Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, April 5, 2018

Rahsia Daun Pandan

Pandan biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa dalam masakan. Daunnya akan diikat atau disimpulkan untuk dimasukkan ke dalam masakan yang sedang dimasak. Daun pandan ini juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya. Ada yang mengisar daun pandan ini untuk dijadikan sebagai pewarna dalam masakan. Bukan itu sahaja, keseluruhan daun pandan boleh dijadikan sebagai pembalut ayam dan daging sebelum ianya dibakar atau dipanggang. Emm.. banyak kegunaan daun pandan ini sebenanrnya dalam masakan.


Berdasarkan kajian dan penyelidikan mendapati daun pandan memiliki khasiat dan kebaikkan untuk kesihatan tubuh.Jom kita ketahuinya.

1. Merendahkan tekanan darah
Dikatakan daun pandan ini boleh membantu menormalkan semula tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus 2 cawan air dengan 10 gram daun pandan. Minum separuh atau 1 cawan air rebusan itu pada sebelah pagi manakala selebihnya sebelah petang.

2. Menghapuskan kelemumur
Bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya ialah dengan menghancurkan 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 100 ml air. Sapukan ramuan tersebut pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian baru dibilas dengan air. Selain menghapuskan kelemumur, daun pandan ini juga memberikan zat pada rambut anda.

3. Menghitamkan rambut
Jika anda mahu menghitamkan rambut, anda boleh menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 7 helai daun pandan dan rebus dengan air. Biarkan air rebusan ini semalaman. Kemudian anda boleh menyapu air rebusan ini pada kulit kepala. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

4. Mengatasi rasa lemah
Anda boleh mengurangkan rasa lemah dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 3 helai daun pandan dan rebuskannya dengan 3 cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga air yang tinggal itu lebih kurang 2 cawan air. Sejukkan dan minum air rebusan itu pada sebelah pagi dan petang.

5. Antireumatik dan kebas
Sakit artritis boleh meberikan kesan bukan sahaja pada orang tua malah orang muda. Jika anada mengalami masalah ini, anda boleh gunakan daun pandan. Campurkan daun ini dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Setelah ramuan ini sejuk, sapuan pada bahagian yang mengalami masalah tersebut.

6. Meransang selera
Daun pandan juga membantu anda apabila anda hilang selera makan. Caranya ialah rebus 10 gram daun pandan dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi 1 cawan air. Bahagikan air ini kepada 2 cawan dan minumlah pada waktu pagi dan malam.

7. Memberi zat dan meransang kesihatan
Daun pandan mengandungi minyak pati seperti glycidudes, alkaloid, tannin dan isoprene ester yang boleh meransang kesihatan anda.

8. Melegakan rasa sakit
Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ini kerana daun pandan ini mengandungi sifat-sifat laksatif yang bertindak sebagai pelega kesakitan terutamanya sakit kepala, sakit telinga, dada dan arthritis.

9. Mengandungi sifat anti karsinogenik
Salah 1 kebaikan daun pandan adalah ianya bersifat anti kanser. Ianya dikatakan mampu menawarkan kesan toksin dan menghalang perkembangan sel kanser.

10. Dapat mengurangkan masalah kemurungan dan stress
Dikatakan dengan minum 2 atau 3 cawan air rebusan daun pandan setiap hari akan membantu mengurangkan masalah kemurungan dan stress.

11. Melegakan sakit gusi
Jika anda mengalami masalah sakit gusi atau sakit pada bahagian mulut, cubalah kunyah daun pandan. Ia dikatakan mampu melegakan  masalah ini.

Tatapan dari,

Sunday, December 10, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ratu ada menerima whatsapp mesej ini yang mana nasihat mesej yang mendalam mengenai solat. Jom kita hayati nasihat dari mereka ini. Mendalam maksud mereka ini.

1. Orang yang tidak solat akan mempunyai banyak masalah, tidak tenang, cepat marah,  susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
*USTAZ AZHAR IDRUS*


2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
*Ustaz Kazim Elias*

 
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
*Ustaz Don Daniyal*


4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
*Datuk Ismail Kamus*

 
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati lah dalam solat
*Ustaz Haslin Baharin*


 6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca 
Subhanallah 33, 
Alhamdulillah 33, 
Allahuakbar 33, 
doa kemudian baru bangun”
*Al-Habib Ali Zainal*


7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
*TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*


8. "Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
*Sheikh Abdullah Jahaf*


9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
*Ustaz Dasuki Rani*

 
10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah"
*TG Harun Din*

 
11. Kalau dalam solat tidak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
*Ustaz Pahrol*


Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
Selamat beramal. Moga bermanafaat !!

Tatapan dari,

Tuesday, December 5, 2017

Cara Untuk Mengawal Kemarahan

Jom kita baca dan amalkan tip ini yang mana ianya mampu mengurangkan kemarahan. Lain orang lain cara mereka mengawal kemarahan mereka. Anda macam mana pula anda mengawal diri ketika marah ?

1. Berjalan-jalan
Sekiranya anda bertegang leher dengan seseorang sehingga menimbulkan kemarahann, adalah lebih baik anda memilih untuk meninggalkan lawan bicara anda untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih buruk. Cara ini juga boleh menghilangkan rasa kusut dalam fikiran anda.

2. Menulis
Ada sesetengah orang melepaskan geram dengan menulis. Mereka akan menulis apa sahaja yang terbuku di hati sehingga perasaan mereka lega. 

3. Berbual
Ajaklah orang yang anda marah itu dengan berbual dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Mungkin ini yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah.

4. Menjerit
Ramai orang menggunakan cara ini untuk menghilangkan tekanan. Bila sudah menjerit, fikiran menjadi lebih tenang dan rasa marah akan turut hilang perlahan-lahan.


5. Mengira
Ada sesetengah orang menggunakan cara ini untuk mengurangkan kemarahan. Nampak macam pelik dan melucukan. Mereka cuba membuat pengiraan dengan tujuan untuk mengalih perhatian dan tidak membosankan.

6. Tarik Nafas
Apabila marah kadangkala boleh menjuruskan kepada kerosakan barang-barang di sekelilingnya. Apa yang terbaik. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Kalau lepaskan pada barang-barang, maka rosak lah barang-barang tersebut.


Tatapan dari,

Friday, December 1, 2017

Gegar Vaganza 2017

Konsert Gegar Vaganza 2017 telahpun bermula kini dengan penampilan artis-artis baru. Walaubagaimanapun, pengacaranya tetap sama iaitu Nabil dan Jihan. Huhu..

Inilah antara peserta-pesertanya. Peserta yang pertama iaitu Aishah,


Peserta yang kedua iaitu Aqasha,



Peserta yang seterusnya iaitu Firman,


Peserta yang seterusnya iaitu Hazami,


Peserta yang seterusnya iaitu Lan,


Peserta yang seterusnya iaitu Liza Hanim,



Peserta seterusnya Tia Jinbara,


 Peserta seterusnya iaitu Elyana,


Peserta seterusnya iaitu Raja Azura,


Peserta seterusnya iaitu Ferhad,


Siapakah yang akan menjadi juara ?

Tatapan dari,

Saturday, November 25, 2017

Didik Anak Uruskan Wang Sejak Dari Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kebiasaannya, kanak-kanak akan menerima wang yang banyak ketika musim perayaan. Betul tak. Walaubagaimanapun, jika tidak dipantau, wang yang banyak diterima ini pastinya akan hilang akibat mereka berbelanja sesuka hati. Jom kita ketahui beberapa tips yang Ratu baca dari sebuah majalah ini yang mana kita boleh mempraktikkannya dalam mendidik anak-anak agar bijak menguruskan wang sejak mereka kecil lagi.

* Sediakan tabung
Kanak-kanak boleh dididik tentang pengurusan wang yang bijak ketika mereka berusia 3 tahun lagi. Pada tahap ini, kita sebagai ibubapa perlu terangkan kepada mereka bagaimana perlu menabung dan menunggu duit tabungan sehingga cukup, barulah mereka boleh membeli sesuatu yang mereka inginkan. Belikan tabung dan biarkan anak kita memilih tabung yang mana menjadi pilihan mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka terus menabung. Dengan cara ini, mereka akan terus amalkan sehingga mereka dewasa kelak.

* Jangan tewas dengan emosi anak-anak
Diperingkat permulaan ini, kanak-kanak pastinya akan memberontak apabila kita mula ajar mereka menabung. Tapi kita sebagai ibubapa, janganlah tewas dengan serangan emosi daripada anak-anak kita seperti tangisan mereka. Niat kita untuk mendidik. Jadi biarkan mereka belajar untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan bukan dengan cara yang mudah. Lama-lama mereka akan bijak dan boleh memahami apa yang kita ajarkan ini. Malah mereka nanti akan lebih seronok menabung. 

* Sediakan jenis-jenis tabung
Sediakan 3 tabung untuk anak yang mana setiap satunya dilabelkan 'Simpanan', 'Belanja' dan 'Kongsi'. Setiap kali nak kita ingin menabung, pastikan mereka membahagikan duit sama rata ke dalam ketiga-tiga tabung tersebut. 

Tabung simpanan pastinya akan disimpan ke dalam bank
Tabung belanja boleh digunakan untuk berbelanja
Tabung kongsi boleh digunakan untuk didermakan kepada kawan-kawannya yang memerlukan

Jenis-jenis tabung ini terpulang kepada korang untuk tujuan pengasingan.

* Tetapkan matlamat bagi tabung mereka ketika 5 tahun
Pada umur anak-anak ini 5 tahun, mereka sudah pastinya sudah bijak untuk menetapkan matlamat bagi tabungan mereka. Dengan cara tersebut, mereka akan dapat apa yang mereka hajati dengan duit tabungan tersebut. Jika barang permainan atau barang lain yang diinginkan tu mahal harganya, kita boleh membantu dengan cara yang betul untuk memastikan matlamat mereka tercapai dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, jika mereka mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran barulah kita boleh bantu mereka.

* Kira jumlah simpanan bersama-sama
Setiap kali anak kita menabung, kita sebagai ibubapa kita bantu mereka dalam mengira jumlah wang tabungan yang ada dan maklumkan kepada mereka berapa lagi baki wang yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu dan berikan dorongan untuk mereka terus menabung. Aktiviti sebegini menyeronokkan si kecil kita dan pastikan mereka lebih teruja menabung.

* Libatkan anak-anak dalam urusan pembelian ketika 6 tahun
Apabila si kecil berusia 6 tahun, kita boleh libatkan mereka dalam membuat keputusan tentang pembelian. Berikan mereka sedikit wang untuk dibelanjakan dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri apa yang mahu dibeli. Dengan cara sebegini, kita dapat mengajar mereka membuat keputusan dengan duit mereka sendiri.


Moga-moga tips ini membantu para ibubapa bagaimana untuk mendidik anak menabung sejak dari kecil lagi.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267