Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, February 18, 2015

Promosi Photomural Tiba..

Hari ini Ratu ingin memaklumkan kepada semua berita gembira kepada semua peminat-peminat Photomural. Ratu ingin membuat promosi si sepanjang bulan ini. 

Promosi Photomural di sepanjang bulan Februari 2015,
Harganya,

BUKAN RM10.00 sekaki..
BUKAN RM9.00 sekaki..
BUKAN RM8.00 sekaki..
BUKAN RM7.00 sekaki..
TAPI RM6.50 sekaki..

Cepat !!!
Promosi ini hanya untuk 60 orang yang pertama..

Photomural ini akan kelihatan cantik apabila ditampal di dinding tidak kira samaada di letakkan di ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur. Terpulang kepada anda. Tepuk dada, tanya selera. Ada pelbagai design photomural ini termasuklah pemandangan air terjun, pemandangan pantai, bunga, kartun, 3D, Masjidil Haram dan sebagainya. Gambar keluarga juga boleh Ratu jadikan kepada photomural. Anda cuma perlu hantarkan gambarnya sahaja kepada Ratu.

* Ukuran photomural ini adalah mengikut ukuran dan kesesuaian anda seperti 10 kaki x 10 kaki, 8 kaki x 10 kaki, 12 kaki x 12 kaki dan sebagainya. 

* Photomural ini sudah siap gam dibelakangnya. Jadi anda tidak perlu susahkan diri mengupah orang lain memasangnya. Anda sendiri boleh memasangnya. JIMAT KOS.

* Ianya kalis air.

Ini adalah antara design yang ada,


Ini adalah photomural bunga,


Ini adalah photomural pemandangan. Gambar ini tidak termasuk kerusi merah itu. Itu hanyalah gambaran jika letakkan di kawasan rehat atau ruang tamu sahaja.


Ini adalah photomural pemandangan air terjun. Gambar ini tidak termasuk sofa itu. Itu hanyalah gambaran jika letakkan di ruang tamu sahaja 


Ini adalah photomural pemandangan di kawasan pantai.


Ini adalah phomural gambar kartun. Katil itu tidak termasuk dalam gambar tersebut. Ini hanyalah gambaran jika diletakkan di bilik tidur.


Ini adalah phomural gambar 3D. Sofa itu tidak termasuk dalam gambar tersebut. Ini hanyalah gambaran jika diletakkan di ruang tamu.


Ada berpuluh-puluh lagi gambar photomural. Anda boleh lihat sendiri di facebook Ratu.

Kunjungi facebook --> RR Raudah
atau anda boleh hubungi Ratu --> 012-6844870
< whatsapp>  
Cepat dapatkannya sebelum terlambat.

Tatapan dari,

Tuesday, February 17, 2015

Gelagat Si Comel Mencuit Hati

Kali ini, Ratu ingin kongsikan antara gelagat Puteri Raja Ratu apabila menggayakan cermin matanya. Sekarang Puteri Raja Ratu ini sudah pandai berposing depan kamera. 

Inilah antara gambar Puteri Raja Ratu berposing. Gambar yang pertama. Rasanya Puteri Raja Ratu ini hendak menyanyi ni,


Ini pula gambar yang ke 2. I.. 2.. 3.. Mmmuahh !!!


Puteri Raja Ratu ni bila duduk depan kemera, dia sudah bersiap sedia. Bila snap je kamera ni, dia mula menggayakan sesuatu. Huhu.

Ini pula gambar ke 3, gayanya memakai cermin mata,


Ini pula gambar ke 4, comel tak saya !!!! Huhu..


Ini gambar ke 5,


Ini pula gambar ke 6,


Terserlah kecomelannya. Huhu.

Tatatapan dari,

Monday, February 16, 2015

Rombongan Cik Kiah

Semalam Ratu terlibat dengan Rombongan cik kiah di Shah Alam. Sebenarnya kali ini sepupu Ratu ini, Farahana melangsungkan majlis persandingan di rumah pengantin lelaki. Beberapa minggu lepas, majlis diadakan di rumahnya di Johor Bahru. Kali ini, majlis persandingan diadakan di rumah sebelah lelaki pula. Ratu pun turut hadir bagi meramaikan lagi rombongan cik Kiah. Raja tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesibukan kerja. eMMM..

Kira-kira pukul 12.45 tengah hari kami pun mula bergerak ke rumah pengantin lelaki. Tiba-tiba adik pengantin lelaki meminta kami mengikutinya ke Masjid Shah Alam dan berkumpul di sana bersama-sama kumpulan kereta Myvi. Emm, kena join ker ??? Emm, tak per la. Kita kasi layan jer sebab ini atas kehendak pengantin lelaki. Mungkin dia hendak buat kenangan kan. Kita ikutkan jer kehendak Raja Sehari ni. 

Sampai di kawasan berhampiran dengan Masjid Shah Alam. Kitaorang berkumpul sambil menunggu beberapa buah kenderaan Myvi lagi yang belum tiba. Inilah antara gambar yang sempat diambil.


Gambar ke 2,


Gambar ke 3,


Gambar ke 4, geng-geng myvi berkumpul di hujung sana.


Akhirnya setelah semua geng-geng Myvi ada, kami pun bergerak. Kami bergerak secara berkumpulan. Ini meramaikan lagi rombongan cik kiah. Huhu. Kumpulan kami diketuai oleh Marshall geng Myvi. Yang mencuit hati Ratu dalam perjalanan kami ke rumah pengantin lelaki, sempat lagi jurukamera pengantin lelaki ini mengambil gambar kami dalam perjalanan. Mungkin ini adalah salah satu perancangan mereka. Hehe.

Apa-apa pun memang seronok dan majlis pun berjalan lancar. Cuma Puteri Raja Ratu ini sahaja yang tidak duduk diam. Mentang-menatang la rumah pengantin lelaki ini dekat dengan Taman Permainan, makan pun tidak mahu. Dia hendak bermain dekat taman itu sahaja. Sampai sanggup semasa Ratu tengah makan, dia boleh curi-curi lari ke Taman Permainan tu sambil angkat kain baju kurung yang dipakainya. Haishh..

Akhir kata, tahniah dan Selamat Pengantin Baru Raja dan Ratu ucapkan kepada Farahana dan suaminya kini. 

Tatapan dari,

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Ratu ingin kongsikan sedikit beberapa berita yang mungkin korang telah tahu iaitu pemergian 2 orang yang amat terkenal iaitu Dato' Hasbullah Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam Ratu baru sahaja, Ratu baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Dato. Hasbullah Awang. Beliau merupakan pengulas sukan yang terkenal di negara kita ini. Ratu difahamkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari semalam lebih kurang pukul 12.20 tengah hari selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara.


Di sebelah malam pula, Ratu menerima whatsapp dari rakan-rakan mengenai pemergian Datuk Nik Aziz Nik Mat. Pada mulanya, Ratu kurang percaya sebab sebelum pernah terjadi berita palsu seperti ini yang memaklumkan bahawa Datuk Nik Aziz ini telahpun meninggal dunia. Tapi setelah Ratu lihat sendiri pengumuman di saluran tv, barulah Ratu percaya.


Ini antara melreka yang datang melawat,


Gambar ke 2,


Marilah kita sama-sama doakan semoag roh mereka ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Tatapan dari,

Thursday, February 12, 2015

Alhamdulillah.. Berjalan dengan lancar..

Alhamdulillah..Apa yang dirancang berjalan dengan baik. Akhirnya, setelah mendapat kelulusan daripada pihak majlis. Ratu pun dapat lesen dan boleh memasang banting ini.

Inilah antara bunting yang dipasang, Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Harga buku ini RM24 (Termasuk pengeposan).


Gambar ke 2, ini semasa pemasangannya,


Gambar ke 3, ini semasa pemasangan bunting wallpaper. Promosi untuk bulan Februari ini, photomural ini diturunkan harga kepada RM6.50 sekaki (harga kasih sayang). Photomural ini siap gam dibelakangnya. Senang tidak perlu upah orang pasang. Ada gambar pemandangan, bunga, kartun, bangunan dan anda juga boleh hantar gambar family anda untuk menghiasi dinding rumah anda.


Gambar ke 4, Alhamdulillah siap 1 bunting, Aurawhite dijual dengan harga kasih sayang RM125.00 (Termasuk pengeposan) PERCUMA 5 barang, Stemcell RM170.00 dan Auramen RM130.00


Gambar ke 5, Alhamdulillah siap pemasangan untuk produk D Herbs.


Gambar ke 6, Alhamdulillah sipa pemasangan,


Gambar ke 7, Alhamdulillah.. Inilah hasilnya,


Gambar ke 8, ini sebelum pemasangan,


Gambar ke 9, ini sebelum pemasangan,


Gambar ke 10, ini sebelum pemasangan,


Gambar yang terakhir, Alhamdulillah siap sepenuhnya.


Alhamdulillah, terima kasih Ratu kepada Raja atas sokongannya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan Raja yang membantu memasangnya. Nanti Ratu bagi upah ya.. Huhu. 

Untuk keterangan lanjut sila layari facebook Ratu
Facebook : RR Raudah
atau boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870 Ely

Tatapan dari,

Monday, February 2, 2015

Selamat Pengantin Baru Farahana

Semalam Ratu telah menghadiri dalam 1 majlis perkahwinan sepupu Ratu Farahana di Johor Bahru. Majlis persandingan diadakan pada 30 Januari 2015. Mengikut perancangan awal, Raja dan Ratu bergerak berasingan dengan ibubapa Ratu pada Hari Jumaat. Ini kerana Raja terlibat dengan tugasnya sehingga pukul 5.00 petang. Ratu pula telah memohon cuti pada hari Jumaat tersebut. Pada perancangan awalnya, ibubapa Ratu akan bergerak terlebih dahulu di sebelah petang kerana kami ada menghadiahkan sebiji kek untuk dijadikan hantaran. Jadi, ibubapa Ratu kena bergerak awal sedikit. Nanti boleh buat persiapan untuk hantaran kek ini. Raja dan Ratu pula bergerak di sebelah malam bersama-sama puteri kami. Tapi akhirnya, perancangan awal itu terpaksa dibatalkan sebab Raja kena terlibat dalam mesyuarat tertutup bersama bosnya di KLCC. Emm, apa boleh buat. Raja tidak dapat ikut pula ke majlis perkahwinan ini.

Jadi, Ratu bersama-sama ibubapa Ratu bergerak dengan sebuah kereta. Jimat sedikit kos perjalanan kan. Tapi, sebelum bergerak sempat pula Ratu menghantarkan wallpaper yang dibeli oleh pelanggan Ratu. Huhu. 

Aturcara majlis perkahwinan sepupu Ratu ini dimulakan dengan majlis pernikahan di sebelah malam dan diikuti dengan majlis marhaban dan persandingan pada keesokkan hari. Ini lah gambar persandingannya,


Ini gambar seterusnya,


Apa-apapun tahniah Ratu ucapkan. Moga-moga berkekalan ikatan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267