Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, September 22, 2016

Hari Yang Di Nanti Dah Tiba

Emm.. Hari yang dinantikan sudah tiba. Hari apa ? Sudah semestinya Hari Jadi Puteri Raja Ratu.. Hehe.. Ratu dan Raja lakukan aktiviti harian hari ini seperti biasa di sebelah pagi termasuklah menghantar Puteri Raja Ratu ke sekolah tadika nya. Puteri Raja Ratu tidak tahu bahawa Ratu ada menempah kek hari jadi untuknya. Ratu belum ambil lagi kek itu di rumah jiran Ratu. 

Pagi ini Ratu menghantar Puteri Raja Ratu seperti biasa ke sekolah. Sampai di sekolah, Ratu berjumpa dengan guru kelasnya untuk mengetahui majlis Hari Lahir Puteri Raja Ratu nanti. Emm.. hari ini Raja dan Ratu memang akan sambut Hari Lahir Puteri Raja Ratu di sekolahnya. Ratu difahamkan majlis akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Jadi, Ratu sampai sahaja di rumah, bergegas siapkan kerja-kerja di rumah termasuklah persiapan hadiah untuk Puteri Raja Ratu dan rakan-rakan sekelasnya. Setelah selesai, Raja dan Ratu pula bersiap-siap. 

Sebelum bergerak, Ratu mengambil kek terlebih dahulu di rumah jiran Ratu. Inilah kek nya,


Ratu pun belum tengok lagi kek ni. Sampai sahaja di tadika Puteri Raja Ratu, sementara menunggu lampu hijau daripada guru kelasnya Ratu pun tengoklah sekejap kek yang ditempah itu.

Inilah keknya,


Setelah lampu hijau diberikan kepada guru kelasnya, kami pun masuk kelas dan membuat kejutan. Terkebil-kebil Puteri Raja Ratu melihat kehadiran kami membawa kek dan hadiah untuk rakan-rakannya. Hehe.. Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan. Sessi memotong kek pun bermula. Huhu..

Inilah gambar kami 3 beranak,


Ini pula sessi pemberian hadiah kepada rakan-rakan sekelasnya dan guru-guru kelasnya,


Selesai majlis, kami pun pulang dan datang kembali menjemput pulang Puteri Raja Ratu apabila tamat waktu persekolahannya. Seronok melihat kegembiraan Puteri kesayangan Raja Ratu ini di Hari Lahirnya ini. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267