Monday, July 13, 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Setelah hampir sebulan kita berpuasa, akhirnya Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Bagaimana persiapan raya korang ?? Apa juadah korang di hari lembaran nanti ?? Di saat sebegini lagu raya kerap berkumandang. Terasa seronok pula Ratu mendengarnya. Hehe..

Raja dan Ratu di sini sangat bersyukur ke hadrat Illahi. Alhamdulillah, akhirnya apa yang kami impikan.. apa yang kami ingin capai untuk tahun ini tercapai jua salah satunya darinya.. iaitu Raja Ratu ingin beraya di rumah baru kami dengan kelengkapan di rumah baru kami siap seperti mana yang Raja Ratu impikan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Raja dan Ratu dan izinkan kami beraya di rumah baru kami bersama-sama keluarga Raja dan Ratu. 

Semasa di awal Ramadhan, Ratu bertawakal sahaja kerana rumah baru kami ini tinggal lebih kurang 30% sahaja lagi yang belum siap khususnya di bahagian dapur. Kalau bahagian dapur ini, sedia maklumlah mana dengan kos buat kabinet dapur serta tempat memasak lagi sudah tentu memakan kos yang agak tinggi juga. Ditambah lagi dengan belanja untuk persiapan raya yang bakal menjelang tiba yang perlu diperuntukkan nanti. Tapi Alhamdulillah, Allah buka jalan dan permudahkan urusan kami.

Apa-apapun Raja dan Ratu berasa sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang diberikannya ini. Insya Allah, jika diizinkan olehNYA Raja dan Ratu akan membuat kenduri di rumah baru kami bersama-sama anak yatim pada hujung bulan ini. Insya Allah, moga dibukakan ruang dan dipermudahkan urusan kami untuk melakukannya. Amin.


Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'. Maaf jika ada terkasar bahasa Raja dan Ratu di dalam coretan teratak ini. Ratu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Tatapan dari,