Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, August 1, 2015

Hari Raya Pertama Di Rumah Baru

Alhamdulillah, penat lelah Raja dan Ratu berbaloi dan akhirnya kami dapat beraya di rumah baru kami. Walaupun agak tergelincir sedikit dari apa yang kami rancang, tapi kami bersyukur kerana impian kami untuk siapkan rumah baru kami raya ini tercapai. 

Tahun ini detik bersejarah, kami dapat beraya di rumah baru pada hari raya pertama tapi dalam situasi yang berbeza. Kami tidak memakai baju raya. Hehe.  Hari Raya pertama Ratu mengemas rumah baru kami. Pada hari memantai sepatututnya, Ratu menolong ibu Ratu menyiapkan juadah raya seperti ketupat, rendang dan sebagainya. Tapi pada hari tersebut Ratu sibuk dengan urusan di rumah baru kami. Malam raya adalah detik yang paling bersejarah yang mana Ratu telah pergi mengambil langsir untuk rumah baru yang baru siap dijahit di kedai dan terus memasang langsir itu di rumah bersama ayah Ratu. Kabinet dapur untuk rumah baru kami akhirnya siap dipasang lebih kurang pukul 2.00 pagi. Bayangkan, semua orang Islam tengah sibuk dengan persiapan raya.. tengah memasak.. tengah bertakbir.. tengah membeli belah raya.. tengah nyenyak tidur.. Ratu masih di rumah baru Raja Ratu. Emm.. Itupun langsir tak siap pasang lagi. Ratu dan ayah Ratu sudah bergegas pulang ke rumah ibubapa Ratu untuk membantu mana yang patut untuk juadah raya.

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi, Ratu dan ibu Ratu pula memasak dan menyediakan juadah raya. Ketupat sudah siap dimasak. Emm.. ada masanya Ratu terlelap juga. Maklumlah badan sudah kepenatan. Nasib baik ibu Ratu sempat berehat dan lelapkan mata tadi. Bila Ratu rasa tidak larat ibu Ratu teruskan memasak. Puteri Raja Ratu ??? Emm.. Ratu yang hendak tidurkan dia, akhirnya, Ratu yang terlelap dan Puteri Raja Ratu pula menemani ibu Ratu di dapur. Hasihh.. Raja pula baru pulang ke rumah.

Pagi raya, seperti biasa. Lepas solat sunat Hari Raya, kami makan bersama-sama. Cuma kami tidak memakai baju raya. Raja dan Ratu bertekad ingin mengemas rumah baru kami.. memasang langsir.. mengemas kawasan luar rumah.. Sepatutnya Raja dan Ratu sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibubapa Ratu. Tapi hasrat itu ditangguhkan terlebih dahulu sehingga rumah siap dikemas sepenuhnya. Ye la.. Nanti kalau keluarga belah Ratu dan Ratu hendak datang beraya di rumah baru kami pun sudah selesa sebab rumah sudah berkemas. Akhirnya rumah siap juga berkemas pada pukul 7.00 malam. Huhu. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung Raja pada keesokkan harinya.

Raja dan Ratu beraya beberapa hari di kampung Raya. Pada malam raya keempat secara rasminya kami sudah mula tinggal di rumah baru kami. Rasa gembira tidak la terkata. Alhamdulilah, Raja dan Ratu telah jadikan rumah ini sepeti mana yang Raja dan Ratu impikan selama ini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267