Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, February 20, 2013

Posmen hantar hadiah.. TING ! TONG !

Hari ni Ratu menerima 1 bungkusan. Emm.. bungkusan apa ni yek.. Nak kata hadiah Hari Jadi lambat lagi.. Haha.. Ker ada orang nak bagi hadiah Hari Jadi awal pada Ratu. Adakah Raja Yang bagi nak buat kejutan untuk Ratu.. JEN !!! JEN !!! JEN !!! 

Inilah bungkusannya.

Tengok punya tengok.. Telek punya Telek.. Rupa-rupanya bungkusan ini mengandungi 36 keping lampin pakai buang daripada pihak Drypers. Emm.. Aik, ini hadiah untuk Puteri Raja Ratu lah rupanya. Aduh hai macam mana ni. RATU DAH TER OVER FEELING LAK INGAT HADIAH NI RATU PUNYA. hUA !!! hUA !!! hUA !!!! Fikir punya fikir.. Baru Ratu teringat bahawa Ratu ada menyertai satu kempen Drypers Happy Family Club yang diadakan pada hujung tahun 2012. Dalam kempen ini, Ratu kena mengumpulkan semua barkod lampin pakai buang yang pernah dibeli dari jenama Drypers dan mengumpul point berpandukan kepada kiraannya. Kemudian boleh pilih barang apa yang dikehendaki. Antara barang yang ditawarkan adalah beg bekas makanan.. buku kain.. pek mini drypers wee wee dry.. baju tidur baby.. 3 set bekas makanan.. tikar nylon dan jam pendidikan fabrik. Ratu pula pada ketika itu memilih DRYPERS WEE WEE DRY. Ratu rasa barang-barang yang lain tu tak lah menjadi keutamaan berbanding dengan lampin pakai buang. Sebabnya barang-barang yang lain kebanyakkan sudah ada dan jika diperlukan nanti Ratu boleh beli.. Berbanding dengan lampin pakai buang ni, ianya menjadi keperluan harian Puteri Raja Ratu. So, bila barang ni sudah sampai.. Emm, Ratu rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang untuk bulan ini. Hehe. Mana tidaknya.. dapat 36 keping lampin pakai buang. Banyak tu. hUA !!! hUA !!! hUA !!! Sukanya Ratu.... Terima kasih Drypers.

Tapi Ratu tak sangka lampin pakai buang Ratu terima dalam bulan ni, sebab Ratu difahamkan penghantaran kesemua barang dalam kempen ini akan dilakukan pada bulan April 2013. Emm.. Cepat juga ya..

Akhir kata, Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak Drypers di atas pemberian yang tak seberapa ni. Hehe.. Tiba-tiba sopan lak.. Moga-moga nanti di masa akan datang, Ratu dapat terima lagi.. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267