Ratu still kongsikan lagi info dari sebuah laman web mengenai sakit lutut. Sebab Ratu tengok ramai di kalangan kita yang mengalami sakit lutut khususnya kaum wanita yang sudah berusia.
Sakit
lutut secara tiba-tiba memang menyakitkan. Lagipun kita memang selalu
menggunakan lutut untuk buat apa sahaja kerja kan? Untuk berlari,
berjalan, solat dan sebagainya. Kalau lutut dah start sakit, semua kerja akan tertangguh.
Sakit
lutut dalam kalangan orang yang berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu
sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi.
Masa ni permukaan sendi rawan makin menipis dan cecair pelincir
(Synovial) dalam sendi juga mula berkurangan. Akibatnya, ruang sendi
menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di
kelilingnya.
Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan
dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan.
TANDA TANDA SAKIT LUTUT
Antara simptom sakit lutut adalah seperti :
- Bunyi 'Klik' pada lutut kerana ada geseran pada sendi
- Sendi terasa macam ketat atau kaku akibat lama berehat contohnya seperti baru bangun dari tiidur atau duduk terlalu lama
KOMPLIKASI SAKIT LUTUT
Sakit
lutut mampu menyebabkan kita sukar untuk berjalan. Paling membahayakan
apabila kita menahan rasa sakit lutut ni dalam tempoh yang lama tanpa
rawatan. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada lutut
dan lutut akan mula kehilangan fungsi.
TIPS MENCEGAH SAKIT LUTUT YANG BERPANJANGAN
Kalau ibu bapa kita mengalami sakit lutut, cuba kaedah ni untuk mencegah kesakitan lutut dalam tempoh yang lama.
- Berhati hati dalam melakukan apa sahaja aktiviti fizikal seperti mengemas rumah, mengangkat barang dan sebagainya
- Memakai alat alat pelindung keselamatan semasa melakukan aktiviti lasak seperti knee guard untuk berbasikal, bermain hoki atau bermain bola.
- Memakai pakaian yangs sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan bagi mencegah kecederaan lutut sekiranya terjatuh
- Memakai pelindung belakang atau back support jika terpaksa mengangkat barang barang berat.
- Memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan seperti kasut untuk bermain bola berbeza dengan kasut untuk berjoging. Perbezaan kasut ini direka khas bagi mencegah dan mengurangkan risiko kecederaan lutut.
TIPS BERHADAPAN DENGAN KECEDERAAN ATAU KESAKITAN LUTUT
JIka kita berhadapan dengan kesakitan lutut akibat aktiviti yang dijalankan,
cuba kaedah 'RICE' ni untuk mengurangkan rasa sakit lutut tersebut.
Kaedah ni berkesan dalam mengurangkan inflamasi di kawasan lutut yang
sakit.
- R maksudnya Rest. Semasa lutut cedera, wajib untuk anda merehatkan atau mengurangkan pergerakan pada lutut yang sakit tu.
- I maksudnya Ice. Elok gunakan ais untuk mengurangkan rasa sakit pada lutut
- C maksudnya Compression. Cuba tekan lutut yang sakit tu supaya dapat mengurangkan bengkak
- E maksudnya Elevation. Cuba angkat lutut yang sakit tu pada tempat yang sedikit tinggi
CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN
Terdapat dua cara dalam merawat sakit lutut ni iaitu melalui pembedahan mahupun tanpa pembedahan.
- Mengurangkan berat badan melalui senaman
Kalau
nak elak dari pembedahan lutut, anda mungkin terpaksa menurunkan berat
badan kerana masalah berat badan mampu memberi tekanan pada sendi lutut.
Jika otot kuat, ia dapat mengurangkan tekanan pada sendi lutut untuk
bekerja.
Dalam
meningkatkan kekuatan otot, latihan fizikal yang sederhana boleh
dilakukan untuk menguatkan sendi lutut. Antaranya berbasikal, berenang
ataupun squats.
- Memakai pendakap lutut atau kne brace untuk mengurangkan bebas pada sendi lutut.
- Mengambil ubat anti radang dalam mengurangkan rasa sakit lutut. Antaranya ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun ubat Anti Inflamasi Bukan Steroid (NSAIDS)
- Suntikan sendi dengan asid hyaluronic
Asid
hyaaluronic ni merupakan bahan yang ada dalam tisu synovium sendi.
Suntikan ni dapat mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut dan
meningkatkan pergerakan serta fungsi sendi.
- Buat rawatan akupuntur
Kajian menunjukkan akupuntur dapat melegakan kesakitan lutut dan
meningkatkan fleksibiliti pada individu yang menghidapi sakit lutut ni. Terapi akupuntur dapat meningkatkan aliran darah dan membantu
mengurangkan inflamasi sendi lutut.
- Mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan lutut
Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan kesakitan
lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya
adalah:
* Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan
keradangan;
* Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung;
* Glukosamin
untuk membaiki tisu rawan
* Protein yang penting untuk pembaikan tisu
tisu otot.
- Mengamalkan diet yang sihat untuk meredakan sakit lutut
Diet
yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk berhadapan dengan sakit
lutut secara semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi
lutut adalah salmon, tuna, sardin, sayur sayuran dan buah buahan,
keluarga bawang, kekacang dan juga bijirin penuh.
Semoga info-info ini membantu kita semua dalam menjaga lutut kita.
Tatapan dari,