Sunday, July 1, 2012

Permintaan Tinggi Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kali ini Ratu menerima banyak panggilan mengenai Al-Quran Digital. Memandangkan Ratu kini sudah ada menambah lagi 1 produk jualan Al-Quran iaitu yang bejenama Al-Razzaq. Kini banyak permintaan pula terhadap Al-Quran tersebut. Produk Al-Quran berjenama Khaleefa juga tidak kurang juga hebat permintaannya.

Pembeli-pembeli ini kebanyakkannya memberikan alasan ingin menggunakannya di bulan Ramadhan nanti. Ratu pun tidak sangka permintaan sebanyak ini. Ratu fikir mungkin permintaan menjelang Ramadhan dan sepanjang Ramadhan ini kurang akibat mereka mungkin ingin membuat persiapan Raya nanti. Tapi sangkaan Ratu meleset. Rupa-rupanya permintaan agak tinggi. 

Tidak kurang juga ada yang sanggup datang ke rumah untuk melihat sendiri bagaimana Al-Quran ini berfungsi. Ada juga yang sanggup datang ke pejabat, tempat kerja Ratu untuk melihat sendiri Al-Quran tersebut. Waktu rehat Ratu juga terganggu apabila ada pelanggan yang ingin berjumpa. Alhamdulillah, permintaan yang memang Ratu tidak sangka-sangka.

Banyak juga mesej yang Ratu terima melalui telefon bimbit daripada pelanggan setelah mereka membeli Al-Quran tersebut. Antaranya,
Puan Rina binti Ropa, dari Terengganu
Beli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Tidak rugi saya membelinya. Sesuatu yang berguna harus dimiliki. Nice berurusan dengan puan.

Nur Idayu Hanis binti Zullazzamar, dari Kuantan Pahang
Membeli 2 buah Al-Quran Khaleefa
Akak, terima kasih. Saya suka sangat Quran tu. Terima kasih sangat-sangat ye. Bolehlah bawa pergi mana-mana lepas ni dan dengar bacaan Al-Quran bila-bila je..Terima kasih sangat-sangat kak. Ada stok lagi tak kak. Ada orang nak beli.

Ustaz Zakaria, Melaka
Membeli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Ustaz ni sering menelefon Ratu kerana terlalu teruja menggunakan Al-Quran Digital Al-Razzaq. Segala apa yang dia tidak faham dalam penggunaannya dia sering menghubungi Ratu dan memaklumkan yang dia terlalu suka Al-Quran ni sampai mesej ni dihantarnya.
"Moga usaha suci awak Allah sediakan syurga.. baraka Allah"

Inilah bukti antara mesej yang Ratu terima daripada pelanggan Ratu,



Aduh hai, terharunya Ratu membaca mesej yang diberikan terutama sekali Ustaz Zakaria. Ada lagi mesej yang Ratu terima tapi Ratu tak dapat nak kongsikan kerana mesej itu sudah terpadam ketika Puteri Raja Ratu bermain dengan telefon bimbit Ratu.

Bagaimana pula dengan anda. TAK RUGI ANDA MEMBELI..
Sambil membeli sambil menderma..
Kerana RM5 setiap pembelian disumbangkan..
kepada Badan Kebajikan..

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,