boleh diubah. Apabila sebahagian hutang berjaya dilangsaikan, kita boleh mengalihkan bajet tersebut kepada tabungan pula.

4. SEGERA BAYAR
Selepass hutang disenaraikan dan anggran bayarannya telah dibuat berdasarkan kemampuan kita, maka pastikan ia dibayar dengan segera yakni menepati waktunya. Jangan sesekali menangguhkan tempoh pembayarannya bagi mengelakkan pertambahan kadar faedah terutamanya melibatkan aset bernilai tinggi seperti rumah dan kereta.

5. PENDAPATAN TAMBAHAN
Jika hutang kita dalam skala yang besar dan melebihi daripada anggaran pendapatan bulanan, maka cari jalan penyelesaian bagi menanganinya. Ketika ini kita seharusnya berusaha mencari pendapatan tambahan untuk menambah sumber kewangan. Kita mungkin boleh bekerja sampingan atau melakukan perniagaan kecil-kecilan. Ini bagi memudahkan kita menjelaskan hutang yang berbaki secara berjadual. 

6. TAHAN NAFSU BERBELANJA
Semakin tinggi jumlah bayaran hutang yang kita buat, maka semakin pendek tempoh masa berhutang berakhir. Apabila jumlahnya ditingkatkan, maka jumlah perbelanjaan pula terpaksa dikecilkan. Dalam tempoh ini ada baiknya kita menahan nafsu berbelanja sementara waktu. Lupakan seketika pakaian baru, beg tangan berjenama mahupun aktiviti hiburan kita.

7. TURUNKAN TARAF HIDUP
Jika langkah di atas masih belum menampakkan hasil untuk membebaskan diri kita dari cengkaman hutang, kita harus berkorban menurunkan sedikit taraf hidup kita. Daripada menyewa kediaman mewah, berpindahlah ke rumah sewa yang lebih murah harganya. Tukar corak kehidupan mewah kita kepada hidup yang lebih sederhana.

8. BERHENTI BERHUTANG
Cukuplah dengan kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Apabila semua hutang berjaya dibayar, maka jauhi diri kita daripada sikap berhutang lagi. Berbelanjalah mengikut tahap kemampuan kewangan kita bukan demi kepuasan untuk hidup mewah semata-mata. Lupakan kad kredit kerana ia adalah punca utama untuk kita terus berbelanja secara hutang. Lebih baik hidup sederhana daripada hidup runsing dek dikejar hutang.

Jadi, kita semua perlu perlu bijak dalam menguruskan kewangan diri dalam membebaskan diri dari hutang. Memang betul, kita perlu berhutang untuk memiliki sesuatu terutama sekali mengumpul aset. Itu tidak dinafikan. Kalau kita tak berhutang, macam mana kita nak beli rumah atau kereta. Betul tak !!!! Tapi, jangan jadikan sehingga hutang itu membebankan dan menjerat diri kita. Diharapkan langkah-langkah ini dapat membantu kita dalam membebaskan diri kita dari dibelenggu hutang.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267