Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, April 5, 2018

Rahsia Daun Pandan

Pandan biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa dalam masakan. Daunnya akan diikat atau disimpulkan untuk dimasukkan ke dalam masakan yang sedang dimasak. Daun pandan ini juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya. Ada yang mengisar daun pandan ini untuk dijadikan sebagai pewarna dalam masakan. Bukan itu sahaja, keseluruhan daun pandan boleh dijadikan sebagai pembalut ayam dan daging sebelum ianya dibakar atau dipanggang. Emm.. banyak kegunaan daun pandan ini sebenanrnya dalam masakan.


Berdasarkan kajian dan penyelidikan mendapati daun pandan memiliki khasiat dan kebaikkan untuk kesihatan tubuh.Jom kita ketahuinya.

1. Merendahkan tekanan darah
Dikatakan daun pandan ini boleh membantu menormalkan semula tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus 2 cawan air dengan 10 gram daun pandan. Minum separuh atau 1 cawan air rebusan itu pada sebelah pagi manakala selebihnya sebelah petang.

2. Menghapuskan kelemumur
Bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya ialah dengan menghancurkan 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 100 ml air. Sapukan ramuan tersebut pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian baru dibilas dengan air. Selain menghapuskan kelemumur, daun pandan ini juga memberikan zat pada rambut anda.

3. Menghitamkan rambut
Jika anda mahu menghitamkan rambut, anda boleh menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 7 helai daun pandan dan rebus dengan air. Biarkan air rebusan ini semalaman. Kemudian anda boleh menyapu air rebusan ini pada kulit kepala. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

4. Mengatasi rasa lemah
Anda boleh mengurangkan rasa lemah dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan memotong 3 helai daun pandan dan rebuskannya dengan 3 cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga air yang tinggal itu lebih kurang 2 cawan air. Sejukkan dan minum air rebusan itu pada sebelah pagi dan petang.

5. Antireumatik dan kebas
Sakit artritis boleh meberikan kesan bukan sahaja pada orang tua malah orang muda. Jika anada mengalami masalah ini, anda boleh gunakan daun pandan. Campurkan daun ini dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Setelah ramuan ini sejuk, sapuan pada bahagian yang mengalami masalah tersebut.

6. Meransang selera
Daun pandan juga membantu anda apabila anda hilang selera makan. Caranya ialah rebus 10 gram daun pandan dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi 1 cawan air. Bahagikan air ini kepada 2 cawan dan minumlah pada waktu pagi dan malam.

7. Memberi zat dan meransang kesihatan
Daun pandan mengandungi minyak pati seperti glycidudes, alkaloid, tannin dan isoprene ester yang boleh meransang kesihatan anda.

8. Melegakan rasa sakit
Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ini kerana daun pandan ini mengandungi sifat-sifat laksatif yang bertindak sebagai pelega kesakitan terutamanya sakit kepala, sakit telinga, dada dan arthritis.

9. Mengandungi sifat anti karsinogenik
Salah 1 kebaikan daun pandan adalah ianya bersifat anti kanser. Ianya dikatakan mampu menawarkan kesan toksin dan menghalang perkembangan sel kanser.

10. Dapat mengurangkan masalah kemurungan dan stress
Dikatakan dengan minum 2 atau 3 cawan air rebusan daun pandan setiap hari akan membantu mengurangkan masalah kemurungan dan stress.

11. Melegakan sakit gusi
Jika anda mengalami masalah sakit gusi atau sakit pada bahagian mulut, cubalah kunyah daun pandan. Ia dikatakan mampu melegakan  masalah ini.

Tatapan dari,

Wednesday, February 7, 2018

Aneka Petua

Pelbagai petua boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti harian kita. Ratu ada terbaca melalui sebuah majalah. Ratu tertarik untuk kongsikan di sini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua.

* Gula untuk membersihkan daging
Bukan mudah untuk membersihkan daging khususnya daging yang baru disembelih. Baunya memang agak hamis. Walaupun telah berkali-kali basuh namun darahnya masih banyak lagi . Bagi mengatasinya, basuh daging dengan gula. Gaul daging dengan gula, biarkan seketika dan kemudian bilas.

* Tepung hilangkan hanyir ayam
Gaul ayam dengan tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian basuh ayam hingga bersih. Jika tepung gandum habis, tepung jagung juga boleh digunakan.

* Lendir lidah buaya kecutkan jerawat dan tegangkan wajah
Untuk kecutkan jerawat, sapukan bahagian yang bermasalah dengan lendir lidah buaya. Lakukan sekerap yang mungkin. Jerawat akan kecut tanpa meninggalkan parut. Malah kulit muka juga akan tegang. 


* Lemon nyahkan bau hapak
Bekas makanan yang lambat dibasuh akan meninggalkan bau hapak. Bekas makanan yang terlalu lama disimpan juga mengeluarkan bau yang kurang enak. Cara untuk menghilangkannya, rendam bekas makanan bersama air dan hirisan lemon. Hasilnya bau-bauan itu pasti akan hilang.

* Yogurt lembutkan rambut
Rambut yang keras, kering dan bercabang pasti membuatkan kaum wanita tertekan. Jangan sedih. Sapukan rambut dengan yogurt asli dan jadikannya seperti masker. Kemudian balut dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu, bilas dengan bersih. Amalkan 2 kali seminggu

Tatapan dari,

Wednesday, January 31, 2018

Nasi Goreng Paprik

Nasi goreng paprik ini adalah menu yang menjadi kegemaran ramai orang. Menunya simple tapi mengenyangkan. Kali ini Ratu kongsikan resepi ni,

Penyediaan Nasi Goreng:

Bahan-bahan:

  • 2-3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus/ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering (yang diblender)
  • 1 sudu besar tom yam paste
  • Sedikit isi ayam
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil garam / secukupnya
  • Serbuk secukup rasa/Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:


  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan biarkan ayam masak seketika.
  • Kemudian masukkan cili kering dan tomyam paste. Kacau sekata.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian boleh masukkan nasi dan gaul sehingga sekata dan padamkan api.
  •  

Penyediaan Paprik:

Bahan-bahan:


  • 4-5 ekor udang/sotong
  • Sedikit hirisan isi ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dipotong serong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sayur-sayuran (bunga kubis/putik jagung/kacang panjang)
  • 3/4 biji cili padi (diketuk)
  • 1/4 bawang besar (dimayang kasar)
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

  • Tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, dan air secukupnya. Kacau sekata.
  • Masukkan sayur (putik jagung, bunga kubis, kacang panjang).
  • Kemudian masukkan udang/sotong. Biarkan masak seketika.
  • Pastu masukkan cili padi, daun limau purut dan bawang besar.
  • Kacau dan gaul sekata sehingga masak. Padamkan api.
  • Sedia dihidangkan dengan nasi goreng tadi
Selamat Mencuba !!!

Tatapan dari,

Wednesday, January 10, 2018

Basmi Anai-Anai Jimatkan Kos

Ratu ada terbaca tips untuk membasmi anai-anai di mingguan wanita. Jadi, Ratu ingin kongsikan tips tu di sini. Moga membantu kita semua khususnya mereka yang mempunyai banyak perabot kayu. Mahu dibaiki pastinya bukan sedikit kos yang perlu dikeluarkan.

Berikut adalah tip mengesan kehadiran anai-anai :-

1.    Wujudnya rekahan dan lubang
Cuba ambil pemutar skru dan cocok serta ketuk secara perlahan-lahan bagi mengesan lubang yang wujud pada kayu. Jika ada rekahan pada kerangka kayu cermin mahupun pintu kediaman ataupun jika terdapat selut berpasir, sah la anai-anai sedang membiak.

2.   Hadirnya kalkatu
Hadirnya kalkatu menandakan bahawa ada bahagian dalam rumah anda dihuni anai-anai. Perhatikan dari mana kalkatu itu keluar, maka di situlah sarang anai-anai.

3.   Warna paquet bertukar
Anai-anai dapat dikesan melalui warna kayu pada lantai paquet atau kerangka tingkap dan pintu. Kayu yang mula diserang akan berubah warna dari warna coklat gelap kepada coklat cair.


Antara tip untuk menghalau dan menghapuskan anai-anai,

* Garam dapur
Taburkan garam dapur ini di tempat anai-anai. Lebih baik di sarangnya. Tapi cara ini dikatakan kurang efektif untuk menghalau dan membunuh kesemua anai-anai yang berada di sarang tersebut kerana garam berada di permukaan sahaja. Jadi, campurkan garam tersebut dengan air dan biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

* Air kapur sirih
Kapur bersifat panas. Anai-anai pula memiliki kulit yang nipis & lembut. Air kapur ini akan membakar kulit serangga ini. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai.

* Air cucian beras
Air pertama dari basuhan beras boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya, dengan hanya semburkan air cucian tersebut ke sarang anai-anai

* Minyak tanah
Kebiasaannya orang menggunakan minyak tanah untuk membakar. Akan tetapi, ianya juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai. Semburkan sahaja minyak tanah tersebut ke permukaan kayu yang mempunyai anai-anai. Cuma bau minyak tanah ini agak kuat dan mungkin kurang sesuai untuk kawasan dapur.

* Tembakau 
Campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokkannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai.

Moga tip ini membantu anda semua.

Tatapan dari,

Saturday, December 30, 2017

Ratu still kongsikan lagi info dari sebuah laman web mengenai sakit lutut. Sebab Ratu tengok ramai di kalangan kita yang mengalami sakit lutut khususnya kaum wanita yang sudah berusia.
 
Sakit lutut secara tiba-tiba memang menyakitkan. Lagipun kita memang selalu menggunakan lutut untuk buat apa sahaja kerja kan? Untuk berlari, berjalan, solat dan sebagainya. Kalau lutut dah start sakit, semua kerja akan tertangguh.

Sakit lutut dalam kalangan orang yang berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi. Masa ni permukaan sendi rawan makin menipis dan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi juga mula berkurangan. Akibatnya, ruang sendi menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan.

TANDA TANDA SAKIT LUTUT
Antara simptom sakit lutut adalah seperti :

  • Bunyi 'Klik' pada lutut kerana ada geseran pada sendi
  • Sendi terasa macam ketat atau kaku akibat lama berehat contohnya seperti baru bangun dari tiidur atau duduk terlalu lama

KOMPLIKASI SAKIT LUTUT

Sakit lutut mampu menyebabkan kita sukar untuk berjalan. Paling membahayakan apabila kita menahan rasa sakit lutut ni dalam tempoh yang lama tanpa rawatan. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada lutut dan lutut akan mula kehilangan fungsi.
TIPS MENCEGAH SAKIT LUTUT YANG BERPANJANGAN
Kalau ibu bapa kita mengalami sakit lutut, cuba kaedah ni untuk mencegah kesakitan lutut dalam tempoh yang lama.
  • Berhati hati dalam melakukan apa sahaja aktiviti fizikal seperti mengemas rumah, mengangkat barang dan sebagainya
  • Memakai alat alat pelindung keselamatan semasa melakukan aktiviti lasak seperti knee guard untuk berbasikal, bermain hoki atau bermain bola.
  • Memakai pakaian yangs sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan bagi mencegah kecederaan lutut sekiranya terjatuh
  • Memakai pelindung belakang atau back support jika terpaksa mengangkat barang barang berat.
  • Memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan seperti kasut untuk bermain bola berbeza dengan kasut untuk berjoging. Perbezaan kasut ini direka khas bagi mencegah dan mengurangkan risiko kecederaan lutut.
TIPS BERHADAPAN DENGAN KECEDERAAN ATAU KESAKITAN LUTUT

JIka kita berhadapan dengan kesakitan lutut akibat aktiviti yang dijalankan, cuba kaedah 'RICE' ni untuk mengurangkan rasa sakit lutut tersebut. Kaedah ni berkesan dalam mengurangkan inflamasi di kawasan lutut yang sakit.
  • R maksudnya Rest. Semasa lutut cedera, wajib untuk anda merehatkan atau mengurangkan pergerakan pada lutut yang sakit tu.
  • I maksudnya Ice. Elok gunakan ais untuk mengurangkan rasa sakit pada lutut
  • C maksudnya Compression. Cuba tekan lutut yang sakit tu supaya dapat mengurangkan bengkak
  • E maksudnya Elevation. Cuba angkat lutut yang sakit tu pada tempat yang sedikit tinggi

CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN

Terdapat dua cara dalam merawat sakit lutut ni iaitu melalui pembedahan mahupun tanpa pembedahan.
  • Mengurangkan berat badan melalui senaman
Kalau nak elak dari pembedahan lutut, anda mungkin terpaksa menurunkan berat badan kerana masalah berat badan mampu memberi tekanan pada sendi lutut. Jika otot kuat, ia dapat mengurangkan tekanan pada sendi lutut untuk bekerja.

Dalam meningkatkan kekuatan otot, latihan fizikal yang sederhana boleh dilakukan untuk menguatkan sendi lutut. Antaranya berbasikal, berenang ataupun squats.
  • Memakai pendakap lutut atau kne brace untuk mengurangkan bebas pada sendi lutut.
  • Mengambil ubat anti radang dalam mengurangkan rasa sakit lutut. Antaranya ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun ubat Anti Inflamasi Bukan Steroid (NSAIDS)
  • Suntikan sendi dengan asid hyaluronic
Asid hyaaluronic ni merupakan bahan yang ada dalam tisu synovium sendi. Suntikan ni dapat mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut dan meningkatkan pergerakan  serta fungsi sendi.
  • Buat rawatan akupuntur
Kajian menunjukkan akupuntur dapat melegakan kesakitan lutut dan meningkatkan fleksibiliti pada individu yang menghidapi sakit lutut ni. Terapi akupuntur dapat meningkatkan aliran darah dan membantu mengurangkan inflamasi sendi lutut.
  • Mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan lutut
Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan kesakitan lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya adalah:
* Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan; 
* Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung; 
* Glukosamin untuk membaiki tisu rawan
* Protein yang penting untuk pembaikan tisu tisu otot.
  • Mengamalkan diet yang sihat untuk meredakan sakit lutut
Diet yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk berhadapan dengan sakit lutut secara semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut adalah  salmon, tuna, sardin, sayur sayuran dan buah buahan, keluarga bawang, kekacang dan juga bijirin penuh.

Semoga info-info ini membantu kita semua dalam menjaga lutut kita.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267