Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, June 2, 2012

Tahniah kepada ZIZAN Pemenang Super Spontan

Pertama sekali Raja Ratu ingin ucapkan.. CEH !!!! Cam Raja Ratu pula yang menang.. Sebenarnya, Raja Ratu ingin ucapkan TAHNIAH kepada ZIZAN di atas kemenangannya dalam Rancangan Super Spontan. Rancangan ini di siarkan di saluran 132 Astro Warna pada setiap Hari Jumaat, pukul 10.00 malam. Ianya merupakan 1 pertandingan yang mana para peserta perlu melakukan secara spontan bagi setiap segmen yang diberikan. Kali ini peserta-peserta yang berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan Super Spontan ini adalah TAUKEH...  ZIZAN..  JOHAN..  RAHIM..  SUHAIMI..  ROPIE..

Kalau korang tak tahu macam mana cara permainannya, jom kita tengok video ni,


Ni salah satu contoh permainannya. Sebenarnya pada awal permainan ini, peserta terbahagi kepada 2 kumpulan yang dinamakan Kumpulan Beruang Comel & Angsa Ganas. Setiap minggu, Kumpulan mana yang kalah dalam pertandingan ini di kehendaki mengeluarkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka melalui undian setiap peserta dalam Kumpulan tersebut. Sebagai contoh, jika Kumpulan yang kalah pada minggu tersebut adalah Kumpulan Beruang Comel maka setiap ahli kumpulan Beruang Comel perlu mengundi siapa di kalangan mereka yang perlu disingkirkan. Ia dinilai melalui undian terbanyak. Oleh itu setiap minggu, mereka kena bergabung idea untuk memastikan Kumpulan mereka berjaya & tidak terlibat dalam proses penyingkiran. 

Walaubagaimanapun, di peringkat Final peserta akhir Super Spontan dikehendaki bergerak secara perseorangan & bukan secara berkumpulan seperti mana minggu-minggu sebelum ini. Di akhir rancangan diumumkan pemenang-pemenangnya. Ratu agak terkejut  melihat keputusan kedudukan undian sms yang mana undian sms yang nampak ketara perubahannya adalah undian sms bagi peserta ZIZAN & JOHAN. Undian sms bagi peserta TAUKEH pula tak banyak berubah manakala undian sms bagi RAHIM, ROPIE & SUHAIMI tak meunjukkan sebarang perubahan.


Tempat pertama dimenangi oleh ZIZAN dengan menerima wang tunai sebanyak RM100,000.00 beserta sebuah kereta Toyota Camry. Pehhh !!! Gempak beb. Tempat kedua pula dimenangi oleh JOHAN dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,00.00 manakala tempat ke tiga dimenangi oleh TAUKEH dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25,000.00. SUHAIMI, ROPIE & RAHIM pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00 setiap seorang. Maknanya di sini, kesemua peserta akhir Super Spontan ini tidak pulang dengan tangan kosong. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua para pemenang !!! Waaa.. ni kira ZIZAN dapat duit raya lah ni yek. Maklumlah bulan puasa & raya semakin hampir kan. Leh ker, 'sponsor' baju raya Raja Ratu sekeluarga untuk raya tahun ni ???? Macam lah ZIZAN kenal Raja Ratu lak kan.  Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267