Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, August 30, 2012

Urusan Penggantian Al-Quran Digital: Al-Razzaq

Emm.. Ratu menerima 1 panggilan dari pelanggan Ratu mengenai Al-Quran Digital yang baru dibelinya beberapa bulan lepas iaitu Norhafizah. Dia memaklumkan kepada Ratu bahawa Al-Quran Digitalnya mengalami masalah. Al-Quran Digital yang dibelinya itu adalah jenis Al-Razzaq. Ratu pun tengok punya tengok. Emm.. memang bermasalah. Ratu juga ada menerima beberapa panggilan mengenai masalah chager bagi Al-Quran Digital ini. 

Al-Quran Digital Al-Razzaq ini memang masih baru dalam pasaran. Ratu pun telah mengutarakan masalah ini kepada pihak pembekal. Walabagaimanapun, Ratu difahamkan mereka baru sahaja selesai urusan pertukaran kilang yang membekal charger tersebut. Dan Ratu difahamkan kilang yang baru ini siap bagi waranty jika produk yang dikeluarkan mempunyai masalah. Jadi tiada masalah lagi mengenai charger selepas ini.

Inilah Al-Qurannya yang dari pelanggan Ratu,

 
Ratu pun uruskan pemulangan produk ini untuk dilihat sama ada perlu dibaiki ataupun di ganti baru. Seminggu selepas itu, al-Quran Digital ini sampai ke tangan Ratu. Seterusnya, Ratu hantar pula kepada pelanggan Ratu.

Usah risau kerana produk ini mempunyai waranty selama 1 tahun. Lagipun, kini Ratu difahamkan oleh pihak pembekal bahawa mereka telahpun mengemaskini produk dengan mengambil tindakan menukar kilang bagi pengeluaran chargernya yang terbaru. Jadi, selepas ini tiada masalah lagi tentang charger. Lagipun, produk ini masih baru di pasaran. Ratu percaya dengan pengemaskinian produk ini daripada pembekal akan menambahkan lagi keyakinan pembeli. Setakat ini Ratu tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan mengenai produk ini mahupun Khaleefa. Cuma kebanyakkan mereka mengadu mengenai chargernya sahaja yang kadangkala tidak berfungsi.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Tuesday, August 21, 2012

Jalan-Jalan Raya Bersama Puteri Raja Ratu

Hari ini Hari Raya ketiga dan Raja Ratu masih lagi rumah keluarga Raja. Hari ini, ibu saudara Raja ada membuat rumah terbuka. Jadi, pagi tu seperti biasa selepas Ratu siapkan Puteri Raja Ratu dulu, barulah Raja dan Ratu bersiap-siap untuk berkunjung di rumah terbuka tersebut. Rumah ibu saudara Ratu tu tidak jauh dari rumah ibu Raja. Raja Ratu boleh jalan kaki sahaja. 

Selepas Ratu siap pakaikan Puteri Raja Ratu ni baju raya, ada rakan Raja pula berkunjung tiba di rumah ibu Raja. Yang sedihnya, Puteri Raja Ratu ni mana-mana orang yang dia kurang kenal.. Kalau orang tu nak dukung dia.. Dia akan menagis.. Macam rakan Raja yang datang ni.. Ratu pun bawakan Puteri Raja Ratu ni dan ajarnya salam kepada tetamu yang datang. Sekali Puteri Raja Ratu ni menagis. Aduh hai !!!!! Ibu dan ayah ada kat sini la.. Kenapa nak nagis. Ya lah, sekarang ni Puteri Raja Ratu dah mula kenal orang.. Yang mana yang selalu rapat dengan dia.. Yang mana ibu dan ayah dia.. Dan yang mana orang yang kurang dikenalinya, dia mulalah takut. Lumrahlah tu kan. Tapi kadang-kadang Ratu pening juga. Semua orang yang datang nak dukung Puteri Raja Ratu ni, dia menagis pulak. Bukan jer tetamu yang datang, kakak ipar dan abang ipar nak dukung dia pun dia nagis. Haisssssss !!!!!!!

Inilah Puteri Raja Ratu dengan pakaian barunya,


Masa ni Puteri Raja Ratu ni buat perangai. Mentang-mentanglah dia sudah siap dulu. Habis kasut yang dipakai ditanggalnya.. Bila kasut dah tanggal stokin pula dia nak tanggal. Ratu kejap-kejap menjerit. Hai, pening ibu melayan ko ni sayang oiiii !!!!! 

Emm, selepas Raja Ratu pergi beraya ke rumah sedara mara Raja termasuklah rumah terbuka ibu saudara Raja. Raja Ratu mendapat tahu sepupu Raja iaitu Sarul Rizal dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya, jadi Raja meminta kepada Ratu agar tunggu sebentar kerana dia ingin berjumpa dengan sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa tu.

Kemudian, di sebelah malam Raja Ratu berangkat pulang ke rumah ibubapa Ratu untuk beraya ke rumah sanak-saudara di sana pula. Emm, seronok juga beraya tahun ni dengan kehadiran Puteri Raja Ratu ni. Banyak juga Puteri Raja Ratu ni dapat duit Raya. Alhamdulillah.. Duit tu nanti akan Ratu simpan di akaunnya yang telah Ratu sediakan untuknya.

Tatapan dari,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Syukur Alhamdulillah, Raya kali ini Ratu dapat cuti lama. Cuti kali ini tanpa rekod. Maknanya tidak tolak cuti tahunan. Pada mulanya, pihak atasan tidak membenarkan. Tapi setelah Ratu dan rakan Ratu iaitu Rozi berbincang dengan pihak atasan dan membuat permohonan, akhirnya pihak atasan membenarkan cuti tanpa rekod selama seminggu untuk semua pihak pengurusan. YES !!!! YES !!! YES !!!!. Akhirnya, berjaya juga. Raja pula difahamkan akan pulang dari outstation dan akan bercuti seminggu. Jadi, bila sama-sama cuti seminggu ni panjang sikit lah langkah nanti. Banyaklah sikit Puteri Raja Ratu ni dapat duit raya. Haha..

Raya tahun ni memanglah lebih meriah daripada tahun lepas. Rutin di pagi Raya tu, Ratu di rumah ibubapa Ratu kena hidangkan makanan untuk santapan di pagi Raya. Lepas tu, siapkan  Puteri Raja Ratu ni. Ratu berikannya makan.. Mandikan dia.. Dan pakaikan baju baru yang telah Ratu tempah sama dengan Ratu.. Coraknya sama.. Warnanya sama.. Cuma tudung je tak sama. Rezeki Puteri Raja Ratu pula di pagi Raya ni jiran rumah ibubapa Ratu ni menghadiahkan sepasang baju kurung untuk Puteri Raja Ratu beserta duit raya. Waa.. terima kasih banyaklah kepada Shanti dan keluarga.. Jiran belakang rumah yang beragama Hindu.

Inilah pakaian kami di Hari Raya tahun ini,


Dah siap-siap makan... salam memohon maaf kepada ibubapa Ratu.. Ratu pula memohon ampun dan maaf kepada Raja.. Menyerahkan duit raya daripada Raja Ratu kepada ibubapa Ratu.. Raja Ratu pun bersiaplah untuk pulang ke rumah keluarga Raja dan bermalam di sana selama 3 hari. Selepas tu, Raja Ratu akan beraya ke rumah saudara mara Ratu pula. 

Akhir kata, Raja Ratu ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAFKAN RAJA & RATU kalau ada salah & silap kami. Raja Ratu berharap semua pengunjung Raja Ratu bergembira menyambut bulan Syawal yang mulia ini.

Tatapan dari,

Saturday, August 18, 2012

Takbir Di Malam Raya

Hari memantai tahun ini jatuh pada hari Sabtu dan hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Ahad dan hari Isnin. Sebelah pagi hari memantai, Ratu di rumah ibubapa Ratu sibuk siap-siapkan Puteri Raja Ratu. Ratu berikan sarapan.. Mandikannya.. Kemudian ayah Ratu tolong tidurkan Puteri Raja Ratu ni di buaian. Ratu pula sibuk di dapur membantu ibu Ratu dalam penyediaan makanan di hari Raya nanti. Tahun ini, menu seperti biasa lah rendang ayam.. sambal udang.. sayur masak lodeh dan ketupat. Raja pula di hari memantai ni macam biasalah pulang ke rumah keluarganya dan membantu apa yang patut di sana sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri.

Di sebelah malam, Ratu sediakan keperluan untuk orang bertakbir Raya. Ayah Ratu telahpun belikan buah tembikai antara hidangan untuk orang bertakbir selain kurma. Itupun Ratu tak tahu hidangan ringan ni terusik atau tidak. Maklumkah, kadang-kadang mereka ni sudah kepenatan.. Kadang-kadang mereka ni sudah kenyang dengan santapan di rumah sebelum ini.. Ratu dan ibu Ratu juga pernah hidangkan kek dan tembikai pada tahun-tahun sebelum ini. Tapi, hidangan tu tak terusik sangat. Air je habis. Emm..

Inilah kalangan mereka yang hadir. Mereka sampai di rumah ibubapa Ratu lebih kurang pukul 11.00 malam. Korang bayangkan sudah berapa rumah dah diaorang pergi yek.. Hehe..


Akhir kata, Raja Ratu ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ya.. Moga bergembira di Hari Raya bersama keluarga dan sanak-saudara.

Tatapan dari,

Tuesday, August 7, 2012

Hamper Hari Raya Aidilfitri

Tahun ni Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan, Ratu rasa bersyukur sangat. Ramadahan kali ini Ratu menerima :-

  1. Bonus 1 bulan 
  2. Duit raya daripada Datuk Abdul Ghafar kerana menguruskan aliran tunai peruntukkan wang untuk Tabung Japerun dan hamper
  3. Sepasang kain untuk dibuat baju pemberian Datuk Abdul Ghafar
  4. Menerima beberapa botol dan 1 kotak minuman bergas
  5. Hamper daripada pelanggan
  6. Kain telekung pemberian Datuk Hamzah
  7. Duit raya daripada Datuk Hamzah
Alhamdulillah.. Ni namanya rezeki di bulan Ramadhan merangkap rezeki menyambut bulan Syawal. Emm.. Inilah hamper yang Ratu terima daripada pelanggan.


Hamper ini Ratu terima daripada pelanggan yang sama Ratu terima pada bulan Ramadhan tahun lepas. Aduh hai, terima kasihlah Ratu ucapkan kepada semua. Ianya menjadikan Raya kali ini disambut dengan lebih bermakna. Tambahan lagi, dengan kehadiran Puteri Raja Ratu tersayang. Emm.. 

Tatapan dari,

Saturday, August 4, 2012

Sibuk Dengan Persiapan Raya

Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi. Jadi, dengan kehadiran Puteri Raja Ratu ni, Ratu ingin menjadikan Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah. Memandangkan Raja baru bulan lepas mula bertugas di tempat baru. Jadi, Raja sudah semstinya tidak menerima bonus Raya untuk tahun ini. 

Tak mengapa. Rezeki Ratu pula melimpah bulan ni. Selain bonus yang Ratu terima, Ratu juga menerima duit raya dari Datuk Abdul Ghafar serta duit daripada part time dalam penyediaan akaun yang telah Ratu buat sebelum ini. Tapi ini bukan bermakna Ratu boleh habiskan kesemua duit ini untuk persiapan Raya. Oh, Tidak !!!! Ratu perlu peruntukkan sedikit sebanyak untuk simpanan Ratu. 

Di hujung minggu ni, Ratu mengajak ibubapa Ratu ke Mydin dan juga Jaya Jusco. Raja Ratu dah sepakat ingin menyediakan segala keperluan raya mana yang boleh untuk ibubapa Ratu dan juga ibu Raja termasuklah juga Puteri Raja Ratu yang tercinta. Raja pula pada ketika ini outstation dan sibuk dengan persiapan untuk SHUT DOWN di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. selepas raya nanti. Jadi pada mulanya Ratu ke Mydin untuk membeli barang keperluan mana yang Ratu rasa lebih murah sedikit berbanding Jaya Jusco seperti susu tepung untuk Puteri Raja Ratu. Ratu juga membeli 4 kotak minuman bergas untuk rumah ibubapa Ratu dan rumah mertua Ratu. 4 kotak tu jer dah penuh dah troli yang dibawa. Ratu juga membeli beberapa barang keperluan lain. 

Kemudian, selepas puas membeli belah di Mydin, Ratu bersama ibubapa Ratu bergegas ke Jaya Jusco untuk membeli barang keperluan termasuklah pakaian. Ratu juga ada membelikan baju t-shirt.. tudung.. dan macam-macam lagi lah. Ratu rasa gembira dan puas. Semua keperluan raya seperti baju melayu.. kasut.. tudung.. t-shirt.. untuk Ratu.. Ibubapa Ratu.. Puteri Raja Ratu.. dan Ibu Raja telah siap semuanya. Alhamdulillah.. tercapai juga hasrat Ratu. Tapi Ratu tidak membeli barang-barang keperluan ini serentak. Ada yang telah ditempah sebelum ini. Baju jalan Puteri Raja Ratu pun telah Raja Ratu siapkan semasa Jaya Jusco membuat hari J-Card sebelum ini. Masa tu, Raja belum lagi outstation. Kalau semuanya Ratu beli serentak. Pokai duit dibuatnya. Betul tak. Cuma Ratu bershopping kali ini adalah untuk melengkapkan barang keperluan mana yang belum beli lagi. Ya lah, kalau boleh nak pakai pakaian, kasut baru untuk raya tahun ini. Hehe.

Tapi Ratu memang rasa puas. Yang penting bagi Raja Ratu keperluan kedua ibubapa Ratu dan ibu Raja termasuk Puteri Raja Ratu sudah tersedia. Tu yang penting. Lepas ni Ratu nak uruskan pertukaran duit raya pula.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267