Malam tadi, Ratu membawa ibu Ratu bersama Puteri Raja Ratu makan bersama-sama rakan sepejabat Ratu di Restoren Ikan Bakar. Ayah Ratu tidak dapat menyertai kami kerana terlibat dengan kursus. Begitu juga Raja yang tidak turut serta kerana tugasan luar.
Habis sahaja waktu pejabat, Ratu bergegas pulang ke rumah untuk bersiap. Ratu siapkan Puteri Raja Ratu dahulu. Inilah gayanya dengan pakaiannya. Taraa..
Setelah siap semuanya, Ratu pun bergerak ke lokasi. Hujan masa waktu ini sangat lebat. Ratu kena berhati-hati ni. Akhirnya, sampai juga di lokasi. Ratu ingat Ratu yang lambat. Rupa-rupanya ramai lagi rakan Ratu yang belum sampai. Tidak mengapa duduk dulu di meja yang telah tersedia sambil bergambar dan menunggu makanan siap. Huhu.
Inilah kedainya,
Selesai makan.. perut pun sudah kenyang.. Mata pun dah kecik.. Ratu pun berangkatlah pulang.