Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, September 30, 2013

Daftar Elektrik TNB Untuk Rumah Baru

Hari ini, Ratu agak sibuk sedikit. Ada beberapa perkara yang perlu Ratu uruskan termasuklah urusan rumah baru Raja Ratu ini. Pada awalnya, Ratu fikir Ratu hendak ambil cuti dalam 1 hari untuk selesaikan beberapa perkara ini. Akan tetapi, Ratu agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja di pejabat. Jadi, Ratu membatalkan sahaja niat untuk mengambil cuti dan menggunakan cuti pada hari Sabtu ini untuk uruskan semuanya.

Puteri Raja Ratu ini juga tidak ketinggalan hendak ikut Ratu untuk sepanjang urusan Ratu hari ini. Hehe.. Emm, tapi Ratu rasa seperti tidak sempat hendak selesaikan semua urusan hari ini memandangkan di sebelah petang pula Ratu ada temujanji. Tapi tidak mengapa, janji Puteri Raja Ratu bersama-sama Ratu menemani Ratu sepanjang hari ini. Lihatlah betapa seronoknya Puteri Raja Ratu pada hari ini.


Di sebelah pagi, Ratu perlu selesaikan urusan pendaftaran elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rumah baru Raja Ratu. Terus Ratu tepuk dahi apabila terfikir bahawa Ratu terlupa untuk membawa pulang semua salinan dokumen untuk pendaftaran elektrik ini. Aduh hai, macam mana boleh lupa ni ? Nampak gayanya Ratu terpaksalah singgah dahulu di pejabat untuk ambil semua salinan dokumen itu dan kemudian bawanya terus ke Tenaga Nasional Berhad (TNB). Emm, nasib baik juga lah ada UTC. Ini memudahkan urusan Ratu di hari Sabtu ini. Sampai sahaja di UTC, Ratu tengok parking telah penuh. Sedihnya, banyak pula halangan hari ini. Huhu. Terpaksalah Ratu tunggu sebentar sambil pusing-pusing mencari parking kereta.

Selesai sahaja urusan di Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ratu membawa Puteri Raja Ratu untuk makan tengah hari dengan menu peceh leleh. Suka Ratu tengok Puteri Raja Ratu hari ini beselera makan. Kemudian, Ratu terus membawanya untuk termujanji Ratu di hotel Seri Malaysia. Selesai sahaja kedua-dua urusan ini, Ratu pun pulang ke rumah dan menidurkan Puteri Raja Ratu. Kecian, keletihan dia hari ini. Emm..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267