Monday, February 2, 2015

Selamat Pengantin Baru Farahana

Semalam Ratu telah menghadiri dalam 1 majlis perkahwinan sepupu Ratu Farahana di Johor Bahru. Majlis persandingan diadakan pada 30 Januari 2015. Mengikut perancangan awal, Raja dan Ratu bergerak berasingan dengan ibubapa Ratu pada Hari Jumaat. Ini kerana Raja terlibat dengan tugasnya sehingga pukul 5.00 petang. Ratu pula telah memohon cuti pada hari Jumaat tersebut. Pada perancangan awalnya, ibubapa Ratu akan bergerak terlebih dahulu di sebelah petang kerana kami ada menghadiahkan sebiji kek untuk dijadikan hantaran. Jadi, ibubapa Ratu kena bergerak awal sedikit. Nanti boleh buat persiapan untuk hantaran kek ini. Raja dan Ratu pula bergerak di sebelah malam bersama-sama puteri kami. Tapi akhirnya, perancangan awal itu terpaksa dibatalkan sebab Raja kena terlibat dalam mesyuarat tertutup bersama bosnya di KLCC. Emm, apa boleh buat. Raja tidak dapat ikut pula ke majlis perkahwinan ini.

Jadi, Ratu bersama-sama ibubapa Ratu bergerak dengan sebuah kereta. Jimat sedikit kos perjalanan kan. Tapi, sebelum bergerak sempat pula Ratu menghantarkan wallpaper yang dibeli oleh pelanggan Ratu. Huhu. 

Aturcara majlis perkahwinan sepupu Ratu ini dimulakan dengan majlis pernikahan di sebelah malam dan diikuti dengan majlis marhaban dan persandingan pada keesokkan hari. Ini lah gambar persandingannya,


Ini gambar seterusnya,


Apa-apapun tahniah Ratu ucapkan. Moga-moga berkekalan ikatan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat. Amin..

Tatapan dari,