Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, September 28, 2014

Akhirnya, jenazah MH 17 hampir dikenalpasti kesemuanya.

Alhamdulillah, baru-baru ini Rat melihat berita jenazah anak bongsu dari keluarga arwah Tambi Jiee dan arwah Ariza iaitu Muhammad Afruz telahpun dikenalpasti. Ini menjadikan keseluruhan jenazah ahli keluarga ini yang terlibat dalam tragedi MH 17 telahpun dikenalpasti.

Ini adalah gambar terakhir arwah keluarga ini diambil,


Ratu difahamkan tinggal 2 lagi jenazah rakyat Malaysia MH 17 yang masih belum dikenalpasti. Moga-moga 2 jenazah ini dapat dikenalpasti secepat mungkin.

Tatapan dari,

Wednesday, September 24, 2014

Sambutan Hari Lahir Puteri Raja Ratu

Jatuh pada hari Isnin 22 September 2014, Puteri Raja Ratu genap usianya 3 tahun. Ratu mengambil keputusan untuk bercuti dan ingin meluangkan sepanjang masa untuk bersama Puteri Raja Ratu. Kesibukkan urusan kerja perlu diketepikan seketika. Huhu.

Oleh kerana, Ratu outstation kali ini, Raja telahpun mengirimkan hadiah untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu sempena Hari Lahir kami. Terima kasih Raja hatiku. Hadiahmu telahpun kami terima. Hehe.

Ratu memang tiada idea nak bawa Puteri Raja Ratu ini ke mana. Emm, Pagi Ratu sudah kena membawa Puteri Raja Ratu ke klinik untuk rawatan susulan kerana usia Puteri Raja Ratu ini telahpun mencecah 3 tahun. Selesai urusan klinik, Ratu pula bergegas untuk urusan perbincangan dengan pihak kontraktor untuk kerja-kerja bumbung berkaitan pengubahsuaian ruang dapur rumah baru Raja Ratu. Selepas itu, barulah Ratu membawa Puteri Raja Ratu ini bersiar-siar. Perancangan awal itu ada, tapi atas sebab kesuntukkan masa Ratu terus membawa Puteri Raja Ratu makan sambil menaiki jambatan gantung di Hutan Rekreasi dan bersiar-siar di Taman Rama-Rama.

Inilah antara gelagatnya,

Siap Puteri Raja Ratu ini tanya ikan tu sudah makan ke belum.. Huhu

Bergambar di belakang merak yang sedang mengembangkan sayapnya. Huhu.

Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR wahai anakku. Moga-moga dirimu menjadi insan yang berguna sekaligus menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa ibu dan ayahmu mengiringi di perjalanan hidupmu.

Tatapan dari,

Tuesday, September 16, 2014

Cara Pemasangan Wallpaper

Ramai yang whatsapp Ratu bertanya macam-macam mengenai wallpaper. Kali ini Ratu ingin memaklumkan sesuatu khusus kepada anda yang sering tertanya-tanya sekaligus menjawab pertanyaan anda.


Mesti anda terfikir,
Nak pasang wallpaper ni leceh, kena bayar upah orang pasang?
Nak tanggalkan leceh takut dinding rosak?

JANGAN RISAU, WALLPAPER INI TELAH SIAP GAM DIBELAKANGNYA 
Tak perlu upah orang pasang, anda sendiri boleh pasangkannya.. Jimat kan
Dinding tak rosak, kerana wallpaper ini senang ditanggalkan
Malah wallpaper ini dapat menutupi dinding yang rosak akan tebukan
Wallpaper ini kalis air
Ianya sesuai di pasang di dinding batu.. 
Ianya sesuai di pasang di dinding kayu.. 
Ianya sesuai di pasang pintu kabinet dapur.. 
Ianya sesuai di pasang di atas tile dinding..

Jom kita cuci mata dengan gambar-gambar antara pengguna yang telahpun memasang wallpaper ini.
Wallpaper ini dipasang di lantai di atas tile dapur.


Ini pula wallpaper batu bata yang menampakkan seolah-olah pemasangan batu di dinding dapur.



Ini pula wallpaper 3D yang menampakkan mententeramkan mereka yang menjamu selera di ruangan ini.

Anda sangat berminat ???
Hari ini Ratu ingin berikan anda hadiah sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda di Teratak Istana Raja Ratu ini, Ratu ingin berikan potongan harga untuk 50 pembeli yang pertama.

Cepat hubungi Ratu
Boleh whatsapp/ we chat --> 012-6844870 Ely
Anda juga boleh layari facebook --> RR Raudah

CEPAT !!!! Sebelum tawaran tamat


Tatapan dari,

Friday, September 12, 2014

Wallpaper Murah Menghiasi Dinding Rumah

Semua orang inginkan pandangan dinding yang cantik.. Sedap mata memandang di samping dapat menyejukkan mata dan ingin kelihatan mewah. Jangan risau !!! Ratu boleh bantu anda semua. 

Untuk permulaan pengenalan wallpaper ini, Ratu tampilkan wallpaper batu bata yang menjadi 'HOT SELLING' dan rebutan orang ramai. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk letakkan tile batu bata di dinding. Cukuplah dengan pemasangan wallpaper ini sebagai gantinya dengan harga yang sangat murah. Disamping anda dapat bertukar-tukar wallpaper jika perlu di masa akan datang. 

Inilah wallpapernya ditampilkan di sini,

Ini adalah wallpaper batu bata 3D kod 6006, ianya berwarna kelabu. 
Harganya RM100 (tidak termasuk kos pengeposan RM5 di Semenanjung & RM10 di Sabah, Sarawak)

Ini adalah wallpaper batubata 3D kod 6005, ianya berwarna coklat
Harganya RM100 (tidak termasuk kos pengeposan RM5 di Semenanjung & RM10 di Sabah, Sarawak)

Ini adalah wallpaper batubata kod 001, ianya berwarna coklat.
Harganya RM60 (tidak termasuk kos pengeposan RM5 di Semenanjung & RM10 di Sabah, Sarawak)
Ini adalah wallpaper batubata kod 180, ianya menampak seperti batu bata yang belum disimenkan. Menarik kan.
Harganya RM60 (tidak termasuk kos pengeposan RM5 di Semenanjung & RM10 di Sabah, Sarawak)

Ini adalah wallpaper batubata kod 2206, ianya berwarna kelabu.
Harganya RM60 (tidak termasuk kos pengeposan RM5 di Semenanjung & RM10 di Sabah, Sarawak)

Anda sangat berminat ???
Hari ini Ratu ingin berikan anda hadiah sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda di Teratak Istana Raja Ratu ini, Ratu ingin berikan potongan harga untuk 50 pembeli yang pertama.

Cepat hubungi Ratu
Boleh whatsapp/ we chat --> 012-6844870 Ely
Anda juga boleh layari facebook --> RR Raudah

CEPAT !!!! Sebelum tawaran tamat

Tatapan dari,

Wednesday, September 10, 2014

Latihan Bersolat

Emm.. pejam celik.. pejam celik.. sekejap sahaja umur Puteri Raja Ratu ini sudah hampir mencecah 3 tahun. Rasanya macam belum puas melayani karenah Puteri Raja Ratu di sepanjang umurnya 2 tahun ini. Huhu. Emm.. Masa amat mencemburui perjalanan hidup kita dan tidak akan berpatah balik ke belakang. 

Apa yang menghantui fikiran Ratu sekarang ini, apa yang Ratu hendak buat di hari lahir Puteri Raja Ratu ini nanti? Raja pula outstation. Hendak ajak jalan jauh. Emm, macam kurang sesuai sebab Raja sibuk dengan tugasnya buat masa ini. Emm.. tidak mengapa. Ada masa lagi untuk berfikir.

Apa yang ingin dikongsikan di sini, Ratu amat tersentuh melihat Puteri Raja Ratu cuba mengerjakan solat sesempurna yang mungkin sambil membaca fatihah dan bacaan-bacaan tertentu untuk sujud. Ratu telahpun kongsikan video ini dengan Raja. Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini. Inilah videonya,



Harapann Raja dan Ratu moga menjadi Puteri Raja Ratu menjadi anak yang soleh, taat akan perintahNya serta rajin solat dalam setiap waktu solat. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Monday, September 8, 2014

Menjadi Ahli Cosway Dan SSF

Akibat dari keterujaan Raja dan Ratu yang ingin menduduki rumah baru kami nanti. Ratu pun mengambil keputusan hari ini Ratu ingin merayau-rayau mencari barang-barang rumah. Ratu ada juga merayau di Cosway dan melihat sendiri katalognya. Manalah tahu ada yang sesuai untuk dimiliki untuk diletakkan di rumah baru kami nanti. Ratu tengok banyak juga barang-barang yang boleh Ratu miliki dan harganya berpatutan. Ratu pun mengambil keputusan untuk menjadi ahli cosway. 

Kad ahlinya seperti dalam gambar ini,


Ratu juga ada menjengah SSF Home Deco. Emm, banyak juga barang-barang rumah yang ingin Ratu miliki. Emm, tapi SSF ini bezanya ianya tidak boleh buat bayaran deposit dan barang boleh ambil kemudian. Barang-barangnya kena dibayar pada ketika itu juga dan terus dibawa balik. Emm, kalau Ratu ambil sekarang, rumah Ratu belum cuci lagi. Emm, bila Ratu fikir balik. Emm, tak per la. Apa salahnya jadi ahli dahulu. Inilah gambaran kadnya,


Harapan Raja Ratu moga impian kami dapat menduduki rumah baru kami tercapai secepat mungkin.

Tatapan dari,

Monday, September 1, 2014

Sambutan Hari Kebangsaan ke 57

Emm.. Apa yang membuatkan korang semua rasa merdeka ? Secara random bila ditanya,


Ada yang menyatakan, dia akan rasa merdeka bila sudah berkahwin
Mungkin bebas dari dibelenggu dengan didampingi oleh kaun hawa atau adam..
Mungkin bebas dari pelbagai pertanyaan, 'Bila hendak kahwin, umur sudah meningkat?'
Mungkin untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk berkahwin

Ada yang menyatakan, dia akan rasa merdeka bila sudah dapat pekerjaan
Mungkin rasa bebas dari belenggu kos sara hidup yang semakin meningkat

Ada yang menyatakan, dia akan rasa merdeka bila sudah memiliki rumah sendiri
Mungkin rasa bebas apabila duit sewa bulanan ditukar kepada ansuran bulanan pinjaman

Ada yang menyatakan, dia akan rasa merdeka bila sudah bebas kewangan
Mungkin rasa bebas dari dibelenggu dengan masalah kewangan

Bagaimana pula dengan korang semua? 


Apa-apapun sambutan hari Kemerdekaan tahun ini bertemakan 'Malaysia.. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.'


Tema ini dipetik dari lirik lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, seorang penyanyi yang sangat terkenal suatu masa dahulu. Tema ini dipilih untuk memberikan kesan yang mendalam dalam melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat Malaysia.

Petikan berdasarkan tema pada tahun ini,

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema Keterangan

maksud logo merdeka 2014


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267