Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, July 30, 2016

Majlis Marhaban (Selawat Ringkas) Dan Ziarah Aidilfitri

Ratu ada masuk dalam 'group whatsapp' taman Raja Ratu ini. Sekali Ratu terpandang tentang aktiviti yang bakal diadakan nanti iaitu Majlis Marhaban Dan Ziarah Aidilfitri yang meliputi selawat ringkas dan doa selamat. Ratu pun berbincang dengan Raja untuk menjemput mereka datang ke rumah. Raja pun setuju. Tapi Raja tiada di rumah ketika majlis tersebut berlangsung. Raja di Singapura atas urusan kerja. 

Ratu tengok banyak rumah yang terlibat dalam jemputan Marhaban ini. Ratu juga dimaklumkan tentang penyediaan menu makanan yang ringan sahaja dalam Majlis Marhaban ini sebab banyak rumah terlibat. Aktiviti ini diadakan pada selepas solat Maghrib bermula dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 malam. Emm, Ratu pun rancang penyediaan kuih muih dan buah-buahan. 

Para tetamu sampai ke rumah Ratu lebih kurang pukul 9.50 malam. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga mereka ke rumah Raja Ratu.


Ini antara gambar yang diambil,


Ini antara menu yang dihidangkan.


Alhamdulillah, selesai sudah majlis marhaban malam ini. Aktiviti mengemas dan membasuh pinggan pula bermula. Seronok pula Ratu bila ada Majlis seperti ini sebab kita dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan siraturrahim. Diharapkan akan ada lagi majlis seperti ini di tahun hadapan. Amin..

Tatatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267