Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Syukur Alhamdulillah, Raya kali ini Ratu dapat cuti lama. Cuti kali ini tanpa rekod. Maknanya tidak tolak cuti tahunan. Pada mulanya, pihak atasan tidak membenarkan. Tapi setelah Ratu dan rakan Ratu iaitu Rozi berbincang dengan pihak atasan dan membuat permohonan, akhirnya pihak atasan membenarkan cuti tanpa rekod selama seminggu untuk semua pihak pengurusan. YES !!!! YES !!! YES !!!!. Akhirnya, berjaya juga. Raja pula difahamkan akan pulang dari outstation dan akan bercuti seminggu. Jadi, bila sama-sama cuti seminggu ni panjang sikit lah langkah nanti. Banyaklah sikit Puteri Raja Ratu ni dapat duit raya. Haha..

Raya tahun ni memanglah lebih meriah daripada tahun lepas. Rutin di pagi Raya tu, Ratu di rumah ibubapa Ratu kena hidangkan makanan untuk santapan di pagi Raya. Lepas tu, siapkan  Puteri Raja Ratu ni. Ratu berikannya makan.. Mandikan dia.. Dan pakaikan baju baru yang telah Ratu tempah sama dengan Ratu.. Coraknya sama.. Warnanya sama.. Cuma tudung je tak sama. Rezeki Puteri Raja Ratu pula di pagi Raya ni jiran rumah ibubapa Ratu ni menghadiahkan sepasang baju kurung untuk Puteri Raja Ratu beserta duit raya. Waa.. terima kasih banyaklah kepada Shanti dan keluarga.. Jiran belakang rumah yang beragama Hindu.

Inilah pakaian kami di Hari Raya tahun ini,


Dah siap-siap makan... salam memohon maaf kepada ibubapa Ratu.. Ratu pula memohon ampun dan maaf kepada Raja.. Menyerahkan duit raya daripada Raja Ratu kepada ibubapa Ratu.. Raja Ratu pun bersiaplah untuk pulang ke rumah keluarga Raja dan bermalam di sana selama 3 hari. Selepas tu, Raja Ratu akan beraya ke rumah saudara mara Ratu pula. 

Akhir kata, Raja Ratu ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAFKAN RAJA & RATU kalau ada salah & silap kami. Raja Ratu berharap semua pengunjung Raja Ratu bergembira menyambut bulan Syawal yang mulia ini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267