Tuesday, March 25, 2014

Najib Umumkan MH 370 Berakhir Di Lautan Hindi

Hari ini, sepupu Ratu akan diterbangkan ke Jepun melanjutkan pengajiannya di sana. Akan tetapi, Ratu tidak dapat mengambil cuti untuk menghantar sepupu Ratu ini ke KLIA sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hujung bulan Mac ini. Jadi, Raja pergi bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu ke KLIA. Sepupu Ratu perlu berada di KLIA sebelum pukul 6.00 petang. Emm, nampaknya tak seronok pula, Ratu balik tidak ada sesiapa di rumah. Selalunya Puteri Raja Ratu meriuhkan lagi suasana yang mana tatkala Ratu pulang ke rumah, Puteri Raja Ratu ini terus meluru ke arah Ratu minta didukung. Haishh..

Selepas pulang dari tempat kerja, setiba sahaja di rumah, Ratu buat kerja-kerja rumah seperti biasa sehingga tepat jam 10.00 malam. Ratu ingat hendak menonton drama bersiri 'Projek Memikat Suami'. Akan tetapi, siaran televisyen terus terhenti bagi memberi laluan kepada pengumuman Perdana Menteri mengenai perkembangan tekini MH 370. 

Inilah antara pengumuman yang ingin disampaikan,




Terasa sebak memikirkan bagaimana penerimaan ahli keluarga krew dan penumpang MH 370 dengan apa yang telah dimaklumkan ini. Mesti mereka memerlukan masa untuk menyendiri bagi menenangkan diri. Kalau memang ditakdirkan pesawat MH 370 terjunam di laut, kalau boleh janganlah di lautan Hindi sebab laut itu terlalu luas dan dalam. Memang sukar untuk mencari bangkai pesawat apatah lagi penumpang dan krew MH 370. Tapi, jika ini sudah tertulis kita semua kena pasrah dan redha dengan ketentuanNya.

Al-fatihah untuk semua krew dan penumpang MH 370.

Tatapan dari,