Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, November 10, 2017

Tip Orang Dewasa Belajar Al-Quran

Kebanyakkan orang yang berusia ini akan rasa malu untuk kembali mendalami dan belajar Al-Quran dengan baik dan sempurna. Ada juga yang merasakan dirinya sudah mampu membaca Al-Quran dengan bagus. Jadi, tidak perlu mengajar mengaji. Tidak terdetik di hatinya ada bacaan yang perlu diperbaiki. Tambahan lagi, di usia muda kebanyakkan golongan ini lebih tertumpu dalam kesibukkan membina kerjaya dan keluarga. Al-Quran tidak didampingi dan menjadikan kita lebih lupa.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba untuk menguasai Al-Quran,

1.  Kenali huruf Al-Quran
Inilah perkara pertama yang perlu dilakukan iaitu dengan menguasai keseluruhan huruf dalam Al- Quran. Dicadangkan dengan membaca 29 huruf asas yang ada di dalam A-Quran terlebih dahulu dan kemudiannya menyalinnya kembali ke dalam buku atau kertas supaya lebih senang menghafal dan mengenali huruf tersebut. 

2.  Kenali tanda baca di dalam Al-Quran
Perlu mengenali jenis tanda baca Al-Quran seperti fathah, kasrah, dhammah, sukun dan lain-lain dengan baik. Boleh mempelajarinya melalui buku pembelajaran Al-Quran ataupun video yang boleh dimuat turun melalui google play.

3.  Teknik membaca Al-Quran
Kuasai teknik membaca dengan betul. Dalam Al-Quran ada beberapa teknik membaca seperti idgham yang membuatkan kita membaca dengan suara dengung. Teknik baca Al-Quran yang dibahas juga membantu anda mengetahui bila waktu membaca dengan suara tinggi, dengungan panjang mahupun teknik lain.

4.  Ada  guru
Sekiranya kita dalam proses pembelajaran, Al-Quran ini tidak boleh ditinggalkan pembelajarannya setiap hari sehingga kita betul-betul dapat kuasai sepenuhnya. Jika terikat dengan komitmen lain, luangkanlah masa walaupun 10 ke 15 minit sahaja pun sudah memadai untuk mempelajari sekaligus mengingatkan kembali apa yang dipelajari.

Sekiranya kita masih sukar belajar sendiri, seelok-eloknya minta bantuan guru mengaji yang boleh mengajar anda. Dengan bantuan mereka, anda akan lebih cepat menguasai Al-Quran dengan lebih baik. Sekarang terdapat ramai guru mengaji yang boleh datang ke rumah untuk kelas persendirian ataupun kita boleh menghadiri kelas-kelas mengaji yang dianjurkan di kawasan berhampiran rumah.

5.  Latih
Walaupun kita ada belajar melalui guru mengaji, kita mesti rajin buat homework dengan melatih diri sendiri mengaji pada masa terluang di rumah. Aktiviti sebegini membuatkan kita lebih faham dalam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Latih sekerap yang mungkin dan selalu melakukannya agar kita lebih lancar dan membacanya dengan baik. Jika boleh baca dan fahami terjemahannya.

Moga bermanafaat.

Tatapan dari,

Friday, October 20, 2017

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Jalan-jalan ke blog lain terpandang menu masakan ni. Alamak terliur pula rasanya bila tengok masak lemak ni. Ratu terus kongsikan di sini.

Masakan ini adalah antara lauk kegemaran Raja tapi bukan Puteri Raja Ratu. Huhu.. Nak tahu kenapa Puteri Raja Ratu tidak suka. Jawapannya adalah sebab masakan ini agak pedas sedikit. Huhu.. Tapi bila dia sudah besar nanti mesti dia akan amakan juga nanti kan.


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kesukaan Ramai


Bahan-bahan kisar halus:

30 biji cili padi kampung/ kalau tak da, guna 20 biji cili padi vietnam (warna merah) campurkan dengan 5 batang cili hidup.
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segengam ikan bilis halus

Cara-caranya:

1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), masak hingga kentang empuk. (Jika nak tumis dulu bahan kisar dengan serai pun boleh. Ikut pilihan masing-masing. )
2. Kemudian, tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 

2. Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu.Bila rasa sedap di tekak tu, tutuplah api


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kesukaan Ramai

Jika inginkan masak lemak tu kurang pedas, boleh cuba resepi ni. Ratu pun ingin mencuba untuk Puteri Raja Ratu.

1. Jika anda lihat bahan-bahan kisar di atas, saya campurkan dengan ikan bilis halus. Dengan ikan bilis halus, ayam masak lemak cili padi anda lebih lazat dan lemak rasanya. Tak percaya, cubalah! Hihi...
2. Kentang dan asam gelugor juga boleh menghilangkan rasa pedas cili padi yang amat menyengat. Dengan cara ini, semua ahli keluarga termasuk anak kecil boleh makan ayam masak lemak cili padi yang kita masak itu.

Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Sunday, October 15, 2017

Aneka Petua Di Dapur

Kali ini Ratu ingin kongsikan pelbagai petua yang mana petua ini boleh kita amalkan khususnya untuk rumah kita. Petua ini Ratu baca di salah sebuah majalah dan Ratu kongsikan di sini.

Serbuk kopi bantu halau cicak
Cicak sememangnya musuh utama pemilik kediaman. Caranya memghalaunya ialah dengan mencamourkan serbuk kopi dengan serbuk tembakau dengan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Gunakan pencungkil gigi dan cucukkan campuran serbuk tersebut yang telah dibentukkan bulat di bahagian hujung pencungkil gigi tersebut. Letakkan di bahagian dalam rumah yang gelap seperti di belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak nampak, pasti dia akan makan dan akhirnya dia akan mati. 


Bersihkan Kerak lidah dengan kunyit
Selain dari kunyit, kerak di atas lidah boleh guna dibersihkan menggunakan berus gigi. Kalau ingin menggunakan kunyit, campurkan kunyit yang telah ditumbuk atau dikisar bersama dengan air, kemudian jadikan ianya sebagai bahan kumur. Lebih baik diamalkan sebelum tidur. Lakukan sekerap yang mungkin hingga lidah anda benar-benar bersih.

Cuci tilam dengan baking soda
Agak sukar untuk mencuci tilam khususnya tilam katil kerana agak berat. Gunakan 1 cawan baking soda di dalam bekas kecil. Kemudian, titiskan 4 hingga 5 titis minyak lavender . Kacau sebati dan tuangkan ke atas tilam menggunakan penapis.Biarkan selama 1 jam atau lebih untuk tujuan ia menarik dan menangkap segala kotoran, kelembapan dan bau. Akhir sekali, sedut kotoran tersebut perlahan-lahan menggunakan vakum.

Gunakan gula untuk kurangkan bolu roma
Cara untuk mengurangkan bulu roma menggunakan pencukur pastinya bukan penyelesaian yang baik. Pastinya ia akan tumbuh lebih lebat dari sebelumnya. Cubalah kaedah tradisional ini iaitu dengan mengambil 2 sudu besar jus limau nipis dan sedikit gula pasir. Satukan kedua-dua bahan ini dan sapukan ramuan tadi di tempat yang ditumbuhi bulu roma yang lebat. Biarkan seketika sehingga ia kering dan bilas dengan air sebersih-bersihnya. Amalkan petua ini 2 kali sehari hingga bulu roma gugur dengan sendirinya.

Serbuk msg jadi penggalak tanaman
Monosodium glutamate atau MSG telah menjadi viral sebagai penggalak kesuburan tanaman yang mana ianya bertindak memberi booster kesuburan pokok selepas baja. Bagi pokok-pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, gunakan satu sudu makan serbuk MSG bersama lima liter air. Kemudian siram dan semburkan pada keliling pokok. Lakukan seminggu sekali. 

Semoga petua-petua ini sangat membantu anda semua. Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Monday, October 9, 2017

Konvokesyen Puteri Raja Ratu

Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggukan sudah tiba. Hari ini Ratu bercuti kerana ingin melihat Puteri Raja Ratu yang terlibat dalam majlis konvokesyen. Ratu punyalah teruja tapi sedihnya Raja tidak turut serta kerana tugas luar. 

Puteri Raja Ratu ingin pergi bersama-sama rakan sekelas menaiki bas yang telah disediakan di tadikanya. Ok lah, Ratu pun izinkan dan Ratu merancang akan mengikut bas yang dinaiki Puteri Raja Ratu dari belakang. Majlis konvokesyen bagi tadika Puteri Raja Ratu bermula di sebelah petang. Tapi pukul 10.30 pagi kami telah bertolak. Emm.. Awal pula rasanya. Kebanyakkan ibubapa tiba lebih kurang pukul 2.00 petang. Emm.. tak per lah, Puteri Raja Ratu punya pasal, Ratu ikutkan. Huhu..

Sampai di tempat yang dituju, Ratu tengok penuh kiosk-kiosk kecil menjual jambangan bunga sebagai hadiah konvokesyen untuk anak masing-masing. Waa, terujanya Ratu tengok. Dah tidak tahu mana satu nak beli dan pilih.

Akhirnya, inilah yang menjadi pujaan hati,



Bila tiba sahaja masa untuk Puteri Raja Ratu dan rakan-rakan sekelasnya naik ke pentas. Ratu pun mulalah merakam video untuk tontotan Raja dan ibubapa Ratu nanti. Inilah gambar selfie Puteri Raja Ratu sebelum sesi konvokesyennya.


Ini pula gambar kedua,


Selesai sahaja video dirakamkan, Ratu terus menghantar video tu kepada Raja dan ibubapa Ratu. Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan Ratu dapat merakam video tersebut dengan baik sebagai kenangan kami nanti.


Tatapan dari,

Thursday, October 5, 2017

Ceri Terbaik Untuk Otak

Ratu ada terbaca di dalam satu majalah dan Ratu ingin kongsikan di sini tentang khasiat buah ceri.

Ceri bukan setakat sedap dimakan, malah ia penuh dengan zat yang baik untuk kesihatan dan memiliki antioksidaan yang unik. Untuk mendapatkan khasiat ceri, kita boleh minum segelas jus ceri atau menambahkannya ke dalam bijirin mahupun oat sewaktu bersarapan. Untuk pengambilan ceri ketika waktu makan tengah hari, kita juga boleh mencampurkannya dengan salad dan yogurt.

Antara khasiat buah ceri ini,

*  Kurangkan risiko kanser
Ceri ini dikatakan amat tinggi kandungan antioksidaan bagi menentang pelbagai penyakit. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa diet pemakanan yang tinggi dengan pengambilan buah ceri ini dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung, dan masalah keradangan seperti arthritis.

* Mengatur corak-corak tidur
Buah ceri mengandungi melatonin yang dikatakan mampu membantu memperlahankan proses penuaan dan membantu mengatur corak-corak tidur. Ambillah secawan jus ceri pada waktu pagi dan petang untuk awet muda.

* Mengurangkan lemak dan kolestrol
Ceri adalah salah satu buah yang amat rendah kandungan kalorinya. Namun, ia kaya dengan sumber zat, vitamin dan mineral. Ini termasuklah vitamin C, besi, zink, tembaga, beta karotena, lutein dan zeaxanthin. Pemakanan yang dimasukkan buah ceri telah terbukti membantu mengurangkan lemak badan dan keradangan. Ia juga baik untuk kesihatan jantung.

* Memperbaiki fungsi otak
Pengambilan buah ceri dikatakan mampu mengurangkan simptom-simptom penyakit Alzheimer dan Huntington's. Oleh itu, ambillah buah ceri untuk memastikan otak sentiasa berada dalam keadaan baik.

* Melegakan sakit otot selepas senaman
Buah ceri kaya dengan antisianin sejenis antioksidaan berkuasa tinggi yang mengandungi sifat-sifat antikeradangan. Oleh itu, pengambilan buah ceri mampu mengurangkan kerosakkan otot dan kesakitan selepas bersenam.

* Memudahkan pencernaan
Kandungan serat makanan yang tinggi dalam buah ceri dikatakan mampu mengurangkan kanser usus besar dan rektum serta penyakit-penyakit lain yang melibatkan salur pencernaan. Pengambilan buah ceri sekurang-kurangnya secawan buah ceri mampu melegakan rasa tidak selesa berikutan dengan penyakit arthritis dan gout.

Jom kita amalkan makan buah ceri setiap hari.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267