Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, October 31, 2016

Kipas Solar

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua.. Kali ini Ely nak tunjukkan produk import terbaru yang baru tiba iaitu kipas solar.
Oleh kerana produk baru ini baru sampai. Ratu ingin buat promosi untuk kipas solar.


Kipas solar ini bukan sahaja meliputi kipas yang mampu menyejukkan badan yang panas, malah ianya mengandungi lampu yang mampu menerangi kegelapan.



Promosi KIPAS SOLAR..
SPECIAL OFFER HANYA KALI INI SAHAJA!!

Dapatkan HARGA PROMOSI untuk SOLAR LIGHT FAN 2 IN 1, bukan Rm30, tetapi sebanyak RM50 diskaun.!!!🎊🎊
Dijamin ORIGINAL dan BERKUALITI PENAMBAT HATI😄😄🙈
Harga asal 1 unit Rm150 😳. Tapi untuk masa terhad PROMOSI 1unit hanya RM100 sahaja !!!!🎉🎉
 Untuk persediaan BLACKOUT yang tak dijangkan bila akan berlaku💡
.
 Untuk PENIAGA yang kepanasan ketika berniaga💡
.
 Lampu study anak2 pada waktu malam untuk mengulang kaji pelajaran💡
.
 Untuk kaki pancing yang selalu kepanasan semasa melakukan aktiviti pancing🎣
.
 Sesuai untuk aktiviti camping selain menyediakan cahaya yang cukup.. serta memberi udara yang nyaman🏞
.
 Lampu suluh untuk masuk hutan dan semak bagi mengelakkan daripada disengat haiwan berbisa🐍
.
😍PROMOSI ISTIMEWA😍
1 unit= RM100😊 🎉
JANGAN TUNGGU LAGI,🙅 dapatkan sekarang juga.

Layari page facebook kami -->; RR Raudah
Silalah LIKE page kami ini..
Supaya anda tidak ketinggalan dengan perkembangan dan promosi-promosi yang bakal diadakan.
Kami merealisasikan impian anda..
Anda puas hati, kami senang hati..
Hubungi --> 012-6844870 Ely
< WHATSAPP > < SMS > < CALL >

Tatapan dari,

Tuesday, October 25, 2016

Hadiah Set Pinggan Mangkuk

Alhamdulillah.. rezeki kali ini. Ratu pun tidak menjangka mendapat set pinggan mangkuk yang mahal ini. Sekali bila sudah terima, Ratu tengok set ini adalah set pinggan mangkuk import. Hadiah ini diterima daripada rakan Ratu yang asalnya dia beli set pinggan mangkuk ini untuk rumah barunya yang bakal didudukinya.

Ratu pun agak pelik bila dia memberikan set pinggan mangkuk yang dibelinya kepada Ratu. Mungkin dia telahpun beli pinggan mangkuk yang lain untuk rumah barunya. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi Ratu dan keluarga merasa menggunakan set pinggan mangkuk ini. 

Inilah set pinggan mangkuk tu, 


Ini gambar kedua,


Ini gambar seterusnya,


Alhamdulillah, boleh lah Ratu main masak-masak dan gunakan pinggan mangkuk ni.. hEHE..

Tatapan dari,

Monday, October 24, 2016

Pertandingan Mewarna

Ratu ada menerima surat dari Tadika Puteri Raja Ratu mengenai aktiviti pada Sabtu lepas. Pihak tadika ada membuat aktiviti mewarna bagi kanak-kanak tadika. Ratu pun tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa Puteri Raja Ratu untuk menyertai pertandingan ini. 

Inilah antara gambar Puteri Raja Ratu dan rakan-rakan sekolahnya yang turut serta dalam pertandingan tersebut.


Antara gambar yang lain..


Sementara menunggu Puteri Raja Ratu ini bersama rakan-rakannya mewarna, Raja dan Ratu termasuklah ibubapa lain duduk di ruangan khemah yang disediakan. Emm.. bila sudah duduk di khemah, ada la aktiviti untuk ibubapa pula. Aktiviti apa ? Raja Ratu kena bersenam la.. berjalan kaki la.. tarian poco-poco la.. haha.. Tarikan poco-poco tu yang tak leh terima tu.. Tapi, Raja tak kisah.. Dia nak join janji keluar peluh katanya.. Ratu pun ikit je la.. hEHE..

Sambil tu Raja dan Ratu menjengah Puteri Raja Ratu mewarna. Ratu tak kisah Puteri Raja Ratu tidak menang dalam pertandingan itu. Janji, dia terdedah dengan pertandingan seperti ini dan dia dapat lakukan yang terbaik untuk dirinya. Bila sudah siap kami pun pulang. 

Tatapan dari,

Hadiri Kelas Umrah Lagi

Alhamdulillah, kali ini Raja dan Ratu beserta Puteri Raja Ratu dapat menghadiri majlis ilmu berkaitan umrah yang diadakan di lokasi yang berlainan. Kalau 2 minggu lepas, kami belajar di masjid tapi kali ini di dewan kuliah pula.

Tapi kali ini Raja dan Ratu tidak berasa selesa sedikit sebab terlalu ramai yang menghadiri kelas umrah kali ini. Bila sudah terlalu ramai ni, Raja dan Ratu kurang fokus sedikit dengan ilmu yang disampaikan. Ratu tengok penceramah kali ini pun lebih menceritakan hal-hal berkaitan umrah secara umum sahaja. Jika kelas yang lepas, Raja dan Ratu suka dengan penyampaian penceramah tu sebab dia tunjukkan secara praktikal bagaimana cara tawaf dan memakai kain ihram. Jadi, Raja yang tidak tahu pun lebih jelas dan faham. Ratu pun dapat mengingatkan kembali apa yang pernah Ratu belajar sewaktu mengerjakan umrah dahulu. 

Apa-apapun kami berselfie dahulu,


Alamak, Puteri Raja Ratu ni tidak comel pula. Tudungnya tak betul. Emm. Ratu nak betulkan tudungnya, Puteri Raja Ratu ni tidak duduk diam pula. 


Apa dia ?? Kenapa Raja dan Ratu sering ke kelas umrah ?? Hehe.. Ratu dah boleh dengar soalan yang terdetik dalam hati korang. Huhu.,. Ada perancangan kami untuk menunaikan umrah. Insya Allah.. Nanti dah selesai urusan Visa, Ratu akan ceritakan nanti di blog ini.. Huhu.. Insya Allah.. Doa-doakan ya.. Moga dipermudahkan urusan kami. 

Tatapan dari,

Friday, October 14, 2016

Menu Sarapan Pagi

Kali ini saja jer Rat hendak kongsikan antara gambar sarapan pagi yang Ratu sediakan untuk Raja dan Puteri Raja Ratu. Huhu. Ni kes dah tak tahu nak update apa kat sini.. Haha..

Ratu ni bukannya pandai sangat memasak. Tapi Ratu belajarlah kan pelbagai menu. Bila ada permintaan dari Raja nak makan tu ini termasuklah Puteri Raja Ratu, Ratu pun tunaikanlah.. Biasanya, Raja dan Ratu kurang membeli sarapan pagi di luar. Jadi, sarapan pagi biasanya Ratu sediakan lah di rumah. 

Inilah antara menu yang Ratu kongsikan di sini,


Ini mee hoon goreng kesukaan Raja,


Ini kes Ratu dah malas nak masak tengah hari. Haha. Ni kadangkala Raja minta masakkan rendang. Ratu pun masakkan dengan kuah sayur masak lodeh dan nasi empit.. Masak lebih. Jadi tengah hari boleh goyang kaki.. Haha.


Ini pula rendangnya.. 


Ini pula permintaan Puteri Raja Ratu yang sukakan sekodok dan Roti telur planta.

Haha.. inilah perkongsian Ratu kali ini. Erkk, Puteri Raja ratu sudah panggil Ratu.. Ok bye semua..

Tatapan dari,

Monday, October 10, 2016

Menghadiri Kelas Umrah

Pagi semalam Raja dan Ratu bersiap bersama-sama Puteri Raja Ratu untuk menghadiri majlis ilmu umrah. Kelam kabut juga pagi semalam.. Mana Ratu nak mandikan Puteri Raja Ratu.. Nak sediakan sarapan.. Tapi nasib baik jugalah Raja membantu.

Seronok juga ilmu yang Raja Ratu perolehi hari ini. Apa yang Ratu belajar hari ini dapat mengingatkan kembali ilmu yang pernah Ratu belajar dahulu sebelum menunaikan umrah lebih kurang 10 tahun dahulu. Masa tu Raja dan Ratu belum lagi berkahwin. Kami dalam tempoh bertunang. Hehe..

Tapi dalam kelas umrah kali ini, fikiran Ratu terganggu sedikit sebab Puteri Raja Ratu ni sekejap-sekejap cuit Ratu, inform hendak buang air kecil.. Emm.. Raja duduk di ruangan tempat duduk lelaki manakala Ratu dan Puteri Raja Ratu di ruangan tempat duduk perempuan. Raja hanya melihat sahaja gelagat kami 2 beranak. Huhu..

Selfie jap.. 


Ni gambar kedua,


Ni gambar seterusnya,


Kelas yang pertama Raja Ratu ikuti ini, ilmuya lebih jelas dan  mudah untuk difahami. Raja sendiri pun yang tidak tahu mengenai konsep dan cara menunaikannya sudah mula faham. Alhamdulillah.. Rasa seronok menghadiri kelas hari ini. Hehe.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267