Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, December 15, 2017

Hilang Kebebasan Bila Sakit Lutut

Banyak bergerak dalam melakukan urusan seharian sudah pasti memberi kesan pada tubuh badan terutama sekali di bahagian lutut. Sakit lutut bukanlah perkara asing bagi wanita. Malah hakikatnya, wanita aktif keberangkalian mendapat 2 kali ganda sakit lutut sama seperti lelaki.

Sendi lutut adalah sendi yang terdiri dari 3 tulang iaitu tulang femur (tulang peha), tibla (salah 1 tulang bersendi dengan lutut dan tulang pergerakan kaki) dan meniskus. Penghujung pada setiap tiga tulang-tulang ini diselaputi dengan rawan yang dikenali sebagai meniskus.

Rawan dan meniskus dihasilkan daripada bahan elastik dan kuat. Ia membantu menyerap kejutan dan membenarkan sendi lutut bergerak dengan lancar.

Lutut biasanya mengalami terlebih tekanan, bukan hanya daripada sukan berimpak tinggi, tetapi daripada aktiviti harian seperti mencangkung, membongkok, melutut dan memanjat tangga. Lutut membengkok, berpusing dan kadangkala terhantuk semasa bersukan.

Berikut adalah antara jenis-jenis masalah sakit lutut.

1. Artritis pada lutut
Jenis artritis pada lutut yang biasa adalah oesteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan. Rawatan untuk osteortritis adalah :

*    Ubatan untuk mengurangkan sakit seperti aspirin dan acetaminophen
*  Ubatan untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan seperti ibuprofen dan ubat anti radang bukan ateroid (NSAID)
*   Senaman bagi meningkatkan pergerakkan dan kekuatan
*   Pengurangan berat badan

2. Rheumatoid Artritis
Rheumatoid Arthritis merupakan 1 lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan menjadi rosak. Rawatan yang perlu termasuklah:

*  Terapi fizikal
*  Ubatan
*  Pembedahan penggantian lutut (bagi lutut yang rosak secara serius)

3. Penyakit dan kecederaan kartilaj
Condromalacia berlaku apabila rawan pada lutut melembut. Ini boleh disebabkan kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot atau jika bahagian tersebut telah lari kesejajarannya. Rawatan  bagi kecederaan rawan adalah :

*  Senaman bagi menguatkan otot-otot
*  Ransangan elektrikal bagi menguatkan otot
*  Pembedahan bagi kecederaan serius

4. Kecederaan ligamen 
Dua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuklah anterior cruciate ligamen (PCL) dan posterior cruciate ligamen (PCL). Selalunya keadaan sebegini berlaku pada ahli sukan. Rawatan kecederaan ligamen ini adalah :

*  Pek ais bagi mengurangkan pembengkakan
*  Senaman bagi menguatkan otot-otot 
*  Pengikat
*  Pembedahan (untuk kecederaan serius)

5. Penyakit dan kecederaan tendon
Terdapat 3 jenis penyakit dan kecederaan tendon iaitu :

* Tendinitis dan tendon terpecah
* Penyakit Osgood-Schalatter
* Sindrom lliotibial band

Rawatan yang sesuai bagi kecederaan tendon ini termasuklah

* Berehat
* Letak ais
* Ubatan seperti aspirin atau ibuprotein bagi mengurangkan sakit dan pembengkakan
* Senaman bagi merenggangkan dan menguatkan
* Balutan simen
* Pembedahan (bagi kecederaan serius

Moga ilmu ini memberikan manfaat kepada kita semua

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267