Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, April 21, 2015

Ratu Terkejar-Kejar, Semuanya Berjalan Serentak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak kebelakangan ini Ratu agak sibuk sedikit. Mana dengan urusan kerja dan perniagaan.. Mana dengan urusan rumah baru. Maklumlah Raja dan Ratu ingin cuba siapkan dan lengkapkan sebelum Raya Aidilfitri ini. Insya Allah. Jika diizinkanNya. 

Cuma kadangkala urusan tu jadi kelam kabut apabila semuanya berjalan serentak. Baru-baru ini pun Ratu sibuk dengan urusan pengubahsuaian rumah baru. Maklumlah hendak dapatkan harga sebelum GST untuk ubahsuai rumah. Alhamdulillah, ada beberapa pengubahsuaian dan perabot yang yang sempat Ratu 'booking' sebelum GST. Cuma kerja-kerjanya pengubahsuaian kebanyakkan dijalankan dalam bulan ini. 

Kebetulan pula, jualan untuk acuan batu dan wallpaper ini menggalakkan. Alhamdulillah. Ditambah lagi dengan khidmat penyediaan akaun syarikat di beberapa buah syarikat yang Ratu terima.


Apabila semuanya mula berjalan serentak. Itu yang buat Ratu jadi sangat terkejar-kejar. Nasib baik Raja dan ayah Ratu menghulurkan bantuan tatkala Ratu memerlukan. Sebab kerja-kerja pengubahsuaian rumah ini memeerlukan pemantauan. Kadangkala ada barang keperluan yang tidak cukup, kena pergi beli seperti lampu dan tile. 

Kadangkala, tatkala Ratu hendak beli barang rumah, ada pelanggan hendak jumpa untuk pengambilan acuan batu dan wallpaper. Itu yang membuatkan Ratu lagi terkejar-kejar. Ada pelanggan yang kata Ratu ni macam 'Chipsmore' .. kejap ada.. kejap tiada.. Susah hendak jumpa. Aduh, minta maaf la sebab semuanya berjalan serentak membuatkan Ratu perlu settlekan mana yang mampu.

Moga-moga Raja dan Ratu dapat beraya di rumah baru Raja Ratu bersama-sama ibubapa kami. Amin.. Amin.. Amin,, Insya Allah.. Kalau hendak diikutkan kiraan dan kemampuan macam tidak sempat hendak beraya di rumah baru sebab banyak lagi kelengkapan dan barang rumah yang belum beli. Tambahan lagi, Raja dan Ratu tidak suka buat pinjaman bank untuk tujuan pengubahsuaian dan kelengkapan barang rumah, Tapi selagi ada masa ni Raja dan Ratu kenalah usaha lebih sikit. Kuasa Allah, kita tidak tahu. Insya Allah, moga-moga dibukakan jalan dan dipermudahkan urusan kami. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267