Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, October 15, 2017

Aneka Petua Di Dapur

Kali ini Ratu ingin kongsikan pelbagai petua yang mana petua ini boleh kita amalkan khususnya untuk rumah kita. Petua ini Ratu baca di salah sebuah majalah dan Ratu kongsikan di sini.

Serbuk kopi bantu halau cicak
Cicak sememangnya musuh utama pemilik kediaman. Caranya memghalaunya ialah dengan mencamourkan serbuk kopi dengan serbuk tembakau dengan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Gunakan pencungkil gigi dan cucukkan campuran serbuk tersebut yang telah dibentukkan bulat di bahagian hujung pencungkil gigi tersebut. Letakkan di bahagian dalam rumah yang gelap seperti di belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak nampak, pasti dia akan makan dan akhirnya dia akan mati. 


Bersihkan Kerak lidah dengan kunyit
Selain dari kunyit, kerak di atas lidah boleh guna dibersihkan menggunakan berus gigi. Kalau ingin menggunakan kunyit, campurkan kunyit yang telah ditumbuk atau dikisar bersama dengan air, kemudian jadikan ianya sebagai bahan kumur. Lebih baik diamalkan sebelum tidur. Lakukan sekerap yang mungkin hingga lidah anda benar-benar bersih.

Cuci tilam dengan baking soda
Agak sukar untuk mencuci tilam khususnya tilam katil kerana agak berat. Gunakan 1 cawan baking soda di dalam bekas kecil. Kemudian, titiskan 4 hingga 5 titis minyak lavender . Kacau sebati dan tuangkan ke atas tilam menggunakan penapis.Biarkan selama 1 jam atau lebih untuk tujuan ia menarik dan menangkap segala kotoran, kelembapan dan bau. Akhir sekali, sedut kotoran tersebut perlahan-lahan menggunakan vakum.

Gunakan gula untuk kurangkan bolu roma
Cara untuk mengurangkan bulu roma menggunakan pencukur pastinya bukan penyelesaian yang baik. Pastinya ia akan tumbuh lebih lebat dari sebelumnya. Cubalah kaedah tradisional ini iaitu dengan mengambil 2 sudu besar jus limau nipis dan sedikit gula pasir. Satukan kedua-dua bahan ini dan sapukan ramuan tadi di tempat yang ditumbuhi bulu roma yang lebat. Biarkan seketika sehingga ia kering dan bilas dengan air sebersih-bersihnya. Amalkan petua ini 2 kali sehari hingga bulu roma gugur dengan sendirinya.

Serbuk msg jadi penggalak tanaman
Monosodium glutamate atau MSG telah menjadi viral sebagai penggalak kesuburan tanaman yang mana ianya bertindak memberi booster kesuburan pokok selepas baja. Bagi pokok-pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, gunakan satu sudu makan serbuk MSG bersama lima liter air. Kemudian siram dan semburkan pada keliling pokok. Lakukan seminggu sekali. 

Semoga petua-petua ini sangat membantu anda semua. Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Tuesday, October 10, 2017

Tip Orang Dewasa Belajar Al-Quran

Kebanyakkan orang yang berusia ini akan rasa malu untuk kembali mendalami dan belajar Al-Quran dengan baik dan sempurna. Ada juga yang merasakan dirinya sudah mampu membaca Al-Quran dengan bagus. Jadi, tidak perlu mengajar mengaji. Tidak terdetik di hatinya ada bacaan yang perlu diperbaiki. Tambahan lagi, di usia muda kebanyakkan golongan ini lebih tertumpu dalam kesibukkan membina kerjaya dan keluarga. Al-Quran tidak didampingi dan menjadikan kita lebih lupa.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba untuk menguasai Al-Quran,

1.  Kenali huruf Al-Quran
Inilah perkara pertama yang perlu dilakukan iaitu dengan menguasai keseluruhan huruf dalam Al- Quran. Dicadangkan dengan membaca 29 huruf asas yang ada di dalam A-Quran terlebih dahulu dan kemudiannya menyalinnya kembali ke dalam buku atau kertas supaya lebih senang menghafal dan mengenali huruf tersebut. 

2.  Kenali tanda baca di dalam Al-Quran
Perlu mengenali jenis tanda baca Al-Quran seperti fathah, kasrah, dhammah, sukun dan lain-lain dengan baik. Boleh mempelajarinya melalui buku pembelajaran Al-Quran ataupun video yang boleh dimuat turun melalui google play.

3.  Teknik membaca Al-Quran
Kuasai teknik membaca dengan betul. Dalam Al-Quran ada beberapa teknik membaca seperti idgham yang membuatkan kita membaca dengan suara dengung. Teknik baca Al-Quran yang dibahas juga membantu anda mengetahui bila waktu membaca dengan suara tinggi, dengungan panjang mahupun teknik lain.

4.  Ada  guru
Sekiranya kita dalam proses pembelajaran, Al-Quran ini tidak boleh ditinggalkan pembelajarannya setiap hari sehingga kita betul-betul dapat kuasai sepenuhnya. Jika terikat dengan komitmen lain, luangkanlah masa walaupun 10 ke 15 minit sahaja pun sudah memadai untuk mempelajari sekaligus mengingatkan kembali apa yang dipelajari.

Sekiranya kita masih sukar belajar sendiri, seelok-eloknya minta bantuan guru mengaji yang boleh mengajar anda. Dengan bantuan mereka, anda akan lebih cepat menguasai Al-Quran dengan lebih baik. Sekarang terdapat ramai guru mengaji yang boleh datang ke rumah untuk kelas persendirian ataupun kita boleh menghadiri kelas-kelas mengaji yang dianjurkan di kawasan berhampiran rumah.

5.  Latih
Walaupun kita ada belajar melalui guru mengaji, kita mesti rajin buat homework dengan melatih diri sendiri mengaji pada masa terluang di rumah. Aktiviti sebegini membuatkan kita lebih faham dalam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Latih sekerap yang mungkin dan selalu melakukannya agar kita lebih lancar dan membacanya dengan baik. Jika boleh baca dan fahami terjemahannya.

Moga bermanafaat.

Tatapan dari,

Thursday, October 5, 2017

Ceri Terbaik Untuk Otak

Ratu ada terbaca di dalam satu majalah dan Ratu ingin kongsikan di sini tentang khasiat buah ceri.

Ceri bukan setakat sedap dimakan, malah ia penuh dengan zat yang baik untuk kesihatan dan memiliki antioksidaan yang unik. Untuk mendapatkan khasiat ceri, kita boleh minum segelas jus ceri atau menambahkannya ke dalam bijirin mahupun oat sewaktu bersarapan. Untuk pengambilan ceri ketika waktu makan tengah hari, kita juga boleh mencampurkannya dengan salad dan yogurt.

Antara khasiat buah ceri ini,

*  Kurangkan risiko kanser
Ceri ini dikatakan amat tinggi kandungan antioksidaan bagi menentang pelbagai penyakit. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa diet pemakanan yang tinggi dengan pengambilan buah ceri ini dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung, dan masalah keradangan seperti arthritis.

* Mengatur corak-corak tidur
Buah ceri mengandungi melatonin yang dikatakan mampu membantu memperlahankan proses penuaan dan membantu mengatur corak-corak tidur. Ambillah secawan jus ceri pada waktu pagi dan petang untuk awet muda.

* Mengurangkan lemak dan kolestrol
Ceri adalah salah satu buah yang amat rendah kandungan kalorinya. Namun, ia kaya dengan sumber zat, vitamin dan mineral. Ini termasuklah vitamin C, besi, zink, tembaga, beta karotena, lutein dan zeaxanthin. Pemakanan yang dimasukkan buah ceri telah terbukti membantu mengurangkan lemak badan dan keradangan. Ia juga baik untuk kesihatan jantung.

* Memperbaiki fungsi otak
Pengambilan buah ceri dikatakan mampu mengurangkan simptom-simptom penyakit Alzheimer dan Huntington's. Oleh itu, ambillah buah ceri untuk memastikan otak sentiasa berada dalam keadaan baik.

* Melegakan sakit otot selepas senaman
Buah ceri kaya dengan antisianin sejenis antioksidaan berkuasa tinggi yang mengandungi sifat-sifat antikeradangan. Oleh itu, pengambilan buah ceri mampu mengurangkan kerosakkan otot dan kesakitan selepas bersenam.

* Memudahkan pencernaan
Kandungan serat makanan yang tinggi dalam buah ceri dikatakan mampu mengurangkan kanser usus besar dan rektum serta penyakit-penyakit lain yang melibatkan salur pencernaan. Pengambilan buah ceri sekurang-kurangnya secawan buah ceri mampu melegakan rasa tidak selesa berikutan dengan penyakit arthritis dan gout.

Jom kita amalkan makan buah ceri setiap hari.

Tatapan dari,

Saturday, September 30, 2017

Khasiat surah Al-Kausar

Ratu pernah sebelum ini menceritakan mengenai khasiat surah Al-Kausar. Jadi, tidak salah Ratu mengingatkan kembali khasiat surah Al-Kausar.


Surah ini paling pendek. Dengan hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Mekah. Ayat ini bermaksud sungai di syurga yang mana kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. 

Pelbagai khasiat yang terkandung dalam surah ini yang boleh diamalkan iaitu:- 

a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita. 
b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilanglah dahaganya. 
c) Jika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata kita. 
d) Jika rumah dipercayai terkena sihir seperti diletakkan sesuatu barang di rumah, bacalah surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu di rumah kita. 
e) Jika membacanya sebanyak 1,000 kali, Insya Allah rezeki kita bertambah. 
f) Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. h) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana tidak bersalah tetapi dizalimi. 

Diharapkan surah ini dapat membantu pengunjung Raja Ratu di teratak ini dan dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian. 

SELAMAT BERAMAL !!! 

Tatapan dari,

Wednesday, September 27, 2017

Kerabu Mangga

Sekali pandang resepi ini memang menggoda. Ini Ratu kongsikan resepi yang memikat selera ini.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A:
  • 2 biji mangga epal,diparut memanjang.
  • 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
  • 1 biji bawang besar. 
 
Bahan-bahan lain:
  • 10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
  • Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
  • Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Gula dan garam secukup rasa    

 Cara Penyediaan:

  1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
  2. Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
  3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
  4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
  5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !!!


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267