Friday, June 19, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pelik celik.. pejam celik dah masuk bulan Ramadhan.. Raja dan Ratu meletakkan harapan penuh agar Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Raja dan Ratu hanya ada 1 bulan sahaja lagi untuk merealisasikan impian kami untuk beraya di rumah baru kami. Cuma 1 bulan sahaja lagi... AAAAA !!!!! Rasa nak menjerit sahaja. Hishhh !!!!

Dalam tempoh 1 bulan ini banyak urusan Raja dan Ratu yang belum selesai. Rumah belum basuh lagi. Ada barang-barang dalam rumah yang belum habis dibawa masuk lagi. Kerja-kerja di pejabat Ratu pun berlambak. Akaun pelanggan Ratu pun Ratu belum siap lagi. Rumah ibubapa Ratu pun belum dibersihkan lagi. Tarik nafas.. Ambil mood jap.. 

Insya Allah, selagi ada masa ni.. Insya Allah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Yang penting jangan cepat berputus asa. Sebab Raja dan Ratu bukannya kesuntukkan masa.

Hari ini 1 Ramadhan. Ratu meletakkan harapan agar rumah baru Raja Ratu mesti sudah selesai dibasuh sepenuhnya. Sebenarnya, rumah baru Raja Ratu ini sudah pun dibasuh sebelum ini. Tapi kesan dari tebukan dinding akibat pemasangan rod langsir.. penambahbaikan serba sedikit di kawsan rumah Ratu ini menyebabkan rumah kami ini berhabuk balik dan tidak selesa untuk dipijak. Habuk sahaja di sana sini. Jadi, Ratu bertekad untuk bersihkan rumah baru ini sepenuhnya hari ini. Boleh dikatakan separuh rumah ini telahpun dibersihkan semalam. Tinggal separuh sahaja lagi. Insya Allah.. caiyok Ratuuuuu !!!!

Cepatnya masa berlalu. Sekali tengok jam, sudah pukul 4.00 petang. Rumah baru Raja Ratu tinggal bersihkan kawasan dapur dan kawasan luar branda dapur. Insya Allah, sempat ni siapkan hari ini..

Akhirnya, sekitar pukul 6.00 petang, Ratu siap sepenuhnya pembersihan rumah. Alhamdulillah.. Ratu sudah tidak larat lagi. Terlepak sekejap. Raja tolong angkat dan buang sampah guna kenderaan 4 x 4 nya. Akhirnya, penatnya pun berbaloi sebab 'target' Ratu hari ini tercapai. Cuma tinggal beberapa urusan di rumah baru Raja Ratu yang belum selesai termasuklah kemasukkan beberapa barang rumah. 

Lepas ini Ratu fokuskan pada akaun syarikat pelanggan Ratu pula.

Apa-apapun Ratu ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini memberikan manfaat kepada semua. Amin..


Tatapan dari,