Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, August 4, 2012

Sibuk Dengan Persiapan Raya

Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi. Jadi, dengan kehadiran Puteri Raja Ratu ni, Ratu ingin menjadikan Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah. Memandangkan Raja baru bulan lepas mula bertugas di tempat baru. Jadi, Raja sudah semstinya tidak menerima bonus Raya untuk tahun ini. 

Tak mengapa. Rezeki Ratu pula melimpah bulan ni. Selain bonus yang Ratu terima, Ratu juga menerima duit raya dari Datuk Abdul Ghafar serta duit daripada part time dalam penyediaan akaun yang telah Ratu buat sebelum ini. Tapi ini bukan bermakna Ratu boleh habiskan kesemua duit ini untuk persiapan Raya. Oh, Tidak !!!! Ratu perlu peruntukkan sedikit sebanyak untuk simpanan Ratu. 

Di hujung minggu ni, Ratu mengajak ibubapa Ratu ke Mydin dan juga Jaya Jusco. Raja Ratu dah sepakat ingin menyediakan segala keperluan raya mana yang boleh untuk ibubapa Ratu dan juga ibu Raja termasuklah juga Puteri Raja Ratu yang tercinta. Raja pula pada ketika ini outstation dan sibuk dengan persiapan untuk SHUT DOWN di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. selepas raya nanti. Jadi pada mulanya Ratu ke Mydin untuk membeli barang keperluan mana yang Ratu rasa lebih murah sedikit berbanding Jaya Jusco seperti susu tepung untuk Puteri Raja Ratu. Ratu juga membeli 4 kotak minuman bergas untuk rumah ibubapa Ratu dan rumah mertua Ratu. 4 kotak tu jer dah penuh dah troli yang dibawa. Ratu juga membeli beberapa barang keperluan lain. 

Kemudian, selepas puas membeli belah di Mydin, Ratu bersama ibubapa Ratu bergegas ke Jaya Jusco untuk membeli barang keperluan termasuklah pakaian. Ratu juga ada membelikan baju t-shirt.. tudung.. dan macam-macam lagi lah. Ratu rasa gembira dan puas. Semua keperluan raya seperti baju melayu.. kasut.. tudung.. t-shirt.. untuk Ratu.. Ibubapa Ratu.. Puteri Raja Ratu.. dan Ibu Raja telah siap semuanya. Alhamdulillah.. tercapai juga hasrat Ratu. Tapi Ratu tidak membeli barang-barang keperluan ini serentak. Ada yang telah ditempah sebelum ini. Baju jalan Puteri Raja Ratu pun telah Raja Ratu siapkan semasa Jaya Jusco membuat hari J-Card sebelum ini. Masa tu, Raja belum lagi outstation. Kalau semuanya Ratu beli serentak. Pokai duit dibuatnya. Betul tak. Cuma Ratu bershopping kali ini adalah untuk melengkapkan barang keperluan mana yang belum beli lagi. Ya lah, kalau boleh nak pakai pakaian, kasut baru untuk raya tahun ini. Hehe.

Tapi Ratu memang rasa puas. Yang penting bagi Raja Ratu keperluan kedua ibubapa Ratu dan ibu Raja termasuk Puteri Raja Ratu sudah tersedia. Tu yang penting. Lepas ni Ratu nak uruskan pertukaran duit raya pula.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267