Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, November 25, 2017

Didik Anak Uruskan Wang Sejak Dari Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kebiasaannya, kanak-kanak akan menerima wang yang banyak ketika musim perayaan. Betul tak. Walaubagaimanapun, jika tidak dipantau, wang yang banyak diterima ini pastinya akan hilang akibat mereka berbelanja sesuka hati. Jom kita ketahui beberapa tips yang Ratu baca dari sebuah majalah ini yang mana kita boleh mempraktikkannya dalam mendidik anak-anak agar bijak menguruskan wang sejak mereka kecil lagi.

* Sediakan tabung
Kanak-kanak boleh dididik tentang pengurusan wang yang bijak ketika mereka berusia 3 tahun lagi. Pada tahap ini, kita sebagai ibubapa perlu terangkan kepada mereka bagaimana perlu menabung dan menunggu duit tabungan sehingga cukup, barulah mereka boleh membeli sesuatu yang mereka inginkan. Belikan tabung dan biarkan anak kita memilih tabung yang mana menjadi pilihan mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka terus menabung. Dengan cara ini, mereka akan terus amalkan sehingga mereka dewasa kelak.

* Jangan tewas dengan emosi anak-anak
Diperingkat permulaan ini, kanak-kanak pastinya akan memberontak apabila kita mula ajar mereka menabung. Tapi kita sebagai ibubapa, janganlah tewas dengan serangan emosi daripada anak-anak kita seperti tangisan mereka. Niat kita untuk mendidik. Jadi biarkan mereka belajar untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan bukan dengan cara yang mudah. Lama-lama mereka akan bijak dan boleh memahami apa yang kita ajarkan ini. Malah mereka nanti akan lebih seronok menabung. 

* Sediakan jenis-jenis tabung
Sediakan 3 tabung untuk anak yang mana setiap satunya dilabelkan 'Simpanan', 'Belanja' dan 'Kongsi'. Setiap kali nak kita ingin menabung, pastikan mereka membahagikan duit sama rata ke dalam ketiga-tiga tabung tersebut. 

Tabung simpanan pastinya akan disimpan ke dalam bank
Tabung belanja boleh digunakan untuk berbelanja
Tabung kongsi boleh digunakan untuk didermakan kepada kawan-kawannya yang memerlukan

Jenis-jenis tabung ini terpulang kepada korang untuk tujuan pengasingan.

* Tetapkan matlamat bagi tabung mereka ketika 5 tahun
Pada umur anak-anak ini 5 tahun, mereka sudah pastinya sudah bijak untuk menetapkan matlamat bagi tabungan mereka. Dengan cara tersebut, mereka akan dapat apa yang mereka hajati dengan duit tabungan tersebut. Jika barang permainan atau barang lain yang diinginkan tu mahal harganya, kita boleh membantu dengan cara yang betul untuk memastikan matlamat mereka tercapai dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, jika mereka mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran barulah kita boleh bantu mereka.

* Kira jumlah simpanan bersama-sama
Setiap kali anak kita menabung, kita sebagai ibubapa kita bantu mereka dalam mengira jumlah wang tabungan yang ada dan maklumkan kepada mereka berapa lagi baki wang yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu dan berikan dorongan untuk mereka terus menabung. Aktiviti sebegini menyeronokkan si kecil kita dan pastikan mereka lebih teruja menabung.

* Libatkan anak-anak dalam urusan pembelian ketika 6 tahun
Apabila si kecil berusia 6 tahun, kita boleh libatkan mereka dalam membuat keputusan tentang pembelian. Berikan mereka sedikit wang untuk dibelanjakan dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri apa yang mahu dibeli. Dengan cara sebegini, kita dapat mengajar mereka membuat keputusan dengan duit mereka sendiri.


Moga-moga tips ini membantu para ibubapa bagaimana untuk mendidik anak menabung sejak dari kecil lagi.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267