Friday, December 27, 2013

Menghabiskan Cuti Tahunan 2013

Di hujung tahun ini, Ratu pun mengambil kesempatan untuk bercuti bagi menghabiskan cuti tahunan yang berbaki 7 hari lagi. Jika hendak pergi bercuti, rasanya tahun ini Raja Ratu terpaksa menangguhkan dahulu kerana kami ingin memberikan tumpuan kepada penyediaan kelengkapan rumah. 

Apa aktiviti Ratu? Cuti yang berbaki 7 hari ini, Ratu banyak habiskan masa bersama-sama Puteri Raja Ratu dengan membawanya bersiar-siar sambil membuat 'suvey' untuk kelengkapan di rumah baru termasuklah set bilik tidur, kabinet rumah, sofa, set meja makan, lampu, barangan elektrik dan sebagainya.


Maklumlah di hujung tahun ini, kebanyakkan kedai perabot, perabot dan barangan elektrik sedang mengadakan jualan penghabisan stok. Tapi Ratu tidaklah hendak membeli kesemuanya serentak. Ratu akan beli mengikut keperluan dan budget untuk setiap kelengkapan.

Tatapan dari,