Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, July 31, 2012

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa ni memang di adakan oleh pihak syarikat untuk semua pekerjanya. Pada tahun ini Majlis Berbuka Puasa tersebut diadakan di dewan Bistari. Selain pekerja-pekerja syarikat, pelanggan-pelanggan syarikat dan kumpulan anak-anak yatim juga dijemput hadir. Ratu tidak pasti pula anak-anak yatim ini dari mana kerana Ratu tidak terlibat dalam mesyuarat aturcara Majlis Berbuka Puasa yang diadakan sebelum ini. Tapi yang tidak seronoknya Raja tidak dapat turut sama bersama Ratu untuk hadir dalam majlis ini. Raja tengah sibuk dengan projek SHUT DOWN di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. Tak per lah, nak buat macam mana. Ratu pun mengajak ibubapa Ratu bersama Puteri Raja Ratu menemani Ratu menghadiri Majlis tersebut. Emm, kalau dah ada Puteri Raja Ratu ni.. Gamat dibuatnya dengan gelak tawanya.. jeritan keriangannya.. bila dia tengok nanti ramai orang di Majlis Berbuka Puasa tersebut. Mungkin ada rakan sebayanya nanti. Lagilah bising mulutnya dengan bahasa-bahasa budak kecil yang tidak kita faham maksudnya. Hehe..

Di majlis ini, pihak syarikat ada menyediakan sumbangan dalam bentuk makanan seperti beras, susu, air minuman dan minyak masak untuk pekerja-pekerja syarikat yang mana mereka merupakan bapa tunggal dan ibu tunggal. Anak-anak yatim juga tidak lupa diberikan cenderahati. Bagi pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat iaitu melebihi 6 tahun juga diberikan cenderahati termasukalah sedikit wang tunai dan sijil penghargaan. Memandangkan Ratu pun telah lama berkhidmat melebihi 6 tahun, jadi Ratu juga terlibat dalam penerimaan cenderahati tersebut oleh pihak syarikat.

Inilah sijil penghargaan yang Ratu terima,


Penyampaian ini diadakan sebelum berbuka puasa. Ratu bersama ibubapa Ratu duduk bersama rakan-rakan sepejabat Ratu dalam satu meja. Semasa berbuka puasa, Puteri Raja Ratu ni buat perangai. Ratu pun terpaksa buka puasa dengan minum air sahaja dan makan bergilir-gilir dengan ibubapa Ratu. Nasib baiklah ibu Ratu mengambilkan Ratu makanan untuk berbuka. Ratu pun terpaksalah meminta ibubapa Ratu makan dahulu sementara Ratu menjaga dan melayan karenah Puteri Raja Ratu ni. Ratu bawa Puteri Raja Ratu ni pusing-pusing di dalam dewan tersebut. Bila ibubapa Ratu sudah habis makan. Ratu pula makan dan karenah Puteri Raja Ratu ni dilayan oleh ibubapa Ratu. Emm..

Selepas makan, Ratu dipanggil oleh pekerja Datuk Ghafar yang juga berada dalam dewan itu kerana ingin memberikan sedikit cenderahati berupa sepasang kain, air minuman dan beberapa kuih Raya. Ini kerana Ratu terlibat dalam penyediaan akaun Japerun. Jadi, pihak pengurusan Japerun juga telah menyediakan cenderahati ini. Waa.. rezeki.. rezeki..

TERIMA KASIHLAH KEPADA SEMUA. Ratu pulang dengan keadaan tangan Ratu yang penuh dengan barang. Mana dengan barangan pemberian Datuk Ghafar.. Mana dengan barangan pemberian pihak syarikat lagi.. Nasib baiklah ibubapa Ratu ada. Boleh mereka tolong bawakan sedikit dan tolong dukungkan Puteri Raja Ratu ni. Emm..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267