Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, September 26, 2013

Tips Dalam Pemilihan Kertas Dinding

Dalam sesi motivasi kali ini, Ratu ingin berkongsi mengenai tips dalam pemilihan kertas dinding yang sesuai untuk ruang dinding rumah kita. Tips ini juga amat berguna untuk Raja Ratu untuk rumah baru kami ini.

Kertas dinding atau lebih dikenali sebagai 'wall paper' sangat popular di kalangan pemilik kediaman masa kini. Aplikasi kertas dinding pada ruang kediaman seperti ruang tamu dan ruang bilik tudur dilihat mampu memberikan kelaianan pada suasana ruang tersebut. Bagaimanapun pastikan kertas dinding yang dipilih adalah tepat supaya kediaman tidak kelihatan pelik. Berikut disertakan tip pemilihan kertas dinding pada kediaman sebagai panduan.

1.  Sebelum memutuskan untuk memasang kertas dinding di bilik tidur, anda harus fikirkan siapa yang menggunakan bilik tersebut pada tempoh masa yang lama.

2.   Andai kata ruang itu sempit, pilih motif kertas dinding bergaris horizontal supaya memberi kesan luas. Pilih motif yang sederhana agar ruangan tidak nampak padat dan semakin sempit.

3.   Andai memilih kertas dinding dengan motif , sebaiknya pasangkan pada 1 bahagian dinding sahaja seperti bahagian atas kepala bilik tidur.

4.  Hati-hati dalam pemasangan kertas dinding dan sebaliknya menggunakan pakar supaya hasilnya memuaskan. Ia penting supaya kertas dinding tidak cepat mengelupas dan jauhi kertas dinding daripada rembesan air.

5.   Sesuaikan warna kertas dinding dengan perabot dalam sesuatu ruangan. Misalnya, jika anda ingin memasang kertas dinding pada ruang tamu, maka sesuaikan dengan warna sofa ruang tamu agar kelihatan harmoni.

SEKIRANYA RUANG ITU TERHAD.
Kerap kali pemilik kediaman berhadapan dengan kesukaran memilih kertas dinding yang sesuai untuk ruang terhad. Namun usah bimbang kerana anda boleh mencuba mengikuti panduan ini :-

1.   Sekiranya, anda ingin menggunakan border, pastikan ia tidak dilekatkan pada bahagian tengah dinding. Ia akan merendahkan atau memotong ketinggian siling secara drastik dan akhirnya memperlihatkan kesan siling yang rendah. Border ini perlu dilekatkan pada bahagian atas dinding berhampiran kaki siling. Pilihan rekabentuk border tidak terbatas. 


2.   Menggunakan kertas dinding berjalur menegak atau vertikal merupakan pilihan bijak kerana ia akan memberi kesan siling yang tinggi dan seolah-olah terdapat tiang tinggi dalam ruang tersebut. Pandangan mata juga akan mengarah ke bahagian atas adan akan melekakan seketika pandangan mata terhadap ruang terhad ini.

3.   Pilihan warna yang dicadangkan untuk jalur vertikal ialah daripada kumpulan warna-warna putih, natural dan rona lembut.

4.   Elakkan motif kertas dinding yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilihan corak biarlah bersaiz sederhana dan tidak sarat.

5.   Bagaimanapun, jika masih mahu menerapkan kertas dinding bermotif terlalu kecil atau besar, pastikan hanya pada 1 permukaan dinding sahaja dan bukannya untuk keseluruhan ruang bagi dijadikan dinding hiasan (feature wall)

Moga-moga tips ini dapat membantu anda dalam pemilihan bagi menghiasan rumah anda melalui penggunaan kertas dinding.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267