Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, June 20, 2016

Sesi Buat Kuih Raya

Kali ini Ratu meluangkan masa bersama Puteri Raja Ratu membuat kuih raya bersama-sama. Seronok rasanya bila Puteri Raja Ratu berkobar-kobar membantu Ratu dalam penyediaan bahan-bahannya. Tapi bukannya banyak pun kuih raya yang hendak Ratu buat. Ratu cuma buat kuih raya yang sangat ringkas iaitu Konflaks Bermadu. Hehe. 

Ratu pun mencari resepi membuat konflaks ini. Alamak resepi Konflaks yang biasa Ratu buat tahun-tahun lepas telah hilang pula. Aduh, mungkin hilang masa pindah fail ke rumah baru. Puas cari tapi tidak berjumpa. Emm, belek je la google tengok cara buat. Tapi bila sudah siap rasanya tisak sama seperti yang Ratu buat tahun-tahun dulu. Aduhhh..

Tak per la, inilah hasilnya,


Paling berkobar-kobar sekali Puteri Raja Ratu. Ratu belum mula lagi hendak buat, dia sudah merengek bertanya bila hendak mula buat. Puteri Raja Ratu bantu tanggalkan cawan kertas tu dan susun dalam dulang. bila Ratu sudah masukkan ke dalam mangkuk cawan tu, Puteri Raja Ratu ni taburkan coklat chips. Suka Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini membantu Ratu. Tapi ada juga yang konflakes tu masuk ke dalam mulutnya. Haha. Konflakes bermadu ini pun Ratu memang akan buat lebih untuk Puteri Raja Ratu. Ratu buat 4 balang untuk rumah ibubapa Ratu, rumah Raja Ratu, ibu mertua Ratu dan akhir sekali untuk Puteri Raja Ratu. Huhu. 

Konflakes ini Ratu tidak bakar tapi Ratu masuk ke dalam peti sejuk. Biar terasa kemanisan madunya. Huhu. Lepas beberapa hari buat, baru jumpa resepi Konflakes bermadu ni. Hisshh.. Apa-apapun selesai 1 kuih raya. Yang lain Ratu beli je la kerepek di pasaran nanti. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, June 16, 2016

Al-Fatihah

Ratu terkedu seketika apabila mendengar 1 berita yang memeranjatkan hati Ratu beberapa hari lepas. Dan kali ini Raja dan Ratu mendapat 1 lagi berita yang menyedihkan. Ratu tidak menyangka ianya berlaku. 

Berita yang pertama yang Ratu terima adalah dari rakan sepejabat Ratu yang memaklumkan kepada Ratu bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ratu amat-amat terkejut dengan berita ini. Ratu memang sedia maklum sebelum ini bahawa ayahnya sakit dan ditahan di hospital. Menurut cerita rakan Ratu ini ayahnya nampak semakin pulih. Beberapa hari lepas Ratu mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia lebih kurang pukul 3.00 pagi. 

Semalam pula Ratu mendapat 1 lagi berita kenalan Ratu dan Raja yang mana ayahnya juga telah meninggal dunia. Ayahnya juga adalah kenalan rapat ibubapa Ratu. Arwah meninggal lebih kurang pukul 4.00 petang. Ramai orang yang menziarahi arwah sebab arwah adalah orang yang aktif dalam UMNO.

Apa yang belaku ini mengingatkan Ratu kisah pada tahun lepas. Tatkala, Ratu bersungguh-sungguh membuat persiapan melengkapkan rumah Raja Ratu dengan perabot dan kelengkapan rumah yang baru. Ratu mendapat berita yang menyedihkan apabila jiran kami terlibat dalam kemalangan dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Allah Hu Akbar. Alangkah sedihnya, bila isterinya ditahan di wad ICU dalam keadaan sedar tidak dapat berjumpa arwah suaminya buat kali terakhir dan menemani anak-anak dan keluarga mertuanya ke tanah perkuburan. Lebih menyedihkan lagi apabila Raya Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana perasaan anak-anak mereka bila menyambut raya nanti? Raya Aidilfitri anak-anak ini di hospital melawat ibunya di wad ICU

Apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada kenalan Raja Ratu ini serta ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..


Tatapan dari,

Sunday, June 12, 2016

Wallpaper Batu Bata Dari Pelanggan RR Raudah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Kali ini Ratu ingin kongsikan gambar wallpaper daripada pelanggan RR Raudah, puan Ima Sidek dari Seremban. Maklumlah Ramadhan sudah menghampiri. Ini katanya untuk deko-deko Raya nanti. Huhu.. 

Inilah gambarnya yang dihantar dari pelanggan RR Raudah. Cantikkan. Ini dalah untuk ruang tamu rumahnya.


Ini pula antara hasil pemasangannya di keliling pintu. Adanya wallpaper ni, ianya boleh dipasang ikut gaya dan citarasa kita sendiri. Kreatif tak ??? Jika berminat boleh menghubungi Ely di no telefon bimbit yang tertera di bawah. 


Inilah design wallpaper yang dibeli oleh Puan Ima dari RR Raudah,


Banyak lagi design wallpaper yang anda boleh tengok di laman facebook kami RR Raudah.

Jika berminat boleh menghubungi Ely --> 012-6844870
Boleh
Singgah la & LIKE paga Ratu RR Raudah

Boleh tengok pelbagai design wallpaper dan photomural di sini.

Tatapan dari,

Wednesday, June 8, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pejam celik pejam celik.. Ramadhan 2016 sudah menjelang tiba. Tahun ini, Raja tidak dapat menyambut Ramadhan bersama Ratu dan Puteri Raja Ratu memandangkan Raja terlibat dengan kerja-kerja luar di Singapura. Kami cuma dapat menyambut Ramadhan bersama, dapat bersahur dan berbuka bersama di hujung minggu sahaja nanti. Insha Allah. Raja memaklumkan di bulan Ramadhan ini dia akan pulang setiap hujung minggu.

Ratu teringat tahun lepas di bulan Ramadhan, Ratu sibuk dengan persiapan di rumah baru Raja Ratu yang tinggal 90% sahaja lagi siap. Bila hujung minggu sahaja, Ratu berada di rumah baru dengan persiapan pemasangan kabinet dapur rumah, tempahan langsir dan kemasukkan kelengkapan setiap bilik. Penat memang penat. Maklumlah nak beraya di rumah baru. hUHU.. Tapi memang seronok, penat pun berbaloi bila akhirnya Raja dan Ratu dapat beraya di rumah baru kami. Alhamdulillah. Sekarang sudah setahun kami menginap di rumah baru kami.

Biasanya bila Ramadhan menjelang tiba, Ratu sudah siapkan tempahan baju raya sedondon untuk kami sekeluarga untuk kami sekeluarga termasuklah ibubapa Ratu dan bibu mertua Raja. Tapi tahun ini Raja Ratu mengambil keputusan untuk membeli sahaja baju raya di butik. Yang pasti baju tu sedondon untuk kami 3 beranak. hUHU.. Harap-harap ada design untuk kami 3 beranak.

Apa-apapun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Tatapan dari,

Tuesday, June 7, 2016

Bapa Saudara Ratu Membuat Pembedahan

Ratu baru mendapat berita bahawa bapa saudara Ratu akan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Ratu memang dapat tahu sebelum ini, bapa saudara Ratu ini ada menghidap penyakit buasir dan kali ini bila diperiksa ianya memerlukan pembedahan secepat mungkin. Tatkala kita semua ingin menyambut Ramadhan, ramai pula kenalan Ratu termasuklah bapa saudara Ratu ini yang mana ahli keluarganya tidak berapa sihat dan dimasukkan ke hospital. Terus Ratu teringat akan burung gagak yang datang hinggap di pagar rumah Raja dan Ratu beberapa hari lepas dan membuat bising. Ala, minta dijauhkan daripada perkhabaran yang tidak baik. Moga-moga mereka semua kembali sihat seperti sediakala dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik bersama keluarga.

Inilah antara gambar yang dihantar oleh sepupu Ratu melalui whatsapp setelah selesai pembedahan.



Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267