Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, April 15, 2018

Tips Ajar Anak Berdikari

Anak yang pandai berdikari sudah semestinya menjadi kebanggaan ibubapa. Persoalannya, bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak kecil lagi. 

Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih kecil, jom kita praktikkan 4 tip ini,

* Menggosok gigi
Ajarkan anak menggosok gigi sebaik sahaja mereka makan.  Jadikan rutin menggosok gigi 2 kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur di waktu malam.  Tunjukkan contoh gerakkan yang betul di hadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama agar anak-anak kita ini lebih bersemangat.

Walaubagaimanapun, pastikan anda memilih berus gigi dan ubat gigi yang khusus untuk kanak-kanak. Jika perlu biarkan mereka memilih warna dan perisa yang mereka suka untuk menaikkan semangat mereka menggosok gigi.

Ciptakan suasana yang menyeronokkan semasa menggosok gigi. Jangan lupa selitkan kebaikan menggosok gigi agar anak-anak kita tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.


* Mengemas tempat tidur
Anak-anak mungkin belum boleh melipat selimut dengan cantik atau betulkan cadar tempat tidur dengan baik. Kalau Puteri Raja Ratu ni lipat memang tak betul. Alahai, sakit lak mata. Lebih baik Ratu jer yang kemas. Huhu. Tapi tak salah jika kita libatkan si kecil dalam kerja-kerja mengemas ni. Kita latihkan dirinya bangun tidur dan kemas katil walaupun kadangkala cara anak-anak ni kemas katil tu tak cantik. Huhu..

Ajarnya dengan mulakan tugas ringan seperti kemas dan susun bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai. Tunjukkan contoh pada setiap perkara yang kita ajarkan. Kalau kita sendiri tidak mengemas tempat tidur kita, bagaimana pula anak-anak kita hendak jadikannya sebagai rutin harian.
*  Menyikat rambut
Selain kelihatan kemas apabila menyikat rambut, ianya juga membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut kelihatan lebih sihat. Latih anak menyikat setelah mandi dan sebelum keluar rumah. Lakukan di hadapan cermin untuk memudahkan anak mempelajari tekniknya.

Pilih sikat yang khusus untuk anak-anak menyikat. Pastikan ianya mudah digenggam, bergigi jarang dan memiliki hujung yang lembut. Untuk memastikan rambut mudah disikat, gunakan syampoo khusus untuk anak-anak kita dan juga losen untuk rambut. Pastikan sikat dicuci secara rutin, 2 kali seminggu dengan air bersih.

* Memilih pakaian untuk dipakai
Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri pada sekitar usianya 2 tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Anak-anak kita ini lebih cenderung memilih baju yang dianggap cantik di matanya walaupun kadangkala tak sesuai kan. Tarikan gambar kartun atau corak pada baju itu yang mempengaruhi kanak-kanak ini memilih baju. 

Dicadangkan kita asingkan pakaian si kecil kita mengikut aktiviti seperti pakaian untuk dipakai di rumah, pakaian untuk aktiviti luar dan pakaian untuk majlis rasmi. Untuk mengelakkan si kecil tersalah pilih baju yang kurang sesuai, kita boleh berikan pilihan antara 2 ke 3 pasang baju untuk anak-anak kita ini pilih.

Tahan keinginan kita untuk menawarkan bantuan kepada si kecil jika tidak diminta untuk memakai baju. Kita perhatikan sahaja dan betulkan jika mereka silap.

Tatapan dari,

Thursday, April 5, 2018

Rahsia Daun Pandan

Pandan biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa dalam masakan. Daunnya akan diikat atau disimpulkan untuk dimasukkan ke dalam masakan yang sedang dimasak. Daun pandan ini juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya. Ada yang mengisar daun pandan ini untuk dijadikan sebagai pewarna dalam masakan. Bukan itu sahaja, keseluruhan daun pandan boleh dijadikan sebagai pembalut ayam dan daging sebelum ianya dibakar atau dipanggang. Emm.. banyak kegunaan daun pandan ini sebenanrnya dalam masakan.


Berdasarkan kajian dan penyelidikan mendapati daun pandan memiliki khasiat dan kebaikkan untuk kesihatan tubuh.Jom kita ketahuinya.

1. Merendahkan tekanan darah
Dikatakan daun pandan ini boleh membantu menormalkan semula tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus 2 cawan air dengan 10 gram daun pandan. Minum separuh atau 1 cawan air rebusan itu pada sebelah pagi manakala selebihnya sebelah petang.

2. Menghapuskan kelemumur
Bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya ialah dengan menghancurkan 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 100 ml air. Sapukan ramuan tersebut pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian baru dibilas dengan air. Selain menghapuskan kelemumur, daun pandan ini juga memberikan zat pada rambut anda.

3. Menghitamkan rambut
Jika anda mahu menghitamkan rambut, anda boleh menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 7 helai daun pandan dan rebus dengan air. Biarkan air rebusan ini semalaman. Kemudian anda boleh menyapu air rebusan ini pada kulit kepala. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

4. Mengatasi rasa lemah
Anda boleh mengurangkan rasa lemah dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 3 helai daun pandan dan rebuskannya dengan 3 cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga air yang tinggal itu lebih kurang 2 cawan air. Sejukkan dan minum air rebusan itu pada sebelah pagi dan petang.

5. Antireumatik dan kebas
Sakit artritis boleh meberikan kesan bukan sahaja pada orang tua malah orang muda. Jika anada mengalami masalah ini, anda boleh gunakan daun pandan. Campurkan daun ini dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Setelah ramuan ini sejuk, sapuan pada bahagian yang mengalami masalah tersebut.

6. Meransang selera
Daun pandan juga membantu anda apabila anda hilang selera makan. Caranya ialah rebus 10 gram daun pandan dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi 1 cawan air. Bahagikan air ini kepada 2 cawan dan minumlah pada waktu pagi dan malam.

7. Memberi zat dan meransang kesihatan
Daun pandan mengandungi minyak pati seperti glycidudes, alkaloid, tannin dan isoprene ester yang boleh meransang kesihatan anda.

8. Melegakan rasa sakit
Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ini kerana daun pandan ini mengandungi sifat-sifat laksatif yang bertindak sebagai pelega kesakitan terutamanya sakit kepala, sakit telinga, dada dan arthritis.

9. Mengandungi sifat anti karsinogenik
Salah 1 kebaikan daun pandan adalah ianya bersifat anti kanser. Ianya dikatakan mampu menawarkan kesan toksin dan menghalang perkembangan sel kanser.

10. Dapat mengurangkan masalah kemurungan dan stress
Dikatakan dengan minum 2 atau 3 cawan air rebusan daun pandan setiap hari akan membantu mengurangkan masalah kemurungan dan stress.

11. Melegakan sakit gusi
Jika anda mengalami masalah sakit gusi atau sakit pada bahagian mulut, cubalah kunyah daun pandan. Ia dikatakan mampu melegakan  masalah ini.

Tatapan dari,

Tuesday, April 3, 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi..

KEKUATAN DOA
++++++++++++++

Berdoalah sebanyak mana yang boleh..
Bila berdoa..
Apa yang ingin dicapai..
Jika dIizinkan olehNYA..
Akan dimakbulkan..
Insya Allah..

Ingatlah..
KENYAKINAN diri kita..
Adalah milikNYA..
Yang diberikan kepada kita..
Agar kita yakin apa yang kita doakan itu..
Akan tercapai..
Biarkan kadangkala kita ragu-ragu..
Boleh ke tidak tercapai impian tu..
Tapi dengan kenyakinan..
Yang dijentikkan olehNYA..
Ke dalam diri kita..
Insya Allah..
Kita jadi lebih fokus..
Malah kenyakinan yang diberikan..
Mengatasi keraguan kita..

Ingatlah..
URUSAN YANG DIPERMUDAHKAN...
Adalah milikNYA..
Yang membantu kita untuk mencapai impian kita..

Oleh itu..
Jangan berhenti berdoa..
Jangan berhenti BERDOA..
JANGAN BERHENTI BERDOA..

Berdoalah selepas solat..
Berdoalah bersungguh-sungguh..
Agar kenyakinan bertambah..
Dan urusan kita dipermudahkan untuk mencapai impian..

Semoga impian kita semua tercapai..
Amin.. Amin.. Amin..



Tatapan dari,

Wednesday, March 14, 2018

Rahsia Buah Laici

Jom kita amati khasiat buah laici ini untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ratu kongsikan di sini.

1.  Tidak ada lemak tepu
Buah laici mengandungi kira-kira 66 kalori bagi 100 gram buahnya. Ia tidak mengandungi lemak tepu atau kolestrol tetapi mengandungi sejumlah besar serat pemakanan, vitamin dan antioksidaan. Laici mengandungi fosforus, kalsium, vitamin A, B kompleks dan C. Ia juga turut mengandungi mangan, tembaga, zink, besi dan selenium.

2.  Penentang kuman berjangkit
Laici merupakan sumber vitamin C yang baik. Dikatakan 100 gram buah segar mengandungi kira-kira 71.5 miligram atau 119 peratus nilai pemakanan yang dicadangkan untuk setiap hari. Kajian mendapati bahawa pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C ini mampu membentuk penentangan terhadap kuman-kuman berjangkit dan membahayakan. 

3.  Sumber baik Vitamin B kompleks
Selain itu, buah laici adalah sumber baik vitamin B kompleks seperti thiamin, niasin dan folat. Vitamin-vitamin ini amat perlu kerana ia melalui cara co faktor untuk membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak-lemak.

4.  Antioksidan dan anti influenza
Kajian mendapati bahawa oligonol terdapat dalam buah laici. Oligonol ini memiliki tindakan antioksidan dan virus anti influenza. Ia dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah dalam organ-organ, mengurangkan berat badan, dan melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang membahayakan.


5.  Perlindungan terhadap jantung
Laici juga mengandungi sejumlah mineral yang sangat baik seperti kalium dan tembaga. Kalium ini adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh membantu mengawal dengupan jantung dan tekanan darah. Ia juga menawarkan perlindungan menentang stroke dan penyakit koronari jantung. Tembaga amat diperlukan dalam penghasilan sel-sel darah merah.

6.  Mengecutkan kelenjar membengkak
Isi buah dikatakan boleh direbus dan airnya boleh diminum sebagai tonik untuk melegakan perut dan menguatkan badan, penawar racun, rawatan tumor dan bengkak kelenjar. Isi buah dikatakan memiliki kebolehan untuk mengecutkan kelenjar membengkak dan melegakan sakit yang berkaitan dengannya.

7.  Legakan masalah pencernaan terganggu
Isi buah laici adalah antiasid yang baik. Ia boleh digunakan untuk merawat keasidan yang tinggi, loya dan dispepsia (pencernaan terganggu yang biasanya menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian abdomen selepas makan dan kadangkala diiringi dengan muntah).

8.  Memperhaluskan kulit dan kurangkan bintik hitam pada muka
Dikatakan penghidap akne dan bintik-bintik hitam pada muka memerlukan pengambilan laici sebanyak mungkin. Laici dikatakan mampu menyuburkan minyak pada kulit dan membantu mengurangkan pertumbuhan akne. Buah ini boleh memperhaluskan kulit apabila dimakan tanpa sebarang had. Sekaligus mengurangkan bintik hitam pada muka.

Tatapan dari,

Wednesday, February 7, 2018

Aneka Petua

Pelbagai petua boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti harian kita. Ratu ada terbaca melalui sebuah majalah. Ratu tertarik untuk kongsikan di sini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua.

* Gula untuk membersihkan daging
Bukan mudah untuk membersihkan daging khususnya daging yang baru disembelih. Baunya memang agak hamis. Walaupun telah berkali-kali basuh namun darahnya masih banyak lagi . Bagi mengatasinya, basuh daging dengan gula. Gaul daging dengan gula, biarkan seketika dan kemudian bilas.

* Tepung hilangkan hanyir ayam
Gaul ayam dengan tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian basuh ayam hingga bersih. Jika tepung gandum habis, tepung jagung juga boleh digunakan.

* Lendir lidah buaya kecutkan jerawat dan tegangkan wajah
Untuk kecutkan jerawat, sapukan bahagian yang bermasalah dengan lendir lidah buaya. Lakukan sekerap yang mungkin. Jerawat akan kecut tanpa meninggalkan parut. Malah kulit muka juga akan tegang. 


* Lemon nyahkan bau hapak
Bekas makanan yang lambat dibasuh akan meninggalkan bau hapak. Bekas makanan yang terlalu lama disimpan juga mengeluarkan bau yang kurang enak. Cara untuk menghilangkannya, rendam bekas makanan bersama air dan hirisan lemon. Hasilnya bau-bauan itu pasti akan hilang.

* Yogurt lembutkan rambut
Rambut yang keras, kering dan bercabang pasti membuatkan kaum wanita tertekan. Jangan sedih. Sapukan rambut dengan yogurt asli dan jadikannya seperti masker. Kemudian balut dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu, bilas dengan bersih. Amalkan 2 kali seminggu

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267