Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, November 10, 2017

Ayam Masak Merah

Jalan-jalan ke blog lain sekali terpandang 1 menu kegemaran Ratu ini. Ratu pun baca dan kongsikan di sini. Ratu tengok mana yang perlu Ratu tambah merujuk resepi ini untuk menjadikan masakan itu lebih sedap.



Bahan bahan:
 
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis Kacang peas (tak masuk pun tak per)

Bahan bahan kisar halus:
 
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
 
1 biji bawang besar - lagi sedap bawang holland




Cara cara:
1. Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 
 
2. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Tumis bawang besar, halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar dengan api perlahan hingga naik bau. Masukkan cili  dan kacau hingga cili benar-benar garing dan pecah minyak.
 
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Bila dah garing, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Dikacau rata dan biarkan seketika. (Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat.)

4. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

5. Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah diris dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

6. Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
 
Selamat mencuba !!!


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267