Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, July 12, 2012

Hari J-Card Jaya Jusco

Beberapa hari lepas, Jaya Jusco membuat hari J-Card. Ratu menerima mesej dari Jaya Jusco yang mengatakan bahawa Khamis lepas Jaya Jusco akan mengadakan hari J-Card. Hari J-Card ??? Ya, betul Ratu cakap ni. Tapi dah lepas ya. Bukan khamis depan tau. Hehe..

Sebenarnya, hari J-Card ini adalah hari yang mana segala diskaun gila-gila yang diberikan hanya untuk ahli J-Card sahaja. Di hari J-Card ni, sekali Jaya Jusco buat 'sales', diskaun yang ditawarkan ada yang mencecah 70%. Ratu pun memberitahu Raja mengenai hari J-Card ini dan mengajak Raja pergi bersama. Raja pun bersetuju. Memandangkan Ramadhan bakal tiba. Sudah semestinya nanti Hari Raya Aidilfitri bakal menyusul. Jadi, Raja Ratu ingin menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membeli barang keperluan Raya Aidilfitri supaya nanti tidaklah terasa sangat perbelanjaannya di bulan Ramadhan nanti. Apa yang terbayang di kotak fikiran Raja Ratu adalah keperluan Puteri Raja Ratu menjelang Raya nanti.

Pulang sahaja ke rumah dari tempat kerja, Raja Ratu berehat sekejap. Kemudian kami bersiap-siap. Selepas makan malam, Raja Ratu pun bergeraklah ke Jaya Jusco untuk membeli belah. Inilah masanya, untuk Raja Ratu BERSHOPPING !!!! Raja Ratu minta tolong ibubapa Ratu untuk menjagakan Puteri Raja Ratu buat seketika. Sampai di Jaya Jusco, Raja Ratu tengok ramai betul orang yang datang. Sampai kami susah nak dapatkan parking untuk kereta yang dibawa. Ratu Ratu pun tak berani nak masuk ke kawasan parking Jaya Jusco kerana kami tahu pastinya susah nak dapatkan parking. Raja Ratu rancang nak parking di kawasan luar Jaya Jusco sahaja. Tapi masalahnya, kat luar kawasan Jaya Jusco pun parking penuh. Peh !!!! Cari punya cari. Akhirnya, dapat juga Raja Ratu parking. Emm, ni mesti mereka ramai-ramai yang datang ni berfikiran yang sama dengan Raja Ratu kot iaitu ingin mencari barangan keperluan Raya terutama sekali pakaian Raya. Sampai sahaja Raja Ratu di dalam Jaya Jusco, terus carikan untuk Puteri Raja Ratu kasut dan baju untuk berjalan Raya nanti. 

Cari punya cari. Akhirnya, dapat juga Raja Ratu carikan 2 pasang baju jalan untuk Puteri Raja Ratu, sepasang kasut beserta stokin. Tudung pula, Ratu tak jumpa untuk di pakai oleh Puteri Raja Ratu di hari Raya nanti. Tak perlah, nanti boleh beli kemudian. Selepas itu, Raja Ratu pergi tengok di bahagian kasut pula. Kami ingin mencari kasut untuk dipakai oleh ibu Ratu dan ibu Raja di Hari Raya nanti. Memang Raja Ratu sudah berhajat ingin menyiapkan kelengkapan Raya semampu yang mungkin untuk ibubapa Ratu dan Raja. Kami ingin lepaskan keperluan mereka dahulu. Kemudian, barulah keperluan Raya untuk Raja Ratu sendiri. Cari punya cari, akhirnya Ratu jumpa juga kasut yang diingini. Terus Ratu pergi bayar. Kasut untuk ayah Ratu pula tak banyak diskaunnya. Jadi, Raja Ratu berfikir kami akan mencarinya di lain kali memandangkan jam di tangan sudah pukul 11.00 lebih.

Raja Ratu tengok setiap perbelanjaan yang melebihi RM100 akan menerima kupon diskaun sebanyak RM5. Ratu pun tengok. Eh, memang boleh dapat pun ni. Terlebih banyak dah ni. Ratu pun beraturla untuk mendapatkan kupon tu. Sekali Ratu pergi beratur makkkkk oiiiiii !!!!!!!! ramainya. Walaupun kaunter kupon dibuka banyak. Tapi yang beraturnya punyalah panjang. Ratu pun tanpa berfikir panjang, beratur lah juga. Ala, lagipun kaunter kupon yang buka tu banyak kan. Raja pula pada ketika tu menunggu Ratu di pintu luar sebab dah rimas dengan orang yang ramai di dalam Jaya Jusco tu.

Selepas selesai urusan Ratu, Ratu pun menuju kepada Raja. Kecian Raja terlentuk menunggu Ratu. Ala, Ratu minta maaf lah Raja sayang. Ramai orang sangat. Raja Ratu pun pulang dan sampai di rumah nak dekat pukul 1.00 pagi. Emm..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267