Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, April 18, 2014

Kebaikan Memasang Rumput Di Halaman Rumah

Ratu tertarik dengan salah satu info yang dikongsikan di facebook. Bagi memenuhi ruangan motivasi pada bulan ini, Ratu ingin kongsikan tips mengenai 10 kebaikan dalam pemasangan rumput di halaman rumah kepada semua pengunjung teratak ini. 

1.  MENGHALANG HAKISAN TANAH.
Sudah pastinya kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak. 

2.  MENGURANGKAN HABUK.
Kawasan lapang yang tidak mempuyai rumput pastinya akan sering kali berhabuk atau berdebu terutama sekali apabila cuaca kering.

3. MENGELAKKAN LARIAN PERMUKAAN.
Pergerakan air yang banyak di atas permukaan yang tidak berumput pastinya akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.

4.  MENAPIS AIR
Rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya. 

5.  MEMERANGKAP HABUK DAN ELAK PENCEMARAN.
Permukaan daun rumput seperti lain-lain tumbuhan juga boleh memerangkap sebahagian jenis pencemaran udara akibat habuk yang berterbangan di halamana rumah. 

6.  MEMBEKALKAN OKSIGEN
Melalui proses fotosintesis, tumbuhan hijau pastinya akan menyerap karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan melalui pernafasan kita dan membebaskan oksigen (O2) yang diperlukan dalam badan badan kita.

7.  PENYEJUKKAN.
Jika dibandingkan dengan tanah kosang atau simen konkrit dengan keluasan yang sama, rumput akan nampak lebih tenang dan menyejukkan pandangan mata.

8.  KECANTIKKAN.
Apapun jenama jubin dan marmar yang digunakan, tatkala cuaca panas hanya rumput yang dipasang dan terurus sahaja yang akan menyejukkan pandangan mata dan suhu kawasan tersebut.

9.  NILAI HARTANAH.
Sama ada tanah besar sekangkang kera atau kawasan yang agak besar. rumput hiasan mampu menaikkan harga rumah atau hartanah. Sekaligus menarik perhatian kita.

10. KAWASAN SUKAN DAN REKREASI.
Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak mahupun aktiviti bersukan. 

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan rumput ini perlu disiram setiap hari dan memerlukan penjagaan yang baik agar ianya sentiasa kelihatan cantik seperti mana penjagaan pokok bunga.

Akhir kata, sudi-sudilah layari ruangan facebook saya dan klik link ini:
a)  RR Wealth Management
Semua orang mempunyai impian iaitu ingin menjadi bebas kewangan. Jadi, saya akan kongsikan pelbagai info dan tips mengenai bagaimana ingin menambahkan pendapatan serta mengaut keuntungan khususnya dalam pelaburan emas. Anda duduk diam-diam, duit yang berjalan untuk anda.

Semua orang inginkan tubuh badan kelihatan sihat. Kulit kelihatan cantik dan nampak lebih muda. Ruangan inilah yang akan saya kongsikan mengenai pelbagai tips kesihatan supaya kita semua kelihatan sihat. 

Silalah layari dan sudi-sudilah klik butang 'LIKE'

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267